Kisah Isteri Nabi Ibrahim AS



Allah SWT mengisahkan keluarga Ibrahim AS ketika ada tetamu yang bertandang ke rumahnya. Tetamu tersebut berjumlah tiga orang. Mereka ialah para malaikat yang menjelma menjadi manusia itu ialah Malaikat Jibrail, Malaikat Mikail dan Malaikat Israfil.

Ketiga-tiga malaikat itu datang kepada Nabi Ibrahim AS untuk menyampaikan berita daripada Allah SWT kepadanya. Sebelum mereka melanjutkan menemui Nabi Lut AS untuk menghancurkan kaumnya.

Ketika mereka ke rumah Nabi Ibrahim AS, mereka mengucapkan salam kepadanya. Nabi Ibrahim AS membalas salam mereka seraya berkata;

"Semoga kejayaan tercurah kepada kalian wahai orang yang tidak kami kenal"

Nabi Ibrahim AS tidak mengetahui siapa tetamu tersebut. Mengetahui bahawa tetamunya iaitu orang asing, maka Nabi Ibrahim AS menjamu mereka dengan menghidangkan daging lembu yang paling gemuk untuk mereka. Namun, ketiga-tiga malaikat itu enggan menjamah makanan yang dihidangkan olehnya. Nabi Ibrahim AS;

"Mengapa kalian tidak memakannya?"

Mereka menjawab;
"Kami tidak makan kecuali memang berhak"

Nabi Ibrahim AS berkata;
"Makanlah, kalian berhak"

Mereka bertanya;
"Apa haknya?"

Nabi Ibrahim AS menjawab;
"Mengawali dengan membaca bismillah dan mengakhiri dengan Alhamdulillah"

Mereka berkata;
"Hak kamu ialah dicintai oleh TuhanNya."

Mereka tetap sahaja tidak makan sehingga membuatkan Nabi Ibrahim resah. Melihat keresahannya, akhirnya mereka berkata;

"Wahai Ibrahim, jangan takut, sesungguhnya kami diutus oleh Allah SWT untuk menyampaikan khabar gembira kepadamu, iaitu Dia akan memberikan seorang putera kepadamu, iaitu putera yang berilmu dan cerdas."

Mendengar khabar itu, isteri Nabi Ibrahim yang bernama Sarah terkejut. Lalu Sarah memukul wajahnya tanda tidak percaya, seolah-olah bagaikan mimpi. Sarah berkata;

"Kami sudah tua, sudah tidak mungkin lagi melahirkan anak."

Malaikat berkata;
"Yang demikian itu iaitu perbuatan TuhanMu yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"


-  Al-Jazairi, Aisarut Tafasir, Juz 4, 1998:142

Post a Comment

0 Comments