Hati ini tidak setenang semalam dan kelmarin, dirundung resah dan gelisah. Allah, terasa diri ni seorang fasik yang sedang mengkufuri nikmat yang telah Dikau berikan kepada hamba yang hina lagi fakir ini.
Salah di mana yang setiap perkara dirasa seakan tak kena dengan caranya.
Seakan ada yang tercicir.
Seakan Allah tak reda...
Risaunya di dalam hati, jika direnggut nyawa ketika ini, apa bekalan yang dibawa untuk menyara hidup di alam baqa. Takutnya Ya Allah!
Apabila terkenangkan kawan-kawan yang telah pergi, gerun menyelinap di dalam hati. Kawan-kawan yang pergi meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah, sahabat-sahabat yang sering mendoakan kebaikan dan kesejahteraan dan famili yang saling menasihati, tapi diri ini, tiada apa-apa.
Anak-Anak
Anak-anak belum mengerti pahit derita hidup ini. Anak-anak yang apabila azan berkumandang masih lagi bergelumang dengan gajet dan tidak bersegera untuk menunaikan kewajipan seorang muslim.
Anak-anak yang solat dhuha, tahajud, hajat apatah lagi rawatib, jarang sekali dikerjakan. Silap hamba yang hina tidak mendidik dengan betul. Maafkan aku Ya Allah.
Sahabat
Hidup dengan buat hal sendiri dan tidak suka diganggu, sudah pasti tiada orang yang mendekati. Hidup hamba trauma dengan kejadian-kejadian yang lepas-lepas setelah kepercayaan ini diperlekehkan. Keikhlasan hamba dipertikaikan. Hamba takut untuk mempunyai seorang kawan yang rapat apatah lagi sahabat.
Famili
Keluarga. Entah, kelu lidah untuk bercerita tentang keluarga. Biarlah simpan sendiri. Kalau tidak kerana diorang, tiada hamba di sini. Diorang membesarkan hamba. Diorang lah yang mendidik hamba. Diorang yang membentuk keperibadian hamba.
Allah...
0 Comments