Hamba - Pelangi Pagi

 



Pagi semalam, ada pelangi yang indah semasa hujan renyai. Cantik sangat. 
Hujan... hamba suka dengan hujan. 

Hujan... itu seperti air mata hamba yang turun. 
Bila hujan, tambah bila mandi hujan, segala perasaan hamba lepas dan terluah. Syukur sangat. 

Tambah plak, bila tengok pelangi. adudududu, seakan-akan Allah sedang memujuk hati hamba. Hamba tidak diabaikan sebagaimana insan-insan yang hamba sayang mengabaikan hamba. 

Ntah bagaimana, malam tadi, hamba akhirnya berbicara hati ke hati dengan anak-anak. Hamba tidak sanggup lagi untuk biarkan anak-anak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai anak. 

Hamba sayang anak-anak hamba.
Setiap malam hamba memohon keampunan dan memanjatkan doa kesejahteraan, mudah-mudahan anak-anak menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Hamba tak nak mereka lalui keperitan dan kepayahan hidup seperti hamba. 

Hamba percaya, anak-anak lebih kental dan kuat jiwanya sebab hamba pun tabah dan tidak putus asa meneruskan kehidupan ni. Hamba semasa kecil hinggalah mempunyai anak tiga setiap hari belajar untuk tidak putus asa. 

Hamba mula membaca buku motivasi pada tahun 1994. Pada waktu ni, hamba sudah terkena guna-guna dari orang sekampung yang berdendam dengan keluarga kami terutama ayahanda. 

Setiap malam hamba tidak dapat tidur lena dan hamba keliru samada hamba masih dalam mimpi atau sudah terjaga. Hamba belajar untuk survival dan akhirnya hamba dinobatkan pelajar cemerlang di sekolah pada waktu itu. 

Hamba rasa itu adalah berkat doa daripada mak ayah. Hamba juga tidak pernah culas tunaikan solat hajat setiap awal pagi, sebab masa tu, hamba hanya tahu solat hajat tu je. hik3. 

Hamba tidak bercampur dengan sapa-sapa. Hamba buat hal sendiri. Namun begitu, hamba tetap dilantik sebagai pengawas sekolah tak pun Penolong Ketua Kelas. Setiap tahun hamba tetap memegang jawatan.  

Kiranya hamba seorang yang berkredibiliti juga lah kan. Walaupun hamba waktu itu tidak punya kawan-kawan rapat, buat hal sendiri tetapi hamba punya tujuan jelas ingin berjaya seperti Syed Mokhtar al-Bukhari. Low Profile. 

Setiap kali waktu rehat atau waktu riadah, tempat hamba adalah di perpustakaan tak pun di ruang bacaan. Hamba  amat suka membaca buku. Hamba suka baca buku tentang kehidupan seperti buku Inang Sari. Nanti hamba ceritakan siapa Inang Sari. Ini buku favorite hamba kerana kisah kehidupannya mirip seperti hamba.

Buku yang hamba paling elakkan adalah buku novel cinta. Hamba cuba baca buku novel Ahadiat Akashah Budak Setan. Hanya sekali itu sahaja, selepas itu hamba terus tak mampu nak baca buku-buku sebegitu. Tidak kena dengan jiwa hamba. 

Hamba suka baca buku sejarah dan penerokaan alam sains serta buku yang berkaitan dengan motivasi hidup. 

Kisah hitam dan suram yang terjadi dalam hidup hamba sehingga sekarang menghantui hamba. Hamba buat macam-macam untuk lupakan kisah hitam yang hamba alami dari umur seawal 6 tahun. 

Selain hamba menukar nama, hamba juga meluahkan perasaan dalam jurnal. Setiap tempat hamba pergi, hamba akan cipta nama panggilan yang baharu. Ikutkan hati hamba, ingin saja hamba tukar nama pada kad pengenalan. Tapi itu agak keterlaluan. Kesian pula kepada ayah dan ibu hamba yang susah payah mencari nama yang sesuai tiba-tiba hamba tukar pula. 

Hamba belajar untuk jadi anak yang baik, ikhlas, taat kepada ibu bapa dan adik beradik. 
Hamba belajar untuk berjaya dalam kehidupan ini walaupun kerap tersungkur dan tersasar
Hamba belajar untuk jadi lebih baik dari hari-hari sebelum ini kerana esok belum tentu ada untuk hamba.
Hamba belajar untuk buat hati lebih bahagia dan tenang supaya hamba dapat membantu insan-insan lain yang senasib dengan hamba. 

Sekurang-kurangnya, jika hamba pergi mengadap illahi, hamba masih dalam kenangan insan-insan yang mengenali hamba. 

Hamba bahagia sekarang...kerana pelangi pagi telah muncul.



 

Post a Comment

0 Comments