Ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.
Resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Segenggam Bunga Telang
- Segelas Air Panas
- Gula secukup rasa
- 1/2 biji limau nipis
Cara Membuat:
- Masukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas.
- Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 hingga 7 minit.
- Setelah airnya bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut.
- Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa.
- Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan.
- Ambil beberapa helai daun pokok bunga telang
- Hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat.
- Biarkan selama 30 minit kemudian bersihkan.
3. Melebat dan menghitamkan rambut
Kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.
4. Kuruskan badan
Teh herba bunga telang juga membantu detox untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.
5. Menghilangkan sakit kepala
Bunya telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah ambil beberapa keping bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.
6. Mencuci darah kotor
Amalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor.
7. Merawat cirit-birit
Air rebusan bunga telang juga mampu boleh merawat cirit-birit. Amalkan minum air rebusan setiap hari selama seminggu.
8. Mengatasi masalah sembelit
Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum.
9. Membuka selera makan
Bagi mereka yang tiada selera makan, amalkan memakan daun telang bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.
10. Merawat ulser mulut
Caranya ialah rendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
11. Insomnia
Air rendaman bunga telang juga mampu merawat insomnia. Amalkan meminum setiap hari untuk menyembuhkan Insomnia.
12. Mengubati bisul
Caranya hancurkan daun pokok bunga telang kemudian tampal pada bisul untuk mengubatinya.
13. Mengubati sakit mata
Caranya ialah rendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata. Amalkan setiap hari sehingga mata sembuh.
14. Merangsang memori dan kebijaksanaan
Kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam di India yang telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan seseorang.
15. Mengurangkan gejala asma
Rebus akar bunga telang dan amalkan meminum sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.
16. Mengubati batuk
Akar bunga telang juga dikatakan dapat mengubati batuk.
17. Mengubati pernafasaan
Rebus 40 gram akar bunga telang dengan 5 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan waktu malam.
18. Mengubati sakit telinga
Caranya ambil beberapa helai daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang mengalami sakit.
19. Mengatasi stress
Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.
@PetuaDankesihatan
Kredit : Ana Mahabu
#spreadlove Putrajaya
0 Comments