Daripada Abdul Aziz bin Suhaib, daripada Anas r.a, dia berkata;
Suatu ketika Rasullullah SAW masuk ke dalam masjid, di dalam masjid itu Rasullullah SAW menemui seutas tali yang merentangi dua tiang masjid, kemudian Rasullullah SAW bertanya;
"Apakah ini?"
Lalu para sahabat menjawab;
"Tali ini adalah milik Zainab. Tali tersebut dipakai Zainab untuk melaksanakan solat malam. Apabila malas atau bosan, maka dia akan memegang tali itu."
Kemudian Rasullullah SAW berkata;
"Lepaskan tali ini, apabila semangat muncul pada kamu, maka solatlah (solat malam), dan apabila muncul rasa malas dan bosan, maka duduklah (tidak solat)."- Hadis Riwayat Muslim.
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abdul Warits, daripada Abdul Aziz, daripada Anas, daripada Nabi SAW.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam riwayat yang lain, daripada Urwah bin Az Zubair r.a, daripada Aisyah r.a, isteri Rasullullah SAW, dia berkata;
Sesungguhnya Khaula binti Tuwait bin Habib bin Asad bin Abdul Uzza pernah lalu di hadapannya. Ketika itu, Aisyah bersama Rasullullah SAW kemudian Aisyah berkata;
"Ini ialah Khaula binti Tuwait, orang mengatakan bahawa dia ialah seorang perempuan yang tidak tidur pada waktu malam (untuk melaksanakan ibadah di malam hari atau solat malam)."
Kemudian Rasullullah SAW bertanya;
"Adakah dia tidak tidur pada malam hari? Kerjakanlah amalan yang kamu mampu untuk melakukannya. Demi Allah, sesungguhnya Allah SWT tidak bosan (memberi imbalan) sehingga kamu berasa bosan (melaksanakan ibadah). " - Hadis Riwayat Muslim.
Hadis tersebut menunjukkan bahawa di antara para perempuan pada masa Nabi SAW ada yang suka melaksanakan solat malam. Mereka sanggup berusaha sekuat tenaga dan mencari segala cara untuk boleh melaksanakannya.
Bahkan sampai ada yang tidak tidur semalaman untuk melaksanakan solat malam. Kesungguhan untuk beribadah itulah yang patut ditiru.
Kesukaan Rasullullah SAW melaksanakan solat malam menyebabkan tapak kaki Baginda Rasul SAW pecah-pecah. Ketika disoal mengenai perkara itu, Baginda Rasul SAW hanya mahu disebut sebagai hamba Allah yang bersyukur.
- Imam Muslim, Sahih Muslim, 784, 785, 786, 1419H/1998M : 394-395
gambar 4.bp.blogspot.com |
Maksud ayat :
1. Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!
2. Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali* pada sebahagiannya (tidak sepenuh malam)
3. Iaitu separuh daripadanya atau kurang sedikit daripada itu.
4. Atau lebih daripada (satu perdua), dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan
* Solat malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke-20 dalam surah a-Muzammil (Orang yang berselimut). Setelah turunnya ayat ke-20, hukum solat malam adalah sunat.
Kita pun amat berharap diberikan kekuatan mengerjakan solat malam. Mau taknya, diulit bantal yang empuk dan tilam yang selesa, amat susah untuk bangkit menunaikan solat Tahajud yang hanya amik masa 5 minit sahaja. Allahu akbar.. #spreadlove
0 Comments