10 April, 2018

Neraka - Ramai Penghuninya Kaum Wanita


Dalam pernyataan yang disampaikan, Rasullullah SAW bahawa ternyata ada wanita beriman namun nasibnya berada di neraka kerana suatu sebab perbuatan tertentu, daripada Ibnu Abbas r.a, Nabi SAW pernah menyampaikan khutbah semasa berlaku gerhana. Bagianda SAW;

"Daku melihat neraka dan ramai penghuninya ialah wanita." - Hadis Riwayat Bukhari Muslim

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a; Baginda SAW bersabda; 

"Wahai kaum wanita, bersedekahlah, kerana sesungguhnya daku melihat ramai penghuni neraka ialah kalian."

Kemudian seorang wanita bertanya; 

"Kenapa demikian, wahai Rasullullah?"

Baginda SAW menjawab; 

"Kerana kalian banyak melaknat dan tidak mentaati suami" - Hadis Riwayat Bukhari Muslim

Hadis ini tidak bertentangan dengan hadis yang menerangkan bahawa setiap lelaki penghuni syurga memiliki pasangan lebih daripada satu. Kerana kaum wanita yang ramai masuk neraka ialah wanita daripada keturunan anak Adam, sedangkan pasangan bagi penghuni syurga ialah bidadari-bidadari yang bermata jelita.

gambar dari tafsirq.com
Kaum wanita sedikit sekali menjadi penghuni syurga kerana mereka dikalahkan oleh hawa nafsunya, kecenderungannya terhadap dunia, dan kurang sempurnanya akal mereka sehingga mereka tidak boleh mengetahui keagungan akhirat dengan matahatinya. 

Kemudian mereka meninggalkan amalan akhirat, condong kepada kehidupan dunia dan hiasannya. Itulah penyebab terkuat yang menjadikan ramai wanita masuk neraka dan sedikkit di antara mereka yang masuk syurga. 

Wanita juga menjadi penyebab utama kaum lelaki terlena oleh kehidupan dunia dan melupakan kehidupan akhirat. Wanita memiliki hawa nafsu yang boleh menarik lelaki untuk condong kepadanya dan meninggalkan akhirat. 

Di samping itu, ramai wanita berpaling daripada amalan-amalan akhirat. Walaupun demikian, di antara mereka juga wanita-wanita solehah yang sentiasa melaksanakan ketentuan dan syariat Allah SWT, sehingga Allah SWT memasukkannya ke syurga. 

Bahkan di antara wanita ada yang mendahului lelaki yang masuk ke syurga. 

- DR. Umar Sulaiman Al-Asyqar, Al Jannah Wa An-Nar, 2002 : 83-84

No comments: