23 April, 2018

Isa AS dilahirkan daripada Ibu yang Terbaik



Iman Bukhari meriwayatkan hadis yang berkaitan dengan keutamaan Mariam Binti Imran. Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda; 

''Tidaklah anak Adam dilahirkan melainkan syaitan memegangnya dengan kuat atau mencengkam. Kemudian dia menjerit kerana cengkaman syaitan tersebut, kecuali Mariam dan anaknya Isa AS.''

Kemudian Abu Hurairah RA berkata;

''Sesungguhnya aku melindunginya dan keturunnya kepadamu daripada syaitan yang terkutuk.''


Daripada Ali RA. ia berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda;

''Sebaik-baik perempuan ialah Mariam Binti Imran dan Khadijah''


Daripada Abu Musa Al-Asy'ari RA, ia berkata, Nabi SAW bersabda;

''Keutamaan Asiah berbanding perempuan yang lain seperti keutamaan roti yang dicampur dengan air dan jenis makanan yang lain. Lelaki yang sempurna banyak jumlahnya dan tidak ada perempuan yang sempurna, kecuali Mariam Binti Imran dan Asiah isteri Firaun.''


Abu Hurairah berkata, saya mendengar Nabi SAW bersabda;

''Sebaik-baik perempuan suku Quraisy iaitu perempuan terbaik yang tidak naik unta, perempuan yang paling sayang terhadap anaknya dan perempuan yang paling boleh menjaga dirinya.''


Abu Hurairah berkata; 

''Mariam Binti Imran tidak pernah naik unta.''

Hadis tersebut menyebutkan keutamaan Mariam Binti Imran dari sisi: 

1. Mariam Binti Imran dijaga oleh Allah SWT daripada gangguan syaitan ketika lahir kerana setiap bayi yang lahir dicekik oleh syaitan, kecuali Mariam dan anaknya Nabi Isa AS. 

2. Perempuan yang belum pernah naik unta. 

3. Perempuan yang terbaik didunia di antara perempuan baik dan perempuan penghuni syurga yang terbaik di antara perempuan penghuni syurga. 

4. Perempuan yang sempurna di antara para perempuan.


- Imam Bukhari, sahih Al-Bukhari, 3431-3432, 1427 Hijrah / 2006 Masihi : 469.

No comments: