💕 T.me/Petuadankesihatan
Bersyukur is Powerful |
Kita kena sentiasa bersyukur dengan pasangan kita. Seorang Muslim mesti sentiasa mempunyai sikap yang positif dan bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan. Ucapkanlah Alhamdulillah di dalam segenap aspek perbuatan, pekerjaan dan kelakuan anda tidak kira apabila suka atau duka.
2. Sering memberikan bantuan
Rasulullah S.A.W sering menekankan kepentingan suami untuk membantu isteri. Begitu juga dengan isteri yang perlu membantu suaminya asalkan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Amanah itu berat, kalau kamu jaga dengan niat, insya Allah pasti kamu kuat. |
3. Amanah
Suami dan isteri mesti saling mempercayai di antara satu sama lain. Jika masing-masing melaksanakan amanah dengan baik dan mengikut perintah Allah, pasti tiada perasaan syak wasangka di antara suami dan isteri.
Tanpa rasa saling menghormati, apa perbedaannya manusia dengan binatang? - Confucius |
4. Perasaan saling hormat menghormati
Suami perlu sentiasa menghormati hati dan perasaan isteri dengan menunjukkan akhlak yang baik dan begitu juga dengan isteri.
Buatlah orang lain gembira, maka Allah akan menggembirakan kita dengan perkara yang tidak disangkakan |
5. Menggembirakan isteri
Luangkan lah masa bersama isteri anda. Hargai mereka dan dengan ucapan sayang pun sudah cukup menggembirakan hatinya.
Barangsiapa memaafkan di saat dia mampu membalasnya, maka Allah akan memberikannya maaf pada hari kesulitan - HR Thabrani |
6. Sentiasa memaafkan
Macam lagu Allahyarham P. Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri “. Setiap manusia sering melakukan kesilapan. Inikan pula hubungan suami isteri. Masing-masing perlu belajar untuk memaafkan kesalahan di antara satu sama lain dan berusaha untuk memperbaiki diri demi hubungan yang berkekalan.
Coming together is a beginning, and staying together is progress, but only when teams sweat together do they find success |
Melakukan perkara dan aktiviti bersama-sama adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Cuba belajar hobi pasangan anda walaupun anda tidak minat. Lakukan aktiviti yang boleh meneroka lebih dalam lagi hubungan anda berdua.
8. Lakukan amal ibadat bersama-sama
Si suami perlu sentiasa mengimamkan solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib secara berjemaah sekiranya sibuk. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan anda.
Apabila kesemua perkara ini dilakukan, insya-Allah kehidupan kedua-dua suami isteri akan bahagia dan diredhai oleh Allah💫
#spreadlove Putrajaya
0 Comments