27 June, 2023

Penawar Darah Tinggi dan Kencing Manis - Timun Tikus

Timun Tikus

POKOK TIMUN TIKUS (PEPASAN)

T.me/Petuadankesihatan 


Buah timun tikus yang telah matang berwarna lebih gelap. Terdapat biji benih di dalamnya yang boleh disemai untuk mendapatkan anak benih timun tikus. Tumbuhan liar yang menjalar dan melilit pokok. Daunnya boleh dibuat sayur digoreng dengan belacan atau taucu. Buahnya yang muda boleh dimakan mentah dan rasanya seperti timun biasa dan boleh juga dijeruk dengan cuka.

timun tikus

Buah timun tikus biasanya dimakan mentah sebagai ulaman baik bersama sambal kelapa atau sambal belacan. Buahnya rangup atau rapuh cukup enak dimakan bersama nasi putih. Namun begitu buah timun tikus juga boleh dimasak gulai bersama ikan air tawar baik dalam bentuk kari atau gulai masam. 

timun tikus

Pucuk daun timun tikus yang lembut ini, sesuai dibuat rebusan atau ditumis seperti menumis sayuran sawi atau lobak. Ianya juga boleh dimasak sebagai sayuran campur bersama dengan putik jagung atau cendawan.

Fakta Darah Tinggi

Tanda Diabetes



Haji

Buah timun tikus yang telah matang berwarna lebih gelap. Terdapat biji benih di dalamnya yang boleh disemai untuk mendapatkan anak benih timun tikus. Buah timun tikus dipercayai mempunyai pelbagai khasiat perubatan terutamanya untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Jangan makan kalau darah rendah takut pening.



#spreadlove Putrajaya

No comments: