1. Biasakan diri "berjalan beberapa laluan sahaja" kerana matlamat diri adalah peribadi; tiada siapa yang mempunyai impian kita, kan?
2. Kita harus sedar, tiada siapa pun yang datang untuk menyelamatkan kita melainkan diri sendiri. Hidup kita adalah 100% adalah tanggungjawab kita.
3. Misi yang paling sukar di atas muka bumi ni adalah untuk memberi sepenuh tumpuan perhatian kepada impian sendiri; sebab kita ni suka sangat dengan kerja yang terpaling mudah iaitu mengeluh. Setuju?
4. Pekerjaan kita yang kita sedang bekerja sekarang, nak tau apa? Iaitu mengabaikan diri sendiri. Bos tempat kerja kita hanya bayar gaji selepas penuhi impian-impian diorang. Jadi renung-renungkanlah.
5. Pasangan hidup kita sememangnya akan kekal sebagai keputusan untuk segala urusan kewangan, fizikal dan emosi kita. Jadi kawinilah pasangan yang terbaik. Mengahwini seseorang yang salah akan membuatkan kita menderita seumur hidup.
6. Untuk menyedari nilai hakikat kehidupan, kita perlu berkembang sendiri dengan hanya bergantung dengan Allah Tuhan Yang Maha Kuasa semata-mata bukan dengan makhluknya.
7. Jika kita terus menunggu masa yang sesuai untuk maju ke hadapan, kiranya kita telah membuang seluruh hidup kita sendiri sebabnya tiada apa yang menarik atau hebat akan berlaku sepanjang menunggu.
8. Kematangan diri datang dengan mengakui yang kita memang tidak tahu apa-apa dan perlu mengambil masa untuk belajar daripada semua orang.
Jadi teruskan berusaha, Gambate!
0 Comments