Tips Bibir Lembap dan Pinky Pinky

Tips bibir lembap dan pinky

T.me/Petuadankesihatan


Untuk bibir tidak kering dan merekah, kita kena kerap pakai pelembab bibir. Selalunya bibir akan cepat kering bila kita kurang minum air, tambah-tambah kalau berada di kawasan yang ada penghawa dingin, jadi pastikan sentiasa bawa pelembab bibir.


Selalunya ada di kalangan kita suka menjilat bibir (mungkin untuk menampakkan bibir itu lembab) padahal perbuatan sebegitu adalah salah. Sebab menjilat bibir boleh menjadikan bibir lebih kering dan mula menggelupas. 


Tips bibir lembap dan pinky

So, sapu je pelembab bibir jika terasa bibir mula kering. Sekarang dah banyak terjual pelembab bibir dan gincu yang mengandungi SPF. Disarankan pakai yang ada SPF jika berada di luar.


Sebelum tidur, buang gincu yang ada di bibir sebersih-bersihnya. Ambil kain lembut atau facial cotton yang basah dan sapu lembut bibir. Ini dapat menanggalkan sel mati yang ada di bibir. (jangan gosok kuat-kuat nanti luka pulak).


Selepas itu, bolehlah sapu bibir dengan pelembab atau serum. 


Tips bibir lembap dan pinky

Atau kalau rajin, boleh juga amalkan petua orang dulu-dulu dengan sapukan bibir dengan madu lebah untuk mendapatkan bibir yang lembab dan kemerah-merahan.


Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan dengan merendam uncang teh tersebut dalam air panas kemudian uncang tersebut dilekapkan pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit. 



Tips ini untuk meningkatkan kelembapan kulit bibir.


Untuk mendapatkan bibir yang merah dan lembab tidaklah susah mana pun, hanya perlu amalkan tips bibir sentiasa merah dan kekal lembab ini dengan rajin dan kenalah buat setiap hari untuk mendapatkan bibir yang diimpikan. 


Hasilnya tak delah dapat dengan sekelip mata tapi ianya akan mengambil masa, jadi kena wajib-wajib bersabar dan istiqamah.




#spreadlove Putrajaya

Post a Comment

0 Comments