gambar dari tafsirq.com |
Abdullah berkata, Allah SWT melaknat Al-Wasyimah, Al-Mustaisyimah, An-Namisah, Al-Mutanammisah, Al-Mutafallijah, dan Al-Mugayyirah.
Abdullah berkata, ucapan Nabi SAW ini terdengar oleh salah seorang wanita Bani Asad. Wanita tersebut bernama Ummu Yaa'kob. Ketika itu dia tengah membaca Al-Quran. Kemudian Ummu Yaa'kob mendatangi Abdullah seraya berkata;
"Ada perkataan yang sampai kepadamu daripada Nabi SAW, wahai Abdullah bahawa engkau melaknat Al-Wasyimah, Al-Mustaisyimah, An-Namisah, Al-Mutanammisah, Al-Mutafallijah, dan Al-Mugayyirah"
Kemudian Abdullah;
"Bagaimana saya tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Nabi SAW, sedangkan perkataan itu terdapat dalam kitab Allah SWT (Al-Quran)"
Lalu seorang wanita berkata;
"Saya sudah membaca seluruh wahyu dalam Al-Quran, namun saya tidak menjumpai perkataan tersebut"
Abdullah berkata;
"Jika kamu membacanya, pasti kamu akan menemukannya, iaitu Allah SWT berfirman;
"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Nabi SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya untuk kamu lakukan maka patuhilah larangannya (surah Al-Hashr, 59 : 7)""
Kemudian wanita itu berkata;
"Sesungguhnya saya melihat apa yang kamu sampaikan ada pada isterimu saat ini"
Kemudian Abdullah meminta tolong wanita itu untuk bergegas bertemu isterinya. Namun dia tidak melihat apa pun. Lalu wanita itu datang kepada Abdullah seraya berkata;
"Saya tidak melihat perubahan apa pun pada isterimu"
Abdullah berkata;
"Seandainya dia melakukan perkara itu, maka sungguh saya tidak akan menggaulinya"
Al-Wasyimah iaitu wanita yang menyukai anggota tubuh seseorang dengan menggunakan jarum dan membubuhinya denga nserbuk nila atau yang lainnya agar warnanya berubah menjadi biru atau yang lain.
An-Namisah ialah wanita yang menghilangkan bulu rambut di wajahnya.
Al-Mutanammisah ialah wanita yang meminta orang lain untuk menghilangkan bulu di wajahnya.
Al-Mutaffalijah ialah wanita yang menjarangkan gigi geraham dan gigi serinya.
Al-Mugayyirah iaitu wanita yang mengubah ciptaan Allah SWT
- Imam An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Juz 7, 2000 : 241
0 Comments