Syukur Selalu


BAGAIMANA MENCARI RAHMAT DISEBALIK MUSIBAH

Rahmat disebalik kesedihan dan kesusahan, melihat semua ini dengan hati. 

Siapa tahu? 
Setelah kita banyak menangis depan Allah subhanahuwataala pada waktu malam hari. Allah subhanahuwataala akan menghadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari.

Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah subhanahuwataala nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibu-bapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Apabila besar, dia yang paling kuat menjaga mak ayah. Paling banyak buat kebaikan. Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibu-bapanya. 

Siapa tahu? 
Lambat kahwin rupanya Allah menghadiahkan perkahwinan yang sebenarnya.

Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar.

Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini. Mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia.

Siapa sangka? 
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat.

Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah subhanahuwataala nak dia jadi kuat, bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti.

Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja. 

Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah subhanahuwataala. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah subhanahuwataala dan kuat berusaha.

Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada di sisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan.

Paling mulia?
Tidak dikenali di dunia, tidak dipandang di dunia, orang biasa sahaja tapi dikenali di sisi penghuni langit. Amat disayangi Allah subhanahuwataala. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya, dia siapkan syurga buat ibu-bapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga.

Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti. 

#deep
#dakwah
#tarbiyyah
#doa
#pray



Post a Comment

0 Comments