Raya Kawasaki 2018


Assalamualaikum uols...

Kita kembali bersiaran setelah sekiaaaan lama berdiam diri. Kalut ribut dengan nak belajar moto, nak join event, nak uruskan stok shaklee dan aihhh banyak lah.. belum lagi urusan "anak-anak burung" (Ujang Syanaz) yang perlu diberikan perhatian. 

Itulah akibatnya, kalau segala benda atas pundak bahu kita je kan.. but, kita suka... apa yang kita buat, ujang syanaz sentiasa memberi sokongan. Tiada sebarang halangan. Muahsss.. .lobiu cyunx mama.

Orait, kali ini, kita nak citer pasal event yang kita join semalam. Ada dua event yang wajib kita hadir. Yang pertama, event Kawasaki Raya 2018 bermula jam 1.30 petang hingga 4.30 petang dan yang kedua, event National Shaklee Convention 2018. Yang ini bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang. 

Kalau tak hadir, rugiler.. memang tak de story nak diceritakan.... hik3. Cerita Tetiba Surabaya pun belum selesai lagi. Tak per, yang itu, nanti kita sambung lagi yer...

Kali ni kita nak citer pasal Event Raya Kawasaki 2018 yang meraikan anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Hembusan Kasih, Klang bersama sama pemilik motosikal Kawasaki.

Ehsan pix Cipantos Adventures
#throwback
7hb Julai 2018
Encorp Strand Mall
Kota Damansara, Petaling Jaya 

Actually, semalam kita just arrived kat Strand Mall tu, dah jam 3.30 petang. Padahal event bermula jam 1.30 petang. Mak aiii... dari Putrajaya ke Kota Damansara tu, tak de laa jauh bebenor... tapi itula.. kereta banyak. Agaksnya semua orang keluar beraya kot. Yelah, ini adalah minggu second last untuk buat jamuan raya. Sekejap je kan sebulan.   


Sesampai je kat sana, kita disambut mesra oleh team Kawasaki. Aih, dah terasa macam VIP je masa tu. Syokkk.. Walaupun event dah nak abih, jam 4.30 petang, kita tetap diberikan peluang untuk register... manalah tau dapat jam Kawasaki yang harganya RM700 tu. Wow!!!!



Asya posing sakan...

Ehsan pix Cipantos Adventures
Ehsan pix Cipantos Adventures
Event semalam ada dalam 150 orang sahaja yang hadir. Ada yang dari group Z250M, Z900M, Kilat Bikers, PEM, VSCM, KOG, KLG, Wilhin Motor (M) Sdn Bhd, MOVOC dan banyak lagilah...

Dila and the Gangs MOVOC
Lebih kurang 40 orang anak-anak yatim Rumah Penyayang Hembusan Kasih Klang bersama 6 orang pengiring yang diraikan semalam...Ada orang orang cakap kat kita semalam..yang kek coklat moist tu adalah dessert yang seriously paling sedap dan really marbeloussssss...

Tapi, sayangnya kita tak dapat nak merasa... huhuhuhuhu


Opss terbebel lebih plak. Actually, majlis raya ni disempurnakan oleh Dato' Jeffrey Lim iaitu Big Boos aka GM Kawasaki Malaysia, Dato' Seri Wilson yang merupakan Chairman Wilhin Motor Group dan En Ahmad Faez Tan Sri Yahaya (Exec Chairman Kawasaki). Boleh baca itinerary kat bawah tu yer... 

Ehsan pix Cipantos Adventures

Team Pengurusan Kawasaki Malaysia bersama Otai Kawa Che Mad
Kawasaki Lady Bikers
Mr Mike Wilhin, Wak Gjan dan Mr Cipantos Adventures

Dara pingitan Kawasaki Malaysia
Abang Zul Olen.. nak ride obersea.. kontek dia na!
Ini Otai Kawasaki... Terbaiklah Che Mad
Gandingan hebat Kawasaki Malaysia...
Selesai...jugak akhirnya misi kita rini. Misi hadir jamuan raya #kawasaki bersama anak anak yatim Rumah Penyayang Hembusan Kasih Klang dan pemilik motosikal Kawasaki. Walaupun kita datang lambat, tapi kita dapat jugak hadiah cabutan bertuah. Syok ...mekasih ye kawasaki.

Hadiah Cabutan Bertuah.. ce teka.. gapo dio dale tu?

Tambah koleksi Mug Kawasaki Ninja... alhamdullillah


Oklah uols, kita stop sini dulu lah ye.. nanti kita cite lagi... See u soon.. #spreadlove

Post a Comment

0 Comments