Hamba - Hiba



Teman

Hamba tidak berteman. Kekadang hamba ingin sangat mempunyai teman untuk bergurau senda, cakap merapu, berbahas dan teman yang menasihati apa segala tindak tanduk hamba.

Hamba teringin sangat seperti isteri inginkan anak. 


Belum Bersedia

Hamba akui, Allah tak izin lagi untuk hamba ketemu dengan insan yang benar-benar boleh menjadi teman hamba. Mungkin hamba belum lagi bersedia. Mungkin hamba masih lagi bergelut dalam menyelesaikan segala masalah. Mungkin hamba belum redha dengan takdir. 

Hamba kecewa hari ini. Sudah berkali-kali hamba berpesan pada diri, ikhlas dengan Allah. Buat apa saja biarlah ikhlas. Jika tidak, merana diri. Hamba insan lemah, sering tersasar. 


Pendam

Akhirnya hamba tersungkur, menangis dalam senyum. menahan takungan kolam air mata jangan tumpah. Tidak ingin hamba, anak-anak tau hamba sedang berduka. Duka hamba ini adalah kesilapan hamba sendiri. Hamba mengharapkan insan yang bukan hak untuk memahami hamba, mengharapkan insan yang bukan hak mencintai hamba. Tinggi benar angan-angan hamba. 


Mimpi Ngeri

Hamba sering berdoa, minta-minta Allah dengar permintaan hajat hamba supaya sedar dari mimpi ngeri ini. Mimpi cinta itu tak bermata. Mimpi cinta kepada yang bukan hak. Mimpi sanggup buat apa saja pada yang bukan hak hamba. 

Hamba mengenangkan jasa-jasa yang bukan hak ini menyebabkan hamba mendung dan malap sebegini. Tidak ingin dikatakan kacang lupakan kulit.

Hamba harap sangat Allah tarik semua perasaan cinta kasih sayang ambil berat ambil tahu daripada diri hamba kepada yang bukan hak. Hamba memang terseksa kerana tidak difahami, malah disisihkan kadang rasa dipalau. 


Perkenan

Hamba menangis hampir setiap malam. Hamba sepanjang masa cuba menenangkan diri dengan zikir memohon ampun dari Allah kerana fasiknya hamba ini kepadaNya. 

Sebab itu, hamba berpandangan, selagi hamba sebegini, selagi itu hamba tidak punya teman. 

Selagi hamba tidak belajar untuk berhenti mencintai yang bukan hak, selagi itu hamba akan begini. Allah tidak akan henti-henti membentuk hamba untuk mencintai yang lebih berhak. 

Tolong lah hamba, sampai bila hamba begini...

Hamba sudah penat. 

Hamba ingin berhenti dari perit derita ini.

Hamba ingin pergi jauh dari semua ini.

Hamba ingin mengenal dunia baru yang hamba pasti lupa pada siksa jiwa yang luka parah.


Impian

Hamba ingin sangat tidur dengan lena dan bangkit dengan azam yang membara untuk meneruskan hidup yang lebih indah dan bahagia dengan teman yang amat mencintai lebih dari hamba mencintainya dan memahami hamba. 

Allah...besar sangat kah permintaan hamba ini?


Post a Comment

0 Comments