ASSALAMUALAIKUM,
Harapnya kita semua dapat meluangkan masa yang cukup untuk beribadat kepada Allah Taala. Namun sekiranya kita masih lagi tertanya-tanya cara untuk memanfaatkan hari-hari yang terbaik bulan Zulhijjah ini, maka di sini kita ada kongsikan cara-caranya.
Semoga Allah Taala menerima haji mereka yang melaksanakan perjalanan ibadat tahun ini dan melimpahkan rahmat-Nya kepada semua orang yang beriman. Dan semoga majlis yang penuh barakah ini membawa keamanan, perpaduan, dan pertumbuhan rohani kepada Ummah Islam seluruh dunia.
KEUTAMAAN ZULHIJJAH
Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima yang mempunyai
makna yang sangat besar bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah suatu perjalanan
iman, pengabdian dan penyerahan diri kepada kehendak Allah Taala.
Ritual haji ini adalah sempena memperingati ujian Nabi Ibrahim
a.s (Abraham) dan ahli keluarganya yang mana ia melambangkan semangat perpaduan, pengorbanan, dan
kelahiran semula rohani. Haji adalah satu peluang kita untuk membersihkan kekotoran hati,
memohon segala keampunan dan mengeratkan ikatan hubungan kita dengan Allah dan saudara
seagama.
PELAN TINDAKAN 10 HARI PERTAMA HAJI
1. Perbanyakkan Berzikir
Penuhi hari-hari kita dengan mengingati Allah Taala. Perbanyakkan menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, dan doa-doa yang
lain-lain.
2. Puasa 9 Hari Pertama
Lakukan puasa sunnah pada 9 hari pertama
Dzulhijjah, mengikuti Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Puasa-puasa ini memberi ganjaran pahala yang
besar dan sekaligus menghapuskan dosa-dosa kita.
3. Puasa pada Hari ke-9
Arafah
Hari Arafah, hari ke-9 Dzulhijjah, mempunyai
keberkatan yang luar biasa. Puasa pada hari ini menghapuskan dosa setahun yang
lalu dan yang akan datang dan memberi peluang kepada kita untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4. Baca Al-Quran
Luangkan masa setiap hari untuk membaca dan
menkaji Al-Quran. Ia adalah sumber bimbingan, inspirasi, dan ketenangan.
5. Perbanyakkan solat Nafl
Lakukan solat sunat tambahan, seperti
Tahajjud untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala dan menambah pahala.
6. Perbanyakkan berdoa
Rebutlah detik-detik keberkatan haji dengan
mencurahkan isi hati dalam doa. Mohon keampunan, petunjuk dan keberkatan untuk
diri sendiri, orang yang disayangi dan seluruh umat islam yang beriman.
7. Bertaubat dengan ikhlas
Renungilah kekurangan diri dan mohonlah
keampunan Allah dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati. Perbaharui
komitmen diri untuk menjalani kehidupan yang soleh dan mulia.
8. Bersedekah
Bermurah hati dan sentiasa memberi kepada mereka yang
memerlukan. Teruskan menyokong tujuan dan organisasi amal dan sentiasa menjiwai semangat "memberi dan
belas ehsan".
9. Beramal
Sering terlibat dalam kerja-kerja amal jariah dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan selain membantu ahli keluarga sendiri, jiran, dan komuniti di sekeliling kita dan teruskan sebar kasih
sayang serta aura positif dalam masyarakat.
10. Qurbani/Korban
Jika sedang berqurban, tunaikanlah ibadah ini
dengan penuh keikhlasan dengan mengikut Sunnah Nabi Ibrahim a.s. Ingatlah bahawa
hakikat Qurbani terletak pada pengorbanan ego kita dan tunduk taat kepada perintah
Allah Taala.
Salam Sayang,
Mawar Putrajaya
Sumber - Athan App
0 Comments