5 BEST Tentang Pos Kuala Mu

www.sintoknews.com
9hb November 2019 | Sabtu
Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak

Last time kita bawak anak-anak bercuti main air kat Pos Kuala Mu yang agak terpencil dan jauh ke pedalaman. Pos ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Piah. 

Lebih kurang 65km dari Pekan Sungai Siput Utara dan sejam perjalanan. Jalan untuk ke sana, sudah diturap tar namun begitu masih ada yang pecah-pecah dan berlubang, mungkin akibat laluan kenderaan berat seperti lori sawit tak pun lori kayu balak yang keluar masuk. 

Jalannya berliku-liku macam ular kena palu dan area mendaki memanglah curam, wei. Kalau kenderaan not well service, better jangan lalu kawasan ni. Sebab kalau apa-apa jadi, susah kang! Jarang-jarang sekali ada kenderaan yang lalu taw.


Dan kalau boleh, berjalan biarlah berteman dan jangan sorang-sorang ye. Apa-apa pun memang best memandu atau ride kat sana. Mencabar dan yang paling best dijamu dengan view tanah tinggi yang memukau mata yang memandang. 


1. Must Check-In Place 
Pos Kuala Mu ni adalah perkampungan orang asli yang paling hujung berada di kawasan lembah berhampiran dengan Sungai Mu. Kawasan lembah ini berada pada ketinggian 600 ke 700 meter dari aras laut. 

Yakni lebih tinggi dari Bukit Broga tu la ye. Di Pos Kuala Mu terdapat Kg. Kuala Mu, Kg. Bersah, Kg. Toh, Kg. Gapeh Hilir dan Kg. Gapeh Hulu. Anggaran penduduk di kawasan ni lebih kurang 900 orang. Tapi time kitorang pergi, tak nampak plak penduduk yang seramai 900 orang tu. Dan mempunyai sebuah sekolah dan janakuasa solar.

Pos Kuala Mu ni terkenal kerana ecopelancongan Suku Temiar yang menempatkan Chalet Kg. Bersah, Chalet Kg. Dusun dan Chalet dan Campsite Kg. Gapeh yang dibuka pada tahun 2017 yang lalu. 

Keunikan chalet-chalet dan wakaf ini dibina sendiri oleh penduduk daripada buluh, daun bertam dan rotan yang dikutip dari hutan. Projek ecopelancongan ini diketuai oleh Tok Batin Hadu Long.

Pembinaan ini pada mulanya hanya 2 buah chalet sahaja pada tahun April 2018, then sekarang sudah ada 14 buah chalet yang dibina tanpa sebarang bantuan daripada pihak kerajaan. Memang rare kalau korang ada check in kat sini. Bukan calang-calang boleh sampai sini tau.

- sumber Hidden Chalet Tepi Sungai Kuala Mu, Perak


2. One of Perak Must Visit
Sejarah Suku Temiar 

Suku Temiar dikelompokkan dalam keluarga Senoi yang serumpun dengan Mon-Khmer (Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand).  Kebanyakan Suku Temiar menduduki negeri Perak dan Kelantan di pesisir kawasan sungai di kawasan pedalaman. Suatu masa dahulu Suku Temiar hidup berpindah-randah. Namun kini, mereka sudah hidup menetap kekal d isamping pelbagai infrastruktur dibina oleh kerajaan.

- sumber Pos Kuala Mu


3. A fabulous place to breakthrough
Kami berempat stay kat sana selama 2 hari satu malam. Pergi hari Sabtu dan balik hari Ahad. Tempat tu memang sangat, waktu siangnya, bunyi kicauan burung dan deruan air sungai yang memecah kesunyian. Tambah plak, kat sana, capaian internet dan line telefon memang intermitent.


4. Perfect and very nice chalet 
Semua chalet mempunyai bekalan eletrik, sementara bekalan air diperolehi dari Sungai Pelus. Chalet ini hanya dibuka pada hujung minggu iaitu setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kecuali cuti persekolahan dan cuti perayaan yang dibuka sepanjang hari. Mereka yang ingin menginap di chalet ini perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal. Kadar sewa chalet pula sangat murah dan berpatutan iaitu antara RM60 hingga RM80 semalam.

Kemudahan asas lain yang disediakan di sini antaranya tandas sebanyak empat buah, ruang memasak dan pondok ruang makan terbuka di tepi sungai.

Chalet Kg. Bersah ni basic je, kalau yang harga RM60 tu, ada tiga set kelengkapan tidur iaitu tilam, bantal dan kain selimut.  Tiada tempat untuk caj handphone. Tapi boleh caj di dewan ada tv yang bersebelahan dengan bilik air. Bilik mandi dan tandas memang tiada dalam chalet, ye! 

Tiada kipas atau ekon pun dalam chalet tu. Memang tak perlu, sebab udara malam kat sana memang sejuk. Macamana sejuk tu, tak de sesejuk Genting Highlands. Sesejuk Bukit Fraser gitew!


5. Excellent and extraordinary clean
Chalet Kg. Bersah ni memang terbaik. Pekerjanya peramah dan tak loket dengan senyuman. Suku Temiar ni kan lemah lembut budi bicara dan tutur katanya. Orangnya pun nice-nice. 

Chalet atau wakaf yang disediakan memang dijaga rapi dan kawasan sekitar memang teratur dan tiada sampah sarap. Setiap jam 11 malam, akan ada anak-anak muda orang asli yang datang pungut sampah. Pendek kata, korang rasa seronok dan selesa sangatlah. Korang takkan tidor dalam sampah lah (bagi yang tido dalam khemah)

***
Selain kuala mu ada Pos Sinderut, Kuala Lipis, Kg. Redip Gua Musang dan Temua Abo di Chembung Rembau

Untuk ke waterfall dalam 15 minit berjalan kaki 
boleh rendam botol dalam air.. sejuk

#spreaDLove #travel

Post a Comment

1 Comments

Ra1m1 said…
TQ for your info. Nanti nk pi lepas pkp