Dah Penat Jadi Orang Baik

Dah Penat Jadi Orang Baik

Kecewa dengan diri sendiri, dah terlalu banyak sangat bagi muka kat orang, sampai kena pijak. Terlampau baik hingga tak sedar yang orang sekeliling mengambil kesempatan. Kita nak mudahkan orang sampai kita pulak menjadi susah. Betul dah penat sangat, rasa dah tawar hati dengan manusia. Kita mahu bersendirian dan ruang yang tenang. 

"Buat baik salah, buat jahat lagilah salah." 

Orang memang tak nampak kebaikan kita, yang orang nampak sekarang kejahatan kita. Kita sedar diri, kita bukan orang baik-baik, sebab tu kebaikan kita dipandang sebelah mata.

Penat buat baik dengan orang tapi still orang tak hargai. Orang hanya nampak jahat kita je, even banyak mana pun kita dah tolong orang. Buntu dah rasanya, tak tahu nak puaskan hati orang macam mana lagi. Penat giler jadi baik bila orang tak tahu berterima kasih dan bila orang tak peduli apa yang kita rasa. Bukan minta dibalas kembali, cukup sekadar kita dihargai. Dah penat jadi orang baik, jaga hati orang, ambil berat tentang orang. Sedangkan takde siapa peduli pada kita.

Bila kita dah penat jaga hati orang yang tak pandai hargai ni, at the end dalam fikiran kita, apa nak jadi, jadilah. Sorry, dah penat. 

Mulai sekarang kita tak mahu jadi terlalu baik dengan orang. Orang layan kita macam tu, macam tu jugak kita layan orang. Bukan terbiasa jadi orang tak ada adab, tapi dah penat jadi orang beradab. Bila layan baik, dibalas dengan layan paling hanjing. Lebih baik jaga hati sendiri. Mereka ingat kita tak penat dari dulu asyik jaga hati diaorang je?. Pastu hati kita, mereka tak pernah nak jaga. Please, cukup-cukuplah. Jujur, kita dah penat kutip serpihan hati yang dah lama hancur ni.

Kita pasti semua orang faham, bila kebaikan kita dibalas kejahatan, dunia ni memang nampak tak adil sungguh. Satu masa sakit tu terlalu sangat sampai tak mampu nak bertahan lagi. 

Tapi adakah pilihan berhenti baik tu baik?

Dalam hal ni, satu benda yang kita kena fikir ialah betul ke kita baik atau kita perasan baik? Boleh jadi kita tak berniat dengan ikhlas bila buat kebaikan lalu bila kita dibalas dengan sesuatu yang bukan kita harapkan, automatik balasannya kita anggap jahat. Boleh jadi juga kita hidup dengan tidak berpijak pada realiti. Hakikatnya berapa orang sahaja di dunia ni yang memang menghargai kebaikan? 

Penat Jadi Baik

Sedangkan kita sendiri pun belum tentu menghargai kebaikan orang lain, apatah lagi layak diberi balasan kebaikan kalau kita tak baik dengan orang. Tak ada dosanya menjadi wira yang tak didendang. Letih memang letih, sakit memang sakit. Tapi jangan sekali-kali pernah lupa yang ALLAH sentiasa baik dengan hambaNya dan ALLAH dah sedia banyak sangat balasan yang setimpal dengan kebaikan yang kita buat. 

Jangan berharap pada manusia sebab tak ada siapa yang akan mampu kabulkan permintaan kita. Kita serahlah sepenuh harapan pada ALLAH. Andai kita letih terduduk sekalipun, duduklah, sandar pada yang Maha Esa. kekuatan itu dari DIA.


@PetuaDankesihatan 

Credit to rohanasaad

#spreadlove Putrajaya




Post a Comment

0 Comments