Ajinomoto Asli

 

pucuk ubi

POKOK AJINOMOTO / CHAYA / BAYAM SURIA

T.me/Petuadankesihatan 


Daunnya seperti pokok betik. Pokoknya bercabang-cabang seperti pokok ubi kayu. Sedap dibuat masak lemak. Sedap lembut, lemak sangat rasa daunnya. Tak sama rasa pucuk ubi, ia tak pahit. Tidak boleh makan mentah.

Selain itu, daun ini juga dihiris halus macam hiris daun kunyit dalam rendang dan dimasukkan dalam masakan untuk menyedapkan rasa umami yang banyak digunakan di Thailand.

ajinomoto

Di Thailand, ia dipanggil pokok Ajinomoto atau pokok MSG kerana kesannya sebagai perasa asli dalam masakan. Namun begitu, adalah TIDAK disarankan untuk memakan daun Pokok Chaya mentah-mentah seperti ulam kerana ia mengandungi hidrosianik glikosida iaitu sebatian toksik yang berbahaya untuk tubuh. 

Cara yang selamat adalah dengan memasak daun pokok Chaya selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk menurunkan kandungan toksik ke paras yang selamat untuk dimakan. Ia mengandungi kandungan zat besi, potassium dan kalsium yang tinggi.

makanan kurangkan radang

Dikatakan mempunyai khasiat seperti: 

  • meningkatkan pengaliran darah
  • membantu penghadaman
  • meningkatkan penglihatan
  • membantu menurunkan paras kolestrol dan lain-lain



#spreadlove Putrajaya

Post a Comment

0 Comments