1. Jangan dating semasa kita tengah pokai, semasa keadaan diri sendiri yang teruk, sengsara, dan punya kehidupan yang huru-hara. Mohon uruskan hidup kita tu terlebih dahulu.
2. Wujudkan dan kekalkan rutin. Tidur pada jam 11.00 malam dan bangkit pada jam 5.00 pagi setiap hari.
3. Luangkan 60 minit setiap hari untuk membaca, menulis dan menghayati perkara yang difahami. Mungkin sukar. Sepertimana bayi yang baru belajar berjalan, disarankan untuk mulakan dengan 20 minit dan pertingkatkan.
4. Pelajari kemahiran berpendapatan tinggi yang akan menghasilkan pendapatan melebihi RM5000 sebulan.
5. Berhenti mengejar pengaruh murahan. Utamakan yang penting daripada membuang masa kepada perkara yang tidak bermanfaat.
6. Bersenam sekurang-kurangnya 200 pushups dan 100 squats setiap hari untuk kekal gagah. Sekurang-kurangnya kita akan menjadi lebih sihat daripada 97% orang di sekeliling kita. Mulakan dengan melakukan 20 pushups dan 20 squats dan tingkatkan seiring dengan berlalunya masa.
7. Jadikan internet sebagai sumber pendapatan. Ada kemungkinan, buat duit dengan internet ni akan tiada berkesudahan dan yang pasti tidak akan memberi sebarang tekanan kepada kita.
8. Sila bertanggungjawab 100% untuk hidup kita dan janganlah sesekali menyalahkan keadaan atau sesiapa pun.
9. Ambil protein, buah-buahan segar, dan dua liter air untuk diet harian bagi mengoptimumkan kesihatan lahiriah.
10. Bergaul dengan orang yang obses berdaya saing dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Dan semestinya di kalangan kita tu tiada yang suka bergosip, kuat mengeluh, atau gemar cemburu atau dengki antara satu sama lain.
11. Melaburlah untuk pakaian yang elok, wangian khusus yang harum, dan belajar cara berkomunikasi. Dengan ini akan meningkatkan kadar kejayaan hidup sebanyak 94%.
12. Berbaiklah dengan alam, berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk mengosongkan fikiran, meningkatkan mood dan menjadi orang yang kreatif.
13. Jauhi juga orang yang hanya mengutamakan keperluan mereka berbanding keperluan kita. Diorang ni adalah punca kemunduran terbesar dalam hidup.
14. Jadilah orang yang bijak untuk berhenti dari dadah, lucah dan alkohol. Sebab ini adalah gangguan paling dahsyat yang akan meningkatkan dopamin, yang menjadikan seseorang itu bodoh dan tertekan.
0 Comments