Ini merupakan kuliah yang kedua bagi kuliah Mingguan yang dianjurkan oleh Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi bersama Ahli Sunnah Wal jamaah Research Group (ARG). Ia berlangsung secara mingguan di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi pada jam 9.15 malam setiap hari Selasa. Maklumat lanjut boleh didapati di FB Masjid Al Hasanah dan juga FB Ahli Sunnah Wal Jammah Research Group (ARG).
Kelas pengajian kitab AL DURAR AL BAHIYYAH, ms 28 - Karangan Imam Abu Bakar Uthman Ad Dimyati.
Dalam kuliah kali ini Yang Berbahagia Dato' Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al Amin membahaskan tentang sifat sifat yang wajib bagi Nabi dan Rasul. ini adalah asas kepada keimanan adalah beriman kepada rasul. Yang Berbahagia ustaz banyak menceritakan tentang beberapa perkara yang wajib kita ketahui dalam bab nabi dan rasul.
-----
Ringkasan ceramah
Kita wajib tahu secara terperinci, siapa 25 orang Rasul yang diceritakan dalam al-Quran. Jumlah Nabi yang menyebarkan islam ada 124,000 orang dan rasul sejumlah 313 orang, dan dari jumlah itu ada 25 orang yang disebutkan dalam al-Quran.
Peristiwa-peristiwa besar yang berlaku mengikut timeline:
1. Nabi Adam as - bermula pada 8000 tahun SM.
2. Nabi Nuh as - bermula pada 6400 SM dan telah berlaku banjir besar. Tiada catatan tentang manusia.
3. Pada 2500 SM - pada zaman Mesir Kuno - Firaun Khufu telah membina Piramid Giza yang berketinggian 146.7 meter adalah salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Purba yang tertuyang mencatat catatan-catatan terdahulu. Sejarah lanjut boleh baca di Firaun Khufu (hidup sekitar 2620 - 2566 BC)
4. Nabi Ibrahim as - bermula pada 1800 SM
5. Nabi Musa as - bermula pada 1300 SM. Firaun pada zaman Nabi Musa as dan Firaun Khufu adalah orang yang berbeza. Beza masa antara kedua-duanya adalah 1000 tahun.
8. Iskandar Zulkarnain - seperti dalam Surah Al-Kahfi berlaku pada 500 SM yang dikenali sebagai Pengurung Makhluk Yakjuj dan Makjuj.
9. Pada 200 SM - Pemuda Ashabul Kahfi yang tertidur selama 300 tahun (yang tertidur 200SM dan 100 tahun selepas Masihi) di Selcuk, Ephesus, Turkiye.
10. Nabi Isa as bermula pada 1 masihi selepas itu tiada lagi rasul melainkan nabi-nabi sahaja.
Al-Fath : 29
11. Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang dilahirkan pada tahun 570 Masihi dan sehingga 1400 tahun islam masih lagi tersebar luas serata dunia.
Nabi Muhammad SAW adalah:
nabi yang ummi iaitu seorang yang tidak boleh membaca dan menulis
bukan seorang ajam adalah istilah bagi selain orang Arab
seorang jamadad yakni yang boleh mendengar benda-benda yang nampak seperti pokok, tunggul, batu dan lain-lain.
Kita sebagai mukallaf perlu percaya kepada Nabi, Rasul dan Nabi terakhir. Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang paling dicintai dan paling mulia yang mana Baginda telah mengangkat syariat rasul-rasul yang terdahulu. Baginda juga membawa risalah tauhid yang sama iaitu mengesakan Allah SWT dan menyempurnakan semua syariat (hukum hakam) Nabi Musa as dan Nabi Isa as.
Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa as
The Last Commander of Islam iaitu Imam Mahdi akan memimpin semua orang kembali kepada Allah Taala. Anti-Christ pula berusaha untuk mengkafirkan semua orang. Di saat, Imam Mahdi diasak dan mereka orang Islam yang berjihad berlindung di BaitulMaqdis. NaBi Isa as akan turun ke Menara Putih Masjid Umawi di Syam (Damsyik) dan Baginda as akan pergi ke BaitulMaqdis untuk membunuh Dajjal. Dan semasa bersolat di BaitulMaqdis, Nabi Isa as menjadi makmum Imam Mahdi.
Masjid Umawi (Grand Umayyad) yang telah dibedil pada tahun 2013
Dajjal juga digelar Al-Masih yang mana perkataannya berasal dari Masaha bermaksud sapu dan kelebihan Dajjal ada pada tangannya yang mana mempunyai kuasa seperti mukjizat Nabi Isa as. Jadi hanya Nabi Isa as sahaja yang boleh membunuh Dajjal. Dajjal dibunuh di Pintu Luth, kira-kira 50km ke timur di Tel Aviv dan zionis Yahudi telah membina kem tentera di kawasan itu bagi melindungi Anti-Christ yang akan dibunuh oleh Nabi Isa as.
Lafaz Dua Kalimah Syahadah
Apabila seseorang itu beriman, dia perlu mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu menyaksikan Allah dan menyaksikan Nabi Muhammad pembawa risalah dari Nabi Adam as sehinggalah kepada Nabi Muhammad yang mana hanya mengesakan Allah Taala semata-mata. Jika hanya satu kalimah sahaja yang diucap, maka tidaklah sempurna keimanan seseorang itu.
Makna La Ilaahaillallah
Tiada Tuhan melainkan Allah. Tidaklah sempurna iman seseroang jika tidak dengan lafaz kalimah tauhid ini.
Di setiap ukiran binaan masjid, rumah dan istana diterjemahkan dengan semua nama-nama Allah. Dengan kalimah tauhid, selagi mana kita ingat pada Allah, selagi itu kita mempunyai kekuatan. Namun Kerajaan Islam Andalusia tumbang pada 1492.
Istana Alcazar di Andalusia, Sepanyol
Petua Menghilangkan Rasa Takut
Jika berasa takut, baca lafaz "Laa illa ha illallah" berulang kali seiring dengan mengetatkan gigi geraham.Kalimat ini memberitahu kita yang Allah Maha Berkuasa, jadi kepada selain Allah dengan mentauhidkan Allah semata-mata, kita tak perlu ada rasa takut.
Muhammad Rasullullah - Pesuruh Allah
Surah Al-Fath Ayat 29
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang yang bersama-sama dengannya adalah keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.
Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak mengjengkelkan hati orang kafir (dengan kekuatan orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.
---
Nabi Muhammad SAW adalah Pesuruh Allah dan kita kena ikut Baginda seperti idola kita.
Surah Al-Ahzab Ayat 21
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasullullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
---
Nabi SAW menyampaikan dan kita kena ikut
Doa Semasa Menziarahi Makam Nabi SAW
Selamat sejahtera atasmu wahai Rasulullah, rahmat Allah dan berkah-Nya untukmu.
Selamat sejahtera atasmu wahai Nabiyullah.
Selamat sejahtera atasmu wahai makhluk pilihan Allah.
Selamat sejahtera atasmu wahai kekasih Allah.
Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah satu-satunya.
Tiada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya engkau telah benar-benar menyampaikan risalah dan aku ikut,
Aku bersaksi Ya Rasullullah,
engkau telah menunaikan amanat,
Aku bersaksi Ya Rasullullah
engkau telah memberi nasihat kepada umat sehingga kami mendapat keyakinan,
engkau telah berjihad di jalan Allah dengan sebenarn-benar Jihad,
Terima kasih Ya Rasullullah,
dari ku dan dari umatmu,
maka selawat yang abadi dan salam sempurna untukmu sampai hari kiamat.
Ya Allah, berikanlah pada Baginda kemuliaan dan martabat yang tinggi serta bangkitkan Baginda di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan padanya, sesungguhnya Engkau tidak akan mengingkari janji.
Makam Nabi Muhammad SAW di Raudhah, Masjid Nabawi, Madinah
---
Sekiranya kita nak refresh keimanan, ziarahlah bumi Madinah umpama ular pulang ke sarang.
Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah
Surah Al-Anfal Ayat 24
Wahai orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNya kamu akan dikumpulkan
---
Jika kita ikut Rasul maka ia akan menjadikan kita "hidup" dan kita "mati"selagi kita tak ikut cara Rasullullah.
Surah Al-Mulk Ayat 2
Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.
----
Dialah Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan. Kenapa kematian dulu yang disebut dalam ayat ini? Sebabnya kita sebenarnya mati sehinggalah kita menyahut serian Nabi Muhammad SAW, barulah dikatakan hidup.
Madinah
Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah yang dahulu dikenali sebagai Yathrib. Madinah dalam maksud bahasa Arab adalah Kota ataupun Bandar. Dari mana pula datang perkataan Madinah? Deen bermaksud Tempat Agama. Jadi Madinah adalah Tempat Agama Islam.
Semasa kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 10H (632M), telah ada dua kerajaan besar dunia iaitu Kerajaan Rom dan Kerajaan Parsi, malah ada laluan besar iaitu Silk Route dan Spice Route.
Biru - Spice Route dan Merah - Silk Route
Selepas Baginda Rasul wafat, para sahabat telah berusaha menyebarkan islam di Rom dan Parsi melalui Silk dan Spice Route dan telah berjaya. Penyebaran islam di Tanah Melayu adalah melalui Spice Route.
Sifat Nabi Muhammad SAW dan Keturunannya
Baginda berkulit putih kemerah-merahan dan sesungguh Baginda Rasul adalah sesempurna ciptaan Allah dan akhlaknya. Kita sebagai pengikutnya perlu tahu nasab yakni jalur keturunan ayah dan ibu Baginda Rasul.
Tuhan memberkati kamu, wahai Adnan (Datuk Nabi yang ke-20),
Wahai Yang Terpilih, Wahai Yang Penuh Keikhlasan dan Pengasih,
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepadaku,
Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatnya,
Ya Rasulllullah Ya habiballah.
Anak dan Cucu Baginda Rasul SAW
Baginda Rasul mempunyai 3 anak lelaki dan 4 anak perempuan. Anak yang ke-7 bersama dengan Mariah Khibtiyyah yang berasal dari Mesir. Saiditina Hajar isteri Nabi Ibrahim as juga dari bangsa Khibtiyyah, Mesir.
Isteri Nabi Muhammad SAW ada 11 orang. 2 orang telah meninggal sebelum kewafatan Nabi SAW iaitu Saiditina Khadijah dan Saidatina Zainab Khuzaimah. Dan 9 orang selepas kewafatan baginda yang dikenali sebagai Ummaha tul Mukminin. Semua isteri baginda disemadikan di Baqi Madinah melainkan Saiditina Khadiah di Mekah dan Saiditina Maimunah dimakamkan di perkuburan laluan perjalanan balik ke Jeddah dari Mekah.
201 Gelaran dan 5 Hadis Baginda Rasulllullah SAW
Terjemahan nama dan selalulah baca serta boleh gunakan gelaran nabi ini untuk nama-nama anak.
Ada 201 gelaran baginda dan terdapart juga 5 hadis yang diukir di Masjid Nabawi bermula di Babussalam hingga Babusbaqi iaitu:
Hadis Pertama- solat di masjid aku lebih baik dari bersolat di tempat-tempat lain melainkan Masjidil Haram.
Hadis Kedua - Syafaatku sesungguhnya aku beri kepada umatku yang berbuat dosa tapi di dalam hatinya ingin menjadi baik.
Hadis Ketiga - syafaat aku benar-benar adil, orang yang tak mencari takkan mendapat maknanya orang yang tak beriman pasti takkan dapat.
Hadis keempat - iman akan pulang ke Madinah
Hadis Kelima - daripada rumahku dan mimbarku adalah taman-taman syurga. Berdoalah yang bagus-bagus kerana ramai malaikat yang mengaminkannya. Untuk makluman, Raudhah mempunyai kembar, iaitu mana-mana tempat yang ada majlis ilmu, di situ juga ramai malaikat yang menyaksikannya.
0 Comments