Ummu Jamil : Wanita Berkalung Tali Sabut


Siapa Ummu Jamil ini? Kenapa dia begitu glamer sangat sehingga ada kisahnya di dalam al-quran, surah 111 : 5 (Makiyyah)

gambar dari hafizitajudin.blogspot.my
Al-Masad bermaksud sabut. 

Actually, nama asal Ummu Jamil ini adalah Arwa. Dia merupakan anak perempuan kepada Harb bin Umayyah. Dia bersaudara dengan Abu Sufyan. Abu Lahab bin Abu Mutallib iaitu pak saudara Nabi SAW yang membenci ajaran Islam itu adalah suaminya. 

Ummu Jamil ini adalah pendokong kuat kepada suaminya dalam menentang dakwah Nabi SAW sehinggakan Allah SWT menjadikan dia sebagai teman suaminya di neraka untuk dihukum oleh-Nya. 

Sa'id bin Al-Musayyib tokoh tabi'in mengatakan bahawa; 

"Ummu Jamil dahulu suka memakai kalung yang sangat mahal. Sehinggakan dia sanggup menginfakkan kalungnya yang mahal itu untuk menghalangi dan memusuhi dakwah Nabi SAW. Oleh kerananya, Allah SWT menggantikannya dengan kalung daripada api."

Ada juga yang mengatakan bahawa; 

"Allah SWT menggantikannya dengan kalung yang diperbuat daripada api yang panjangnya 70 hasta dan melilit lehernya"

Ketika ayat ini diturunkan di Mekah, Ummu Jamil terlalu marah. Dia berasa telah dihina oleh Nabi SAW. Kemudiannya dia mendatangi Nabi SAW sambil berkata;

"Adakah engkau melihat aku membawa kayu bakar, dan apakah engkau melihat di leherku ada tali?"

Nabi SAW tidak menjawab soalan Ummu Jamil itu. Kemudian pada hari yang lainnya pula, Ummu Jamil datang lagi kepada Nabi SAW yang ketika itu sedang bersama-sama Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a di masjid. Ketika Saidina Abu Bakar r.a melihat Ummu Jamil datang, dia berkata kepada Nabi SAW; 

"Wahai Rasullullah, Ummu Jamil datang. Aku bimbang dia akan melihatmu dan mencacimu"

Lalu Nabi SAW menjawab; 

"Sesungguhnya dia tidak akan melihatku"

Kemudian baginda membaca al-Quran dengan berlindung kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Isra', 17 : 45. Nabi SAW memohon agar Allah SWT jadikan hijab di antara dirinya dengan Ummu Jamil. 

Setelah Ummu Jamil sampai, dia melihat Abu Bakar As-Siddiq r.a, namun tidak melihat Nabi SAW. Dia berhenti di hadapannya sambil berkata; 

"Wahai Abu Bakar, aku mendengar bahawa sahabatmu (Nabi SAW) telah menghinaku"

Abu Bakar r.a menjawab; 

"Demi Allah, dia tidak menghinamu"

Kemudian Ummu Jamil meninggalkan Abu Bakar lalu berkata;

"Sesungguhnya orang Quraisy mengetahui bahawa aku adalah isteri pembesar mereka"

Ibnu Abbas berkata; Nabi SAW bersabda; 

"Allah SWT telah membina dinding pembatas antara aku dan dia"

Ketika Ummu Jamil datang tetapi dia tidak melihat Nabi SAW. Abu Bakar r.a bertanya; 

"Mengapa dia tidak melihatmu?"

Baginda menjawab; 

"Malaikat menghalangiku sehingga dia pergi" 

(Ibnu Kasir, Tafsir Al-Quranil 'azim, Jilid 8, 1996, 516)

----------------------------

Semoga kita terhindar dari menjadi penghuni neraka jahanam..bersama-samalah kita menyebarkan syiar islam dan mendidik generasi kita mencintai Islam dan berpegang teguh kepada ajaran Nabi SAW demi mencapai keredhaan Allah SWT. #spreadlove

Post a Comment

0 Comments