Balasan Wanita yang Lalai dari Zikir Kepada Allah


gambar dari tafsirq.com
Cerita mengenai had orang yang meremehkan sembahyang ini adalah cerita orang zaman dahulu. Dikatakan bahawa ada seorang perempuan yang meninggal dunia. Perempuan ini mempunyai saudara lelaki. 

Sewaktu pengebumian, saudara lelakinya ini beserta orang ikut menguburkannya ke perkuburan. Tiba-tiba dompet saudara lelakinya ini terjatuh di dalam kubur itu tanpa sengaja, namun orang yang sedang menguburkan perempuan itu tidak mengetahuinya. Mereka terus sahaja menguburkan perempuan ini. Di dalam dompet lelaki ini berisi wang yang dia miliki.

Ketika orang meninggalkan kubur, lelaki ini membongkar lagi kubur saudarinya itu. Tetapi alangkah terkejutnya dia ketika dia membongkar kuburan itu, bahagian dalamnya mengeluarkan api. Lalu lelaki itu bergegas menutup lagi kubur itu dan pulang ke rumah berjumpa ibunya dengan perasaan takut. Kemudian dia bertanya kepada ibunya;

"Wahai ibu, amalan apa yang telah dilakukan oleh saudari perempuanku?"

Ibunya bertanya dengan hairan;

"Mengapakah kamu bertanya seperti itu?"

Lalu menceritakan kejadian yang baru sahaja dialaminya di perkuburan. Ibunya menangis sambil berkata;

"Wahai anakku, saudarimu ketika masih hidup merupakan perempuan yang melalai dari melaksanakan sembahyang. Dia suka melewat-lewatkan sembahyang"

Daripada Ibnu Ziyad, dia pernah datang ke Madinah dan berjumpa dengan Abu Hurairah r.a; Abu Hurairah bertanya;

"Wahai pemuda, mahukah aku ceritakan sebuah hadis kepadamu?"

Ibnu Ziyad menjawab;

"Tentu, semoga Allah SWT merahmatimu"

Yunus berkata, dia menyebutkannya daripada Nabi SAW, Baginda bersabda;

"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat iaitu sembahyang"

Nabi SAW bersabda;

"Allah SWT berfirman kepada malaikatNya;

"Wahai malaikat, lihatlah sembahyang hambaKu ini, apakah dia sembahyang dengan sempurna atau kurang sempurna? Apabila sembahyangnya dikerjakan dengan sempurna, maka catatlah dengan sempurna. 

Apabila sembahyangnya kurang sempurna, maka lihatlah apakah hambaKu mempunyai sembahyang sunat? Kalau dia memiliki sembahyang sunat, maka Allah SWT berkata kepada malaikat;

"Sempurnakanlah sembahyang hambaKu dengan sembahyang sunat. Catatlah seluruh amal seperti itu" - Hadis Riwayat Abu Daud

- Imam Az-Zahabi, Al-Kabair, 2006 : 24, 27

Post a Comment

0 Comments