03 April, 2018

33 Pesan Rasulullah SAW kepada Wanita


33 pesanan ini diambil dari Kitab 319 Tafsir Mengikut Tema Istimewa untuk Muslimah. "Al-Quran Untuk Hidup Anda" - Perbahasan 4 kategori utama : Hukum, Ibrah, Tokoh Wanita dan Akhlak-akhlak. (Cetakan Kedua, Mac 2014).

Antara pesanan Nabi SAW adalah seperti berikut :

1. Jangan menolak kebaikan suami
2. Menjadi perempuan yang dinikahi kerana agamanya
3. Menjadi perempuan solehah untuk suami
4. Menjadi perempuan solehah
5. Menjadikan rumah sebagai tempat solat yang paling baik
6. Minta izin suami apabila hendak berpuasa sunat
7. Bersolek untuk suami
8. Dilarang memakai perhiasan secara berlebih-lebihan
9. Berangkatlah haji, kerana hal itu adalah jihad kaum perempuan
10. Tidak boleh tabarruj (menampakkan aurat)
11. Hati-hati memakai minyak wangi
12. Jika mahu, pakailah minyak wangi perempuan
13. Cara mempercantikkan diri yang dilaknat Rasullullah SAW
14. Nikahkanlah anak perempuan dengan lelaki yang soleh
15. Perbanyakkanlah sedekah dan memohon ampunan
16. Menjadi pemimpin di rumah suami
17. Mintalah izin suami saat memberi dari hartanya
18. Menjadi perempuan yang terbaik
19. Taat kepada suami
20. Haram menuntut cerai kepada suami tanpa sebab
21. Elakkan ikhtilat (bercampur dengan lelaki)
22. Laknat bagi perempuan yang menyerupai lelaki
23. Mengurus rumah sama dengan berjihad di jalan Allah
24. Mendidik dan menafkahi anak
25. Dilarang meratap
26. Tidak mengiringi jenazah ke perkuburan
27. Jangan pernah meremehkan dosa kecil
28. Bersikap adil dalam memperlakukan anak
29. Jangan mendoakan keburukan kepada anak
30. Elakkan mengumpat
31. Berbuat baik kepada orang tua terutama ibu
32. Buang rasa malu untuk menuntut ilmu
33. Jangan berbohong kepada anak kecil

Semoga kita tergolong dalam golongan wanita solehah yang dapat menghuni syurga di akhir kelak. #spreadlove

No comments: