Ini adalah perkongsian dari tweeter Dr. Samhan CEO http://forhimclinic.com MBBCH(Tanta), MBA(UK), Certification Men’s Health(Singapore). So kita simpan dan kongsikan di sini supaya orang tahu betapa bahayanya jika melakukan hubungan melalui dubur ini!
Seks anal (dubur) atau biasa dipanggil liwat ini bermaksud persetubuhan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur/punggung. Ia juga bukan sahaja dibuat oleh pasangan 'gay' tapi turut dilakukan oleh suami isteri. Dalam islam, hukum liwat haram dan berdosa besar!
Sebenarnya perbuatan ini lebih mendatangkan kemudaratan dari kebaikan! Ini risiko atau bahaya jika melakukan Seks anal / dubur !
1. Seks anal seks paling berisiko!
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), liwat adalah jenis seks yang paling berisiko untuk dilakukan! Bahaya yang paling utama ialah peratusan untuk dijangkiti dan menyebarkan HIV ketika menghidapnya cukup tinggi !
Ini kerana dubur secara semula jadi tidak menghasilkan pelincir dan kulit di kawasan ini juga sangat tipis, maka sebarang koyakan pada dubur akan menjadi tempat sempurna untuk mendapat HIV, HPV, dan penyakit kelamin (STD) lain.
- Apa dia HPV tu?
Human papillomavirus (HPV) adalah nama kumpulan virus yang sangat biasa. Mereka tidak menyebabkan sebarang masalah pada kebanyakan orang, tetapi beberapa jenis boleh menyebabkan ketuat alat kelamin atau kanser. HPV menjejaskan kulit. Terdapat lebih daripada 100 jenis yang berbeza.
2. Dubur boleh terkoyak !
Walaupun koyakan dubur kadangkala dipandang enteng dan kebanyakan STD dapat dirawat, namun kesan koyak pada kawasan ini berpotensi menjadi ‘sarang’ pembiakan bakteria yang cukup baik. Ini sekali gus memudahkan bakteria memasuki saluran darah !
3. Liwat boleh jadi punca kanser dubur !
Disebabkan dubur mempunyai selaput yang nipis, ia lebih cenderung untuk terkoyak dan terdedah kepada STD. Salah satu STD yang dikaitkan dengan kanser mulut, serviks dan dubur adalah virus papilloma manusia (HPV)! HPV biasanya menghilang sendiri, tapi dalam beberapa kes ia mengakibatkan kanser, kata Dr. Jill McDevitt, Pendidik Seks. Jadi, HPV dianggap sebagai penyebab utama kanser dubur!
4. Mengakibatkan terpalit najis yang membawa jangkitan lain yang berisiko!
Seperti yang kita sedia maklum, dubur menjadi saluran langsung ke usus. Pastinya, usus adalah ‘rumah’ bagi najis, kan? Jika jangkitan kelamin ditolak tepi, sudah tiba masanya untuk pertimbangkan jangkitan seperti E. coli, bakteria yang hidup di dalam usus dan, dalam situasi apa pun, tidak boleh masuk ke dalam mulut!
Sudah jelas lagi nyata menunjukkan seks melalui dubur adalah 1 jenis aktiviti seksual yang cukup berisiko dan boleh mengundang mudarat terhadap kesihatan! Oleh itu, elakkanlah dari terus melakukan perbuatan luar tabii ini ya !
Pasti ada hikmah nya jika Islam melarang sesuatu!
0 Comments