gambar dari tafsirq.com |
Beramal soleh merupakan kewajipan setiap hamba Allah SWT yang menyatakan dirinya beriman kepadanya. Hamba Allah SWT dikatakan beramal soleh apabila ia melaksanakan syarat-syarat yang harus dipenuhi, iaitu :
1. Amal soleh dilakukan berdasarkan perintah Allah SWT dan Nabi SAW, baik terdapat di dalam kitab suci Al-Quran mahupun dalam hadis Nabi SAW.
2. Amal soleh seseorang diterima oleh Allah SWT dengan sungguh-sungguh dan ikhlas keranaNya
3. Amal soleh seseorang dikerjakan sejajar dengan tuntunan dan contoh daripada Nabi SAW, dan tidak menambah atau mengurangi.
Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang menerangkan Nabi SAW kepada kaum muslimin yang berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah SWT. Ada hak Allah SWT yanh harus dipenuhi, namun ada juga hak tubuh yang harus dipenuhi. Semuanya itu merupakan perintah Allah SWT dan Nabi SAW.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a;
Sesungguhnya Nabi SAW pernah datang ke rumah Aisyah. Ketika Aisyah ada bersama seorang wanita. Nabi SAW bertanya kepada Aisyah;
"Siapa ini?"
Aisyah menjawab;
"Dia iaitu Fulanah. Dia iaitu seorang wanita yang dikenali rajin sembahyang. Bahkan ada yang mengatakan bahawa dia tidak pernah tidur malam."
Imam Malik mengatakan bahawa wanita ini berasal daripada Bani Asad. Urwah mengatakan bahawa dia bernama Khaula binti Tuwait. Di dalam cerita yang lain dikatakan, suatu ketika Nabi SAW bertanya kepada Aisyah r.a;
"Wahai Aisyah, siapa wanita ini?"
Kemudian Aisyah menjawab;
"Dia iaitu seorang wanita yang paling banyak ibadahnya dibandingkan seluruh di Bandar Madinah"
Selepas mendengar penjelasan Aisyah mengenai wanita tersebut, Nabi sAW berkata;
"Cukup, jangan terus memujinya atau jangan melakukan perkara yang sama dengan wanita itu"
Perkara ini yang kemudian menjadi landasan para ulama mengatakan bahawa sembahyang sepanjang malam hukumnya makruh.
Kemudian Nabi SAW berkata;
"Kerjakan amalan sejajar dengan keupayaan kalian"
Ertinya Nabi SAW melarang seseorang untuk berlebih-lebihan dalam beribadah.
- Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Juz 1, 2000 : 68
0 Comments