Antara Anak yang Berjaya Dunia dan Berjaya Akhirat


http://humairahdwilestari.blogspot.com

sumber copy and paste

MENUMPANG HIDUP DENGAN ANAK YANG TIDAK BERJAYA DI PENGHUJUNG USIA

Renungan bersama..

Ketika memasukkan barang yang dibeli dari sebuah supermarket, saya ternampak seseorang yang saya kenali di kampung saya di parking motor. Dia kelihatan membawa beberapa beg pampers yg dibeli dan nampak berusaha mengikat bungkusan besar pampers di motosikal separuh usianya. Saya menegurnya dan kami berbual sekejap.

Lelaki 40an ini bercerita, 

"Cikgu, saya anak bongsu, saya mengaji tak tinggi, kerja kampung saja. Tak seperti kakak dan abang yang emak ayah saya bagi mengaji sampai universiti.

Ganjarannya mereka hidup mewah di bandar, emak yang telah 80an, mereka tinggalkan kepada saya kerana saya tidak mengaji tinggi, tidak banyak urusan hidup, tak banyak kerja, kata mereka.

Emak saya dah lumpuh, berak kencing dalam pampers, makan pun kekadang kena disuap."

Bila ditanya tidakkah abang dan kakaknya balik melihat emak mereka, dia membalas.

"Abang dan kakak serta ipar saya hanya balik menjenguk emak apabila hari raya, itupun sekadar menjenguk. Sayalah juga mengurus emak walau mereka ada. Kata mereka, geli geleman nak buka pampers emak, anak menantu emak lagilah menjauh"

Matanya mula merah dan berair.

"Lihatlah cikgu, dengan motor ini saya kena membeli keperluan emak, mereka kata saya takda kerja, sedangkan saya kena berhempas pulas di kebun untuk sesuap nasi.

Mereka lupa emak yang membasuh berak mereka dulunya, mereka lupa emak yg membuka napkin mereka yg penuh taik atau air kencing suatu masa dulu. Hari ini mereka geli geleman pada pampers emak.

Mereka lupa suatu masa dulu emak yang menyuap mereka makan, hari ini mereka tak bertanya pun emak dah makan atau tidak berbimbang kena menyuap."

Dia berhenti bercakap,air matanya menitis di baju lalu disapu dengan hujung baju lusuhnya. Saya hanya menepuk bahunya lalu mendakapnya dan membisikkan agar dia bersabar. Lalu saya ambik semua bungkusan pampers yang dibelinya dan saya bawa ke kereta saya.

Begitulah satu hakikat hidup. Ibubapa berhempas pulas mahu anak-anak berjaya dalam hidup, menjawat jawatan besar, hidup senang-lenang tetapi mereka langsung tidak memikirkan bahawa kesenangan hidup anak-anak akan menyebabkan mereka tiada masa untuk ibubapa.

Mereka hanya memikir untuk boleh menumpang hidup dengan anak-anak. Anak yang berjaya dibangga, anak yang kurang berjaya dimarah dan diherdik.

Tetapi akhirnya anak yang tidak berjaya dalam pelajaran yang akhirnya terpaksa hidup dengan ibubapa itulah yg membela ibubapa hingga ke akhirnya hayat. Anak yg dibangga-banggakan kejayaannya, sibuk dengan hidup, sibuk dengan kerja dan tiada masa menjenguk ibu ayah apa lagi mengurus berak kencingnya. 

https://ohbulan.com
Bukankah sepatutnya anak yang berjaya yang memelihara ibubapa dan memberi ruang kepada anak yang kurang berjaya meneruskan hidup kais pagi makan pagi dengan lebih selesa.

Ingatlah kepada kita yang ada anak-anak, jangan dibangga berlebihan pada anak yang berjaya dan dicemuh yang gagal, kerana setiap anak yang Allah Taala anugerahkan ada kelebihan dan kekurangannya. Anak yg gagal pada ukuran kejayaan di dunia, mungkin berjaya pada ukuran akhirat apabila dia menumpah bakti memelihara ibu ayah hingga ke akhir hayatnya mereka.

Saya mengajak pembaca yg masih ada ibu ayah, jangan mengambil sikap membiarkan ibu ayah dipelihara oleh seorang saudara kita sahaja, kita sekadar menjenguk sekali sekala. Sepatutnya direbut usaha menjaga ibubapa untuk membalas jasa mereka biar bagaimana keadaannya sekalipun.

Penuhilah keperluan ibubapa, jangan jadi seperti beberapa orang anak yang datang meminta sumbangan kerusi roda untuk ibubapa, sedangkan mereka datang memandu Honda Civic. 

Ada yang datang meminta katil hospital, sedangkan mereka memandu CRV. 

Nabi SAW berpesan, 

"Ibu ayah membela kita supaya membesar dan berjaya, tetapi kita membela ibubapa untuk menunggu hari matinya, itupun tak boleh?"

Kepada pembaca yang masih muda, berazamlah untuk menjaga ibubapa hingga ke akhir hayatnya kerana syurga itu tergantung pada redha ibubapa. Jangan akhirnya ibubapa menitis air mata apabila mengenangkan anak-anaknya ketika mereka lanjut usia, biarlah wajah tua mereka tetap mengukir senyum dan berbangga pada setiap anak-anaknya. Wallahua'lam.

Post a Comment

0 Comments