3 Jenis Kiamat dan Tanda-Tandanya


Sesungguhnya kiamat pasti akan datang, seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Haqqah (Hari Kiamat) 69 : 15. 

gambar dari tafsirq.com
Namun tidak ada yang mengetahui bila waktu kedatangannya. Ketika kiamat datang, maka tidak ada lagi amal perbuatan yang diterima. Taubat ditolak, dan masing-masing harus mempertanggungjawabkan segala amalannya. 

Allah SWT memberitahu kepada umat manusia, beberapa tanda-tanda datangnya kiamat. Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu: 

1. Tanda kiamat yang jauh. 
Tanda ini sudah nampak dan sudah pun berlalu. Di antaranya ialah: 

 i) Diutusnya Nabi SAW ke dunia kita. Baginda SAW bersabda;

"Aku diutus dan kiamat ialah seperti dua perkara ini." Baginda SAW mendekatkan jari telunjuk dan jari tengahnya. - Hadis Riwayat Bukhari. 


 ii) Bulan terbelah. Itu sudah terjadi pada masa Nabi SAW masih ada.


 iii) Keluar api daripada Negeri Hijaz dan sinarnya sampai ke Negeri Basrah. Baginda SAW bersabda; 

"Kiamat tidak akan terjadi hingga keluar api dari Negeri Hijaz dan sinarnya sampai ke Negeri Basrah." - Hadis Riwayat Bukhari Muslim.


2. Tanda kiamat yang pertengahan. 
Tanda kiamat ini sudah terlihat dan sedang berlaku. Bahkan ia sentiasa bertambah dan semakin hari semakin banyak. Di antaranya iaitu: 

 i) Hamba perempuan yang melahirkan majikannya 

ii) Orang yang tidak memakai kasut dan fakir miskin mula berlumba-lumba membuat bangunan yang megah. 

Diriwayatkan bahawa seseorang bertanya; 

"Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku bilakah kiamat?"

Baginda SAW menjawab; 

"Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya."

Dia bertanya; 

"Apa tandanya?"

Baginda SAW menjawab; 

"Sekiranya sudah ada hamba perempuan melahirkan majikkannya sendiri, orang miskin yang tidak berkasut dan bertelanjang mula berlumba-lumba membuat bangunan yang megah" 
- Hadis Riwayat Muslim


iii) Adanya para pembohong yang mengaku sebagai nabi. Mereka berjumlah dalam 30 orang. 

iv) Air sungai Eufrat kering dan munculnya emas

v) Berlaku peperangan di antara manusia, dan daripada setiap 100 orang, yang  terbunuh 99 orang. Ini bererti hanya seorang sahaja yang hidup. 

3. Tanda kiamat besar. 
Tanda datangnya kiamat ialah : 

i) Munculnya Imam Mahdi

ii) Munculnya Dajjal

iii) Turunnya Nabi Isa AS

iv) Muncul Ya'juj dan Ma'juj

v) Kaabah dihancurkan dan perhiasannya dicuri

vi) Munculnya asap besar daripada langit

vii) Al-Quran diangkat ke langit

viii) Matahari terbit daripada Barat

ix) Munculnya bintang yang besar

x) Munculnya api yang besar

- Gabungan Ulama Arab Saudi, Kitab Usulul Iman, 1421H : 211-219

Post a Comment

0 Comments