Green Green Greeen....


"Green?
Hijau?
Tema baju raya tahun 2018 ni adalah HIJAU. 
Kenapa hijau?
Hijau itukan sejuk... sejuk mata memandang.
Hijau itukan melambangkan alam... "
Alam yang indah dengan warna hijau yang menjadi warna latar kemudian diwarnakan dengan warna kuning, oren, coklat dan macam-macam warna lain lagi... 

Wow!!! hijau is faboulous... 

Erti warna hijau adalah kesuburan, kesegaran, kedamaian dan keseimbangan emosi. Hijau juga berkait rapat dengan alam, perasaan tenang, beruntung, kesihatan dan kesejahteraan. Hijau juga dikaitkan dengan aura positif dan bersahaja. 

Warna hijau dapat menurunkan stress dan juga melambangkan kuasa penyembuh hingga mendorong kepada perasaan empati. Hijau kerap digunakan untuk membantu seseorang yang berada dalam keadaan tertekan agar lebih mampu menyeimbangkan dan menenangkan emosinya. 

gambar dari https://en.wikipedia.org/wiki/Green
Contohnya, kebiasaannya jika kita letih mata, kita disarankan untuk memandang sesuatu yang hijau.. begitu juga, bila kita tengok hijau, kita akan rasa tenang dan sejuk. Itu laaa hijau... 

Jadinya, bagi orang yang sukakan warna hijau, dia adalah orang yang berjiwa romantik, pencinta keindahan dan sukakan suasana semulajadi, suka puji-pujian dan mudah memberi nasihat.

Namun, dalam sesetengah situasi, peminat hijau ini boleh berubah menjadi satu watak yang keras dan boleh jadi bercakap kasar. Namun dalam hal percintaan, penggemar hijau ini sangat mengharapkan seseorang yang bertoleransi dengannya dan percaya akan kata-katanya. 

Psttt... hijau juga dikaitkan juga dengan sifat cemburu taw! Hati-hati dengan individu yang sukakan hijau...

Tapi, orang yang sukakan warna hijau ini tergolong dalam golongan orang yang penyabar dan kurang cenderung untuk berubah kepada perkara yang merosakkan. 

Berdasarkan pandangan para pakar psikologi hijau adalah warna yang membangkitkan kebahagiaan, rasa gembira dan ghairah hidup. Sebab itulah, warna hijau sering ada kat hospital, bilik pembedahan, malah pakaian pesakit dan doktor pun guna warna hijau. 

Dari segi psikologi pula, warna ini menggambarkan dalam diri seseorang melambangkan adanya satu keinginan yang kuat, ketabahan dalam menghadapi persoalan hidup atau penderitaan, memiliki keperibadian yang lasak, keinginan yang kuat dan lambang keberkuasaan.

Cinta 
Hijau adalah warna cinta. Cinta kepada Allah, ibubapa, anak-anak, kawan-kawan, alam sekitar dan sebagainya. Cinta adalah kunci untuk kemakmuran. Tanpa cinta, akan hilanglah kemakmurannya. 

gambar dari http://hanentravel.com
Islam
Bila sebut je hijau, memang berkait dengan islam. Dalam Al-Quran sendiri pun banyak menerangkan mengenai warna hijau. Hijau dalam kepercayaan agama Islam dimaknai sebagai makna kesucian.

Hijau sangat banyak disebutkan didalam Al-Quran yang diantaranya memberikan gambarang tentang penghuni syurga yang lengkap dengan kenikmatan kenikmatannya, kesenangan serta ketenangan jiwa sebagaimana banyak disebutkan dalam surah Ar-Rahman.
 
Selain itu di surah yang lain juga disebut sebagai gambaran pakaian surga yang indah(Al-Kahf:31).

Alam semulajadi
Hijau memang warna alam iaitu warna pepohon dan tumbuh-tumbuhan, hutan dan air terjun.

gambar dari https://www.mnn.com
Harmoni
Hijau itu pendamai atau orang tengah dalam sesuatu masalah atau pertelingkahan. Dan selain itu, ia juga bersifat terbuka. 

Perkembangan
Hijau adalah melambangkan growth dalam potensi seseorang

Minda
Minda yang sering berkembang dan berevolusi 

Pengetahuan
Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang dan tidak mati dan tidak pernah habis. 

Kesihatan
Secara psikologi, hijau banyak mempengaruhi mood dan fikiran.

Hijau Dalam Logo
Penggunaan corak hijau dalam logo membawa maksud kehidupan, kesegaran serta pembaharuan. Trend penggunaan corak hijau banyak digambarkan sebagai slogan Eco-Friendly.

Banyak perniagaan sekarang ini yang menggunakan warna hijau untuk menarik pelanggan dan melaluinya kesedaran masyarakat terhadap kelestarian alam sekitar dapat dipertingkatkan. Selain itu warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik. 

Ce pikior apa logo yang banyak guna hijau memang lebih kepada kecintaan mereka kepada alam sekitar, contohnya Shaklee. 

gambar dari https://business.idntimes.com
Hijau pada asasnya mempunyai warna yang bermacam-macam. Ini adalah antara warna hijau yang ada : 

gambar dari codesigncod.blogspot.co.id
Aqua marine, Celadon(pudar), Chartreuse(kekuning-kuningan), Emerald(zamrud hijau), Hijau hutan, Jade (hijau lumut), Tangerine, Viridian, dan lain-lain.

gambar dari www.alhudristai.wordpress.com
Tak sabar plak kita nak pakai warna hijau untuk raya ini. Walaupun dulu kita bukannya penggemar warna hijau... #spreadlove 

Post a Comment

0 Comments