🕌ADA ORANG SEDIH🕌
Muhasabah seorang insan yang daif untuk renungan bersama
"Kenapa rumah saya adik beradik tak datang pun? Saya je kena ziarah mereka dan mereka "lalu" rumah saya tetapi tak singgah."
Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka tak dapat. Bab ni kita yang pilih antara pahala, kebencian, dendam ataupun cemburu. Jadi biarkan orang yang tak nak menyambung silaturrahim. Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.
Seperkara lagi:
Saya sendiri tidak kesal atau kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka sibuk. Ada hal yang lebih penting daripada silaturrahim. Kita tidak perlu berkecil hati. Manalah tahu, dengan izin Allah Taala, orang lain jadi tetamu kita pula, membawa balik dosa kita dan membawa rahmat.
Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:
1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya...
2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...
3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama...
4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...
5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya...
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...
7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...
Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Maka..
Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini....
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.
0 Comments