Hukuman Dalam Mahkamah Gagak | Ustaz Dr Mat Rofa

Kuliah ini adalah rakaman kuliah Maghrib yang berlangsung di Surau Umumiah, Sungai Merab pada 07 Julai 2023. Dalam kuliah kali ini Yang Berbahagia Ustaz Dr Mat Rofa membahaskan tentang kisah gagak. 

Gagak adalah binatang yang mempunyai sistem perundangan yang tersendiri. Ia sejenis binatang yang cerdik. Contoh yang ditunjukkan kepada anak Nabi Adam alaihi salam menggambarkan satu keistimewaan yang ada pada haiwan ini. Mari sama sama kita nikmati dan renungi apa yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Selamat menonton. 

Semoga kuliah ini memberi manfaat dan kebaikan kepada semua. dan mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dari pihak kami dalam usaha kami untuk menyebarkan cahaya Nabi buat semua umat Baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Pihak kami juga mengharapkan semua penonton dapat membantu kami dengan cara sama sama menyebarkan kuliah ini, agar lebih ramai lagi umat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mendapat manfaat dan kebaikan. Disamping itu kalian juga boleh membantu kami dengan cara subscribe, follow dan like serta share setiap kuliah kami yang kami masukkan di media sosial dibawah :-

Ayuh bersama kami "SAHABAT KULIAH" anda di:

Semoga Bermanfaat. In Sha Allah

--------------------------------------------------------------

Ringkasan ceramah : 

gagak

(Al-Maaidah 5:31) 
Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

hawa

Dua orang anak Nabi Adam as yang salah sorang telah korbankan seekor kambing yang gemuk dan sorang lagi mengorbankan gandum yang tak seberapa. Allah menerima kambing dan menolak yang sorang lagi. 

Maka kerana marah Allah tidak menerima korbannya, maka dibunuhnya saudaranya itu. Inilah kejadian pembunuhan dan kematian yang pertama di bumi. Mengikut Ahli Tafsir, nama anak Nabi Adam as bernama Habil dan Qabil. 

Hawa yang melahirkan anak secara berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Dan Nabi Adam as telah menentukan pernikahan dilangsungkan secara adik dikahwinkan dengan abang, bukan dengan pasangan sendiri. Tetapi pasangan Qabil cantik, jadi akan dikahwinkan dengan Habil. Qabil tidak puas hati, maka bagi mendamaikan Qabail, mereka perlu mengorbankan sesuatu. Yang mana Allah terima korban, itulah keputusannya.  

Apabila Allah tidak menerima korbannya, yang membawa maksud Qabil tidak boleh berkahwin dengan pasangannya sendiri maka Qabil membunuh Habil. Namun, Qabil tidak tahu cara untuk mengebumikan adiknya. Lalu Allah mengutuskan gagak untuk mengajarkan pengebumian manusia yang pertama.

bunuh

(Al-Maaidah 5:27) 
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;


Apa hikmah Allah mengutuskan burung gagak?


Mengikut pengkaji unggas, gagak adalah burung yang banyak kebumikan saudara-saudara mereka sendiri yang mati sama seperti manusia. Gagak hitam dan semut juga turut mengajar manusia. 

kubur

Ini adalah pusara Nabi Habil as yang merupakan nabi yang diutuskan selain Nabi Adam as. Pusara ini terletak di Sri Lanka dan suatu waktu dulu, Nabi Adam kerap berulang alik ke Mekah sebab Allah Taala telah  memerintahkan Nabi Adam as membina kaabah yang pertama makanya Nabi Adam sering menunaikan haji di sana. 

Apabila Nabi Adam as menunaikan haji, Habil as yang merupakan pemuda yang kacak, sopan, perkasa dan bertaqwa, manakala Qabil pula sebaliknya telah membunuh Habil as. Habil as pasrah dengan ketentuan itu kerana takut dosa kepada Allah.

hadis

Di hari akhirat nanti, mahkamah Allah dibuka dengan pembicaraan pembunuhan. Perbicaraan pertama adalah tentang darah yang ditumpahkan. dan sesiapa yang membuat kejahatan itu dan ada pula yang meniru perbuatan jahatnya itu, maka dia akan menanggung segala dosa-dosa pengikut yang melakukan perbuatan keji itu.

pengikut

Dalam hadis ini, Rasulllulah bersabda, barang siapa yang membuat contoh yang baik, dan orang lain melakukan, dia mendapat pahala sebagaimana yang dilakukan oleh orang lain. Dan tidak dikurangkan sedikit pun ganjarannya.

Dan barang siapa melakukan perbuatan buruk dan ada yang meniru, dia akan menanggung dosanya dan dosa orang  mengikuti cara buruknya dan tidak dikurangkan sedikit pun.

gagak

Dalam hadis ini pula, tidak ada satu pun pembunujhan di muka bumi kecuali anak Adam akan menanggung dosa tersebut, dan dia juga menanggung seluruh pembunuhan di atas muka bumi atas sebab dia yang menunjukkan cara melakukan pembunuhan iaitu Qabil yang menghempap batu ke atas kepala adiknya, Habil as.

anak adam

(Al-Baqarah 2:179)
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Dalam hukum Qisas, pembunuh dihukum bunuh. Dengan sebab itu, Bani Israel yang membunuh satu jiwa tanpa dia membunuh jiwa lain, maka ia seolah-olah telah membunuh seluruh umat manusia.  Dan lebih malang, dia akan mendapat dosa dengan perbuatan orang yang meniru perbuatan buruknnya itu. 

gagak

Allah sengaja mengutuskan burung hitam yang dibenci ini. Burung ini sangat hebat dan komunitinya juga pintar. Sekiranya mereka berkumpul di atas pokok, itu bermakna mereka sedang bermesyuarat. Di Malaysia, burung ini terlalu banyak dan  kita memanggil burung gagak walaupun mereka ada bermacam-macam jenis antaranya crow, raven atau pun rook bird. 

crow

gagak

Walaupun mempunyai banyak bahasa, mereka boleh faham.

bunuh

Sekiranya berlaku pembunuhan, mereka mengadakan perbicaraan tanpa peguambela bagi mempertahankan penjenayah dan mereka akan turun ke tanah. Jika ada gagak dibunuh oleh gagak lain, maka hukum Qisas akan dijalankan. Mereka berusaha untuk membuktikan kebenaran. Hakim mereka mendengar sejelasnya dan membuat hukuman yang adil berdasarkan saksi dan juri.

mahkamah
Berlaku suatu perkara yang besar dalam komuniti gagak

perbicaraan
Tertuduh diiringi oleh 10 tentera dan di belakangnya itu adalah hakim

keputusan
Pendengaran Hakim bersama Juri

Qisas bermaksud hukuman balas. 

qisas
Pengakuan bersalah

hukuman mati
Gagak yang mempunyai paruh yang paling panjang yang akan menghukum pembunuh dengan mematuk mata  terlebih dahulu dan badannya dipatuk bertubi-tubi (almut-ham) dan dalam beberapa minit gagak itu akan mati.

qisas

Setelah pelaksanaan hukum, gagak-gagak ini bertafakur. Dokumentari ini dirakamkan di Malaysia oleh pengkaji Barat tentang burung gagak.

qisas

Upacara pengebumian dijalankan sepertimana yang pernah ditunjukkan pada pengebumian pertama dunia pada zaman Nabi Adam as. Namun dunia kita hari ini, keputusan dibuat hanya mendengar kepada kepetahan peguam yang berbicara yang kadang-kala tidak mempedulikan kebenaran. 

benar

Dalam masyarakat gagak ada yang baik dan ada yang nakal seperti melakukan perbuatan mencuri makanan dari sarang. Jadi, apakah hukumannya? Hukumannya burung itu akan dicabut bulunya seolah-olah dipotong tangannya.

merosakkan sarang

Bagi yang merosakkan sarang pula, dihukum membina kembali sarang tu dan bulunya juga akan dicabut. 

mencuri

Ada makanan yang dicuri dari sarang juga dibicara dan dihukum. 

hukuman

Setiap jenayah hukumannya hampir sama dengan hukum hudud ke atas manusia.

hukuman

qisas

(Al-Maaidah 5:38)
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Tetapi perkara ini tidak berlaku di zaman kita kerana ada pihak yang memperlekehkan hukuman Allah Taala. 

miskin

Di Afrika masih ada melaksanakan hukum Allah. Sudan terapkan hukuman potong tangan bagi pencuri
 

qisas

qisas

Hukuman ini sama dengan bagi burung gagak dan manusia. Dengan tidak masuk penjara, si penjenayah yang dipotong tangan masih boleh mencari rezeki untuk diri sendiri dan anak isteri. Tetapi kalau dipenjarakan, penjenayah ini telah memakan banyak kos. Sesungguhnya hukuman Allah itu sangat indah namun kita pula sangat lemah.

qisas

Hukuman mencuri itu adalah memotong tangan sekiranya benda yang dicuri ituadalah 1/4 dinar atau pun lebih dan tersimpan di tempat yang tertutup. Jika hukum ini dilaksanakan di Malaysia, alangkah aman dan tenteram Malaysia kita ini.

penjara

Manakala bagi pencuri yang ditempatkan di penjara akan timbul banyak kos. Antaranya kos pembinaan penjara, pembiayaan makan minum dan sebagainya menggunakan duit rakyat sedangkan mereka itu adalah pencuri dan penjenayah. Fikirkan, adakah itu adil? Sedangkan dunia sekarang, lagi kaya seseorang itu, lagi dia terdedah dengan rompakan. 

Apabila dikenangkan sejarah islam yang mana Melaka, Aceh, Terengganu dan Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dulu pernah melaksanakan hukuman Qisas ini amat tenteram dan aman damai. 

hujah

Malaysia disahkan oleh WHO yang merupakan negara paling obesiti. 

hukum

Apakah para doktor itu zalim kerana telah memotong kaki dan tangan pesakit diabetes? Tentulah tidak zalim kerana doktor ingin menyelamatkan pesakit. 

Dan pencuri yang bertangan panjang yang dikenakan hukuman potong tangan, juga tidak dizalimi, kerana hukuman itu adalah untuk menyelamatkan masyarakat dari berlaku kecurian atau rompakan secara berleluasa.

peristiwa

Gagak yang berzina. Hukuman Qisas dalam komuniti gagak bagi penzina adalah mati.  

penzina

Gagak juga ada isteri masing-masing dan sesekali tidak boleh dicerobohi oleh gagak lain. Apabila isterinya meninggal maka dia akan menangis dan termenung sehingga dia mati. 

juri

Perbincangan juri dan hakim dan pesalah mendengar hukuman yang kemudiannya mengaku salah.

hukum


mati

(An-Nuur 24:2) 
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Perhatikan ayat ini, jika mencuri, Allah sebut "lelaki" terlebih dahulu, tetapi dalam ayat ini, "berzina", allah sebut wanita dahulu. 

syariat

Keperluan syariat islam iaitu menjaga harta, jiwa dan keturunan dan setiap perkara ini ada Qisas. Inilah dia hak asasi manusia. 

aceh

Hukuman zina di Aceh adalah sebat 100x dengan rotan. Hukuman ini sangat ringan. Penyebat tidak boleh mengangkat rotas melepasi bahunya. Sebat ini bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menghapuskan dosanya dan memberikan keinsafan kepada masyarakat.  Dua Pelaku Zina di Aceh Barat Dihukum Cambuk 100 Kali

Bandingkan dengan penjara di Malaysia, hukuman sebat, jika 1x, 3x atau 5x sebat, pesalah akan jatuh pengsan dan boleh tercabut dagingnya namun hukuman sebat Islam tidaklah sebegitu.  

gagak

Gagak juga adalah burung pembersih dan cerdik. Gagak ini sedang membuang sampah yang mana dia sedang mengajar manusia untuk membuang sampah di tempat yang disediakan.

sampah

Dalam sesetengah hal, gagak itu lebih mulia dari manusia. 

jepun

Jepun juga seperti gagak. Bandarnya bersih. Dan semasa menunaikan haji 1439, mereka telah meminta izin untuk meninggalkan Padang Arafah yang paling terakhir sebab mereka ingin mengutip sampah. 

jemaah

Islam itu rapat dengan Jepun yang mana Jepun sangat menjaga waktu dan islam juga amat mementingkan waktu, disiplin dan kebersihan. Kerana itu, islam begitu cepat berkembang di Jepun. 

crow

(Al-An'aam 6:38)
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

crow

Sekumpulan saintis Oxford yang datang ke Malaysia kerana mereka telah mendengar sebuah Cerita Kanak-Kanak tentang gagak yang nak minum air dari takar dan mereka telah membuat eksperimen tentang itu dan ini membuktikan yang gagak itu adalah burung yang cerdik.


crow
 
gagak dan helang

Gagak juga adalah burung yang menumpang dan suka mengambil kesempatan. Contohnya, Helang boleh terbang tinggi tetapi gagak tidak boleh. Jadi gagak akan duduk di atas burung helang dan jika hendak turun, dia akan mengarahkan helang dengan mematuk helang itu. 

gagak

gagak

gagak

dedalu

Gagak bukan seperti pokok Dedalu yang menumpang dan kemudian membesar, dan apabila pokok tumpangannya tumbang, dia pun turut tumbang. 

gagak

Selain gagak hitam, ada juga gagak putih yang telah direkodkan oleh Barat. Anomali bermaksud perkara yang wujud tetapi tidak dipercayai orang. Anomali vs Paradoks 

serigala

Seperti serigala dalam kumpulan kambing. Kononnya, serigala hendak menjaga kambing. Samalah dengan anomali British hendak menjaga Melayu seperti menjadi penasihat Raja Melayu untuk kebaikan orang Malaya. Fikirkanlah.

serigala



safari

Sekarang safari seperti yang berlaku di Orana Wildlife Park, Christchurch, New Zealand yang mana kita dipertontonkan kepada harimau.

gagak

Di New York, gagak digunakan untuk menangkap penjenayah sebab memorinya kuat dan penglihatannya tepat

jenayah

dna

Seluruh umat manusia berkumpul pada satu genetik seperti yang disiarkan oleh National Geographic. Semua DNA tertumpu pada seorang ayah yang berkulit ptuih seperti tanah dan kajian itu telah menemukan ibu dan ayah yang pertama. Secara automatik, Teori Evolusi Darwin yang mengatakan manusia itu berasal dari beruk itu salah. Namun teori ini masih lagi diajarkan dalam pendidikan aliran perdana Malaysia.

nuh

Semasa banjir besar, semua manusia mati melainkan orang beriman yang dirahmati. 

3 ayah

Dan yang mana selamat dari banjir, semuanya meninggal dunia dan hanya tinggal 3 orang anak Nabi Nuh as yang bernama Japheth (kaum Caucasian) satu keluarga yang besar, Shem (Semetic) yakni keluarga Anbiya dan Ham keluarga Afrikano. Jadi, manusia itu datang dari 3 orang ayah. 

mongoloids

Kita adalah kelompok Mongoloids. Dalam khutbah Nabi SAW terakhir, ada menyebut yang Tuhan kamu adalah yang satu, Ayah kamu juga satu dan kamu dari Adam yang berasal dari tanah. Dan sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang paling bertakwa. 

warna

Ada yang Caucusian, Mongoloid dan Semetic, dan ada 3 jenis darah iaitu A, B dan O.

dna

jenis darah

Ada juga yang bercampur jenis darah. 

rambut

Rambut orang Malaysia lebih cantik kerana ia tebal dan hitam. Walaupun berlainan warna kulit, rambut, mata serta bahasa tetapi kita dari ayah yang sama. 

hair

skull

Polis Forensik dapat mengenalpasti identiti dengan 3 kelas ini iaitu dengan darah, rambut dan tulang.

tulang punggung

Tulang punggung pun tidak sama.

ibu jari

Pusaran ibu jari juga tidak sama dan ia boleh hilang, namun bila ada semula, ia tetap sama pusarannya dengan yang asal.

jari

alqiamah

(Al-Qiaamah 75:1 - 5)
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat; 
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! 
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? 
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). 
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

almaidah

(Al-Maaidah 5:32) 
Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

hadis

Kita mencela orang muslim,  kita adalah orang fasik, dan jika kita membunuh orang muslim, kita adalah orang kufur. 

hadis

Runtuh dunia ini lebih ringan dari perlakuan membunuh seorang lelaki muslim.

zionis

Manusia zionis menceroboh tanah Palestin siang dan malam seolah-olah nyawa orang muslim tiada nilainya. 

zionis

Sedangkan dalam hadis dan ayat al-Quran mengatakan membunuh dengan sengaja, tempatnya nanti di Neraka Jahanam. Yahudi adalah bangsa Semetic, tetapi tetap membunuh bangsa Semetic. 

david

David Attenborough mengatakan tiada lagi menjumpai dalam dunia binatang seperti mana zalimnya Israel terhadap Palestin. 

zalim

Siapa menunggang siapa, mereka membunuh manusia, menceroboh seluruh dunia, tangan pembunuh dibersihkan dan mereka seolah pembela kepada seluruh dunia.

pembunuh

pembunuh
Ariel Sharon dianggap sebagai Pahlawan kerana membunuh umat islam 

pembunuh

Mereka bermaharajalela dan Allah menghiburkan kita dengan memberitahu "Jangan kamu merasakan tertipu dengan kemewahan orang yang bergerak hebat atas muka bumi sedangkan kesenangan sementara kemudian akan dihimpunkan ke dalam Neraka Jahanam dan dikembalikan ke dalam tempat yg paling buruk.
  • Di China, orang muslim Egor dizalimi sejak 300 tahun yang lalu
  • Di Bosnia, Pakatan Soviet telah membunuh umat islam dan sehingga sekarang kuburan mereka boleh dilawati
  • Di Phnom Penh Kemboja, tulang-tulang orang muslim yang dibunuh dikumpulkan.
  • Di Nigeria, orang muslim dibunuh tanpa sebab oleh tentera mereka sendiri. 
  • Di Tanzania, Afrika Tengah, Syria, Palestin, Somalia, Myanmar, Yaman, Turki, Iran, Iraq dan banyak tempat lagi, orang islam dibunuh.

annisa

(An-Nisaa' 4:93)
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.




#spreadlove Putrajaya

Post a Comment

0 Comments