Zainab binti Jahsy - Lambang Ketaatan Muslimah kepada Allah dan Rasul


Wanita ini adalah wanita yang patut dicontohi oleh muslimah yang lain kerana beliau merupakan puteri Quraisy yang cantik yang terpaksa dikahwinkan dengan hamba sahaya demi menegakkan syariat islam. Perkara ini ada dibangkitkan dalam surah Al-Saff, 61 : 11.

gambar dari 3mbunhati.blogspot.my

Zainab binti Jahsy telah memberikan contoh ketaatan kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW, ketika beliau diminta untuk bersetuju oleh Baginda Rasul SAW bagi dikahwinkan dengan Zaid bin Haritsah yang sewaktu itu adalah hanya seorang hamba sahaya. 

Zainab binti Jahsy menerima permintaan dan mempersetujui hasrat Baginda Rasul SAW. Dia menyedari bahawa ketaatannya terhadap hasrat Baginda Rasul SAW pasti ada perkaitannya dengan hukum syariat. 

Di antaranya adalah seperti berikut : 

1. Menciptakan persamaan hak secara sempurna di antara umat manusia
Perkahwinan di antara seorang wanita Quraisy yang cantik, anak pemuka masyarakat iaitu keturunan Abdi Syams, puteri kepada ibu saudara Baginda Rasul SAW dengan Zaid bin Haritsah, yang merupakan hamba sahaya. Jurang perbezaan antara keduanya tidak boleh ditembus kecuali dengan tindakan nyata Baginda Rasul SAW. 

2. Menggugurkan tradisi anak angkat yang berlaku pada masyarakat Jahiliyah. 
Baginda Rasul SAW telah membuktikan seandainya Zaid bin Haritsah itu benar anak mereka, nescaya perkahwinan Zaid dengan Zainab menjadi tidak sah. 

Oleh kerananya, untuk mewujudkan dua jenis ketetapan hukum syariat secara pratikal di persekitaran rumah tangga Baginda Rasul SAW, Zaid pun berkahwin dengan Zainab, puteri ibu saudara Baginda Rasul SAW. 

Perkara ini dilakukan agar semua manusia boleh mengambil pengajaran dengan jiwa yang tenang, tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT dan RasulNya. 

Ketika Baginda Rasul SAW meminta Zainab untuk berkahwin dengan Zaid bin Haritsah, sebenarnya Zainab tidak bersetuju dengan cadangan itu. Oleh kerananya, Zainab telah berkata; 

"Wahai Rasullullah, aku tidak mahu berkahwin dengannya selamanya kerana aku ini puteri keturunan Abdi Syams."

Dengan tenang dan penuh keyakinan, Baginda Rasul SAW bersabda; 

"Berkahwinlah dengannya."

Ketika Baginda Rasul SAW berbincang dengan Zainab, maka turunlah firman Allah SWT; 

"Dan tidaklah layak bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata" - Surah Al-Ahzab, 33 : 36

- DR. Muhammad Ali Al Hasyimi, Syakhsiyyah Al-Mar'ah Al-Muslimah, 1996 : 56-57  

-----------------------------

Taatnya si Zainab ini. Si Puteri Quraisy yang cantik ini sanggup berkahwin dengan si hamba demi membela dan menegakkan Agama Allah dengan dirinya dan hartanya kerana ia menyedari Allah pasti akan membalas ganjaran yang lebih besar pada suatu masa nanti. Allahu akbar... #spreadlove

Post a Comment

0 Comments