Ginger Crunch Asya


6 Jun 2018
Presint 17, Putrajaya

Assalamualaikum uols...
Kali ni, kita nak share lagi pasal project asya ni..mem "baking" biskut GingerSnap. Tapi.. asya da ubah-ubah da resepi tu, ikut suka ati dia je. Ikut selera dia...

Last time, mem"baking" kek coklat, ramai kawan asya yang sibuk nak merasa... terlalu banyak permintaan, sehingga kan ada dua tiga orang yang tak dapat nak merasa. Dah merajuk... Tak per, nanti asya buat kan lagi hokey...

Orait, apa bahan-bahan untuk GingerSnap ni? Yang ini Asya amik daripada www.azianhasan.com

Bahan-bahannya :

Peralatan:
Mixer
Pengayak
Senduk kayu
Sudu penyukat
Cawan Penyukat
2 Dulang pembakar
Oven sederhana besar
2 kertas pembakar
Penyidai kuih
Kayu penggelek tepung
Plastic wrapper
Penekap bercorak
Pen icing

Biskut
4 cawan gandum
2 cawan gula perang
200g butter
1 sudu besar serbuk kayu manis
2 sudu teh baking soda
1/2 cawan madu
2 biji telur
1 sudu teh serbuk buah pala
2 sudu teh garam
 3 inci halia (diparut halus)

Caranya:
Pukul mentega dengan gula perang
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan madu dan halia yang diparut

Ayak tepung bersama serbuk kulit kayu manis, serbuk buah pala, baking soda dan garam
Masukkan ke dalam adunan dan kacau dengan senduk kayu

Gaul sebati dan masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.
Selepas 1 jam, panaskan ketuhar pada suhu 150 -160c.
Tekap dengan corak yang disukai dan bakar selama 15 - 20 minit.






Royal Icing
1 cawan gula icing yang telah diayak
1 biji telur putih, lebih pun tak apa.. kalau sikit, icing mencair
1 sudu teh cream of tar tar
Pewarna pink dan kuning


Caranya:
Ayak gula icing bersama cream of tar-tar
Pukul gula icing bersama telur putih hingga kembang
Asingkan ke dalam mangkuk untuk proses mewarna.





Untuk menggunakan pen icing, boleh tengok video ini 



Tada....dah siap biskut Ginger Crunch Asya. 

Komen Mama : 

"Biskut Asya ni keras dan besar. Rasanya pulak terlalu manis. Aish, mama tak rasa orang nak makan biskut ni masa ari raya. Asya kena cari jalan kena wat design yang lebih kecik dan rasanya tidak terlalu manis. Dan yang penting rangup dan mudah dikunyah. Tapi, mama suka je!!! Sebab Asya yang buat. Haa.. jangan lupa, warna pink icing ni macam tak kena je...kena cari warna yang lebih terang macam warna kuning"

Apa-apa pun Asya, dah sedap dah.. cuma kena ubahsuai skit lagi. Kena buat experiment lagi hokey. Jangan putus asa... mesti ada idea yang best-best kalau Asya cari cari cari taw!

Orait.. ituje laa yang kita nak kongsikan pasal baking Asya kali ini. Jumpa lagi tau! #spreadlove

Post a Comment

0 Comments