Masjid Al-Dahab atau juga dikenali sebagai Manila Golden Mosque and Cultural Center atau dalam bahasa Filipino Gintong Masjid, terletak di kawasan orang islam di Globo de Oro Street, Quiapo, Kota Manila. Masjid ni di antara masjid yang terbesar di Kota Manila. Islam adalah agama kedua terbesar di Filipina yang dianuti oleh 6% sahaja daripada penduduknya.
Sejarah
Islam telah tersebar di Filipina sejak tahun 1380 melalui pendatang Indonesia berketurunan Minangkabau bernama Raja Bagindo dan seorang ulama Islam Parsi, Sheikh Karim al-Makhdum. Dikatakan bahawa Raja Bagindo adalah ahli keluarga Kerajaan Pagaruyung.
Fernando de Magallanes (1480 - 1521) berbangsa Portugis dibunuh di Pulau Mactan, Cebu. |
Masjid lama Sheikh Karimol Makhdum yang dibina pada di antara 1380 - 1390 |
Masjid Sheikh Karimol Makhdum yang binaannya hampir sama dengan salah satu masjid di Kanchanaburi menghala ke Erawan Waterfall |
Selain Masjid Al-Dahab, Kota Manila dan Masjid Sheikh Karimol Makhdum yang terkenal di Filipina, ada lagi yang terkenal antaranya:-
- Masjid Baclaran di Baclaran, sayangnya telah diruntuhkan pada September 2013 untuk pembinaan shopping mallyang menyebabkan 3 orang muslim meninggal dunia dalam pertempuran dengan pihak kerajaan. Tak lama kemudian, Filipina dilanda Taufan Haiyan yang terjadi pada 3hb November 2013. Allahu akbar!
- Masjid Dimaukom di Datu Saudi Ampatuan, Maguindanao del Sur
Manila Golden Mosque
Namanya tercipta dari kubah yang telah dicat dengan warna emas. Ia dibina pada zaman pemerintahan Imelda Marcos iaitu pada 4 Ogos 1976 bersempena lawatan Presiden Libya Muammar al-Gaddafi, namun sayangnya lawatan tersebut tak jadi pun.
Libya dan Arab Saudi telah membiayai pembinaan Masjid Emas Kota Manila ini. Sehingga kini, Masjid Emas Kota Manila banyak memberi bantuan kepada masyarakat islam di Manila selain menjadi kawasan tumpuan untuk solat Jumaat.
Imelda Marcos dan Presiden Libya |
Senibina masjid ini adalah dari gabungan Timur Tengah dan budaya tempatan. Kubah dan menara dahulunya bercorak struktur Timur Tengah manakala reka bentuk geometrinya daripada warna dan variasi seni etnik Maranao, Maguindanao, dan Tausug.
Menurut pentadbir masjid, menara itu telah dirobohkan kerana masalah integriti struktur pada zaman Datuk Bandar Lito Atienza ketika itu.
Antonio Dumlao |
Panel Kaca oleh Antonio Dumlao |
Ukuran diameter kubah masjid adalah 12 meter (39 kaki) dan ketinggian 10 meter (33 kaki). |
Jeepney, boleh dicuba ni |
Oklah, cukup sehingga di sini dulu.... kita nak sambung menulis tentang Illuissat dan Nuuk, Greenland.
p/s : Dalam hati teringin nak berkunjung ke negara yang pernah menjadi Pusat Islam Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Selepas tanah air mereka dijajah, agama islam mereka dimurtadkan secara besar-besaran oleh penjajah aka penceroboh aka pencuri dan perosak. Sedih dan pilu dalam hati ni...
Semoga Allah sentiasa menjaga keturunan, bangsa dan tanah pertiwi kita dari penjajahan dan permurtadan agama. Amin2 Ya Mujib
#spreadlove Putrajaya
0 Comments