Zunairah : Perempuan yang Sabar


gambar dari tafsirq.com

Zunairah iaitu hamba sahaya Abu Jahal. Ketika tuannya mengetahui keislamannya, dia diseksa dan dianiaya oleh tuannya. Selama diseksa, dia teguh dalam pendiriannya, tetap bersabar dan beriman kepada ajaran Nabi SAW. Kemudian Abu Jahal mendatangkan para pemimpin Suku Quraisy sambil bertanya kepada Zunairah;

"Benarkah kamu sudah mengikuti seruan Muhammad?"

Dia menjawab;

"Ya, aku benar-benar telah mengikut seruan Nabi SAW"

Abu Jahal bertanya kepada sekutunya;

"Wahai Kaum Quraisy, apakah kamu mengikut apa yang diserukan Muhammad?"

Mereka menjawab;

"Tidak, sekali-kali kami tidak akan mengikut seruan Muhammad"

Abu Jahal pun berkata;

"Seandainya seruan Muhammad itu benar, tentunya kita lebih dahulu akan mengikutnya daripada Zunairah, bukankah begitu?"

Kemudian Zunairah dipukul dengan keras setiap hari sehingga matanya menjadi buta. Selepas itu, Abu Jahal berkata;

"Wahai Zunairah, kamu menjadi buta bukan kerana seksaan kami, tetapi kerana kutukan Latta dan Uzza"

Zunairah pun menjawab dengan tegas;

"Kamu berbohong, Latta dan Uzza tidak mampu memberi mudarat dan manfaat kepada kami, juga tidak mampu memberi kebutaan ini"

Kemudian Abu Jahal datang lagi kepada Zunairah sambil berkata;

"Wahai Zunairah, kembalilah kepada Latta dan Uzza, kerana Dia berhala-berhala nenek moyang kamu. Tidakkan kamu takut kepadanya? Bagaimana ia marah kepadamu? Kamu menjadi buta kerana sudah sekian lama kamu tidak pernah melihat dan memujanya. Ingatlah,wahai Zunairah, berhentilah mengikuti seruan Muhammad"

Mendengar ucapan Abu Jahal itu, Zunairah menjawab;

"Berhala-berhala kamu itu, iaitu Latta dan Uzza, lebih buta daripada aku. Apa gunanya kedua berhala yang kamu puja itu dan kamu menyuruh aku untuk memujanya pula, kalau dia juga buta? Sesungguhnya yang menyebabkan aku buta tiada lain iaitu Tuhanku. Dialah yang telah menciptakan aku dan kamu. Tuhanku lebih kuasa menjadikan aku boleh melihat kembali seperti dulu sebab Dialah yang menciptakan aku"

Pada malam harinya, Allah SWT menyembuhkan kebutaan Zunairah. Keesokkan harinya, ketika Abu Jahal dan kawan-kawannya menengoknya, mereka terkejut dan berkata;

"Ini pasti sihir Muhammad"

Pada waktu itu, dia masih terus dianiaya oleh Abu Jahal dan sekutunya. Sampai dia dibeli oleh Abu Bakar dan kemudian dimerdekakan.

- Imam Al-Qurtubi, Al-Jami 'li Ahkamil Qur'ani, Juz 16, 1985M/1405H : 189

Post a Comment

0 Comments