Ada sesetengah orang berasa happy dan bersemangat untuk bangun awal-awal pagi bagi memulakan hari. Ini kerana diorang sudah cukup istirehat dengan jumlah jam tidur yang berkualiti. Namun begitu, ada juga di kalangan kita yang suka berjaga malam dan tidur pada lewat malam, dah tak pasal-pasal susah pula nak bangun pagi.
Itulah, tidak semua orang adalah sama dan tidak semua orang memerlukan perkara yang sama. Ada sesetengah orang cukup gemar berjaga malam dan tidur tak bangkit-bangkit sehinggalah ke petang.
Dan ada pula yang lebih suka tidur awal dan memulakan hari dengan pagi yang ceria dan bersemangat. Pada malam harinya, mereka beristirehat atau meluangkan masa dengan keluarga tak pun dengan rakan-rakan.
Boleh layan video ni dulu...
Apa kata, kita baca artikel yang diterjemahkan dari website Your Tango, The Ideal Bedtime For Each Zodiac Sign. Kita mulakan dengan zodiak ini dulu. Cop cop cop... sebelum tu kita baca sambil layan lagu ni. :)
Aries (21 Mac - 19 April)
MASA: 9:00 malam
Aries harus tidur sebelum pukul 9 malam. Ini kerana harinya sangat sibuk dan sentiasa padat dengan tugasan yang banyak selain aktiviti-aktiviti yang berbeza-beza. Bagi mendapatkan rehat yang secukupnya untuk menjalani hari esok, dia memang perlu tidur awal.
Kalau tidak komperm esok, dia akan keletihan sebab tak cukup tidur.
Taurus (20 April - 20 Mei)
MASA: 10:00 malam
Taurus amat suka dengan awal pagi. Dia seronok mulakan hari dengan aktiviti mengeluarkan peluh seperti berjoging pada waktu pagi selain meluangkan masa untuk menikmati secawan kopi dan berita pagi.
Taurus hanya produktif pada waktu pagi. Baginya waktu pagi adalah masa sepanjang hari untuk menyelesaikan segala masalah. Disebabkan itu, dia memerlukan sekurang-kurangnya sedikit rehat yang berkualiti.
Waktu yang terbaik untuk tidur adalah pada jam 10 malam.
Gemini (21 Mei - 20 Jun)
MASA: 11:00 malam
Gemini suka berjaga lewat malam. Kadang-kadang, dia terlalu banyak berfikir sehinggakan dia tidak dapat tidur! Namun begitu, walaupun tidur lewat, dia amat suka bangun awal bagi memulakan harinya, jadi seharusnya lah kan dia cubalah tidur awal jika boleh.
Waktu tidur terbaik untuknya adalah jam 11 malam. Dengan cara itu dia boleh melakukan apa yang dia mahu pada waktu malam tanpa sengsara pada waktu pagi disebabkan tidur lewat malam..
Cancer (21 Jun - 22 Julai)
MASA: 10:30 malam
Cancer suka bangun awal, tetapi dia cenderung untuk berjaga lewat. Waktu tidur yang sesuai untuknya ialah sekitar jam 10:30 malam.
Mungkin sukar baginya untuk tidur sebelum jam 11 malam, tetapi dia pasti mendapat manfaat dengan jumlah jam tidur lebih banyak. Cancer perlu menjimatkan tenaganya supaya dia berasa tenang dan relaks sepanjang hari.
Leo (23 Julai - 22 Ogos)
MASA: 12:00 pagi
Waktu tidur yang sesuai untuk Leo adalah jam 12 pagi. Dia tidak boleh tidur awal sebab terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan pada waktu malam. Leo amat suka berjaga malam sama ada untuk berborak dengan famili ataupun rakan-rakan atau hanya sekadar menonton TV ataupun berbuat apa saja.
Jadinya, tak hairanlah jika dia tidak pernah bersedia untuk bangun pada awal pagi.
Virgo (23 Ogos - 22 September)
MASA: 8:00 malam
Virgo adalah seorang yang sentiasa merancang lebih awal. Untuk mendapatkan permulaan hari, dia suka bangun awal. Waktu tidur terbaik untuknya ialah pada jam 8 malam.
Ya, benar! Nampak sangat terlalu awal, kan?
Tetapi otulah, Virgo perlu memastikan dia sentiasa berada pada tahap tenaga puncak pada waktu pagi bagi menyelesaikan segala-galanya selain menjadi lebih fokus dan bertenaga.
Libra (23 September - 22 Oktober)
MASA: 12:00 pagi
Libra pun bukanlah jenis orang yang bangun pagi. Dia sering merengus pada waktu pagi dan seolah-olah tidak boleh bangun tanpa menekan butang “snooze” sekurang-kurangnya tekan sehingga 12x. 😊 Dia amat suka berjaga lewat dan untuk cover balik rasa penat berjaga lewat, dia memerlukan istirehat yang panjang pada siang hari. Itu yang tidur sehingga ke tengahari.
Jadi, tak hairanlah waktu tidur terbaik untuknya adalah pada jam 12 pagi.
Scorpio (23 Oktober - 21 November)
MASA: 1:00 pagi
Scorpio adalah sama spesis burung hantu. Dia amat gemar berjaga lewat untuk membaca tak pun menonton Netflix ataupun berbuat apa saja. Dia tidaklah suka dengan waktu pagi dan biasanya kalau bangun pun dalam keadaan gelisah dan ketara letihnya tu..
Baginya, dia mendapat yang terbaik daripada lewat malam. Itulah sebabnya waktu tidur pilihannya ialah pada jam 1 pagi.
Sagittarius (22 November - 21 Disember)
MASA: 2:00 pagi
Sagittarius pun spesis burung hantu sejati. Dia dapatmenyelesaikan semua kerja terbaiknya pada waktu tengah malam dan sejujurnya, dia mempunyai tenaga yang paling banyak apabila dia dapat tidur sehingga ke tengahari dan memulakan harinya pada waktu tengah hari. Lagi padu...:)
Dia sukar untuk tidur awal kerana dia ada banyak perkara yang dia mahu sesuaikan dengan harinya. Disebababkan itulah, dia lebih suka tidur pada jam 2 pagi.
Capricorn (22 Disember - 19 Januari)
MASA: 10:00 malam
Capricorn pula suka pada tanggungjawab. Dia tidak pernah lengah dalam melaksanakan tugasnya. Dengan bangun awal, dia dapat memanfaatkan harinya. Keadaan ini memerlukan dia banyak beristirehat.
Waktu tidur yang sesuai untuknya adalah pada jam 10 malam. Tidak terlalu awal dan tidak pula terlalu lewat, malah jumlah jam tidur sesuai untuk dia selesaikan perkara-perkara yang perlu.
Aquarius (20 Januari - 18 Februari)
MASA: 12:00 pagi
Aquarius fikir ia sangat damai untuk berjaga malam sendirian. Dia suka membaca buku dan menulis dalam jurnalnya hingga larut malam. Waktu tidurnya kebiasaannya sekitar jam 12 pagi.
Pisces (19 Februari - 20 Mac)
MASA: 11:00 malam
Pisces juga bukan orang pagi sama sekali. Katil adalah tempat kegemarannya. Dia amat suka tidur awal dan tidur seberapa banyak yang boleh. Sejujurnya, dia hanya suka tidur.
Dah abih. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
0 Comments