Buku Jalan Wanita ke Syurga : Part 1



Penulis : Ummi Salma Mohd

27.10.1997 diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa


Muqaddimah 

Membentuk wanita islam yang baik dari segi akhlak, pakaian dan pegangan hidup. 


Kedudukan wanita dalam al-Quran dan Sunnah

1. Wanita amat dibenci pada zaman sebelum kedatangan Islam.

2. Ampunan dan pahala diberikan kepada : 

lelaki dan wanita yang islam,

lelaki dan wanita yang menjaga ketaatan,

lelaki dan wanita yang benar dalam perbuatan dan kata-katanya,

lelaki dan wanita yang beribadah,

lelaki dan wanita yang bersedekah,

lelaki dan wanita yang berpuasa,

lelaki dan wanita yang menjaga kehormatan, dan

lelaki dan wanita yang menyebut-nyebut nama Allah


3. Terkeluar Nabi Adam as dari syurga bukannya disebabkan Saiditina Hawa, tetapi adalah kesalahan bersama-sama. 


4. Allah mengajarkan doa taubat dengan firmanNya; 

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan kalau Tuhan tidak mengampuni dosa kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya pastilah kami termasuk orang yang rugi" - al-Araf: 23


5. Sabda Baginda Nabi SAW; 

"Kesenangan yang paling baik adalah isteri solehah, kalau kamu menoleh kepadanya maka kamu akan gembira, dan kalau kamu berpergian maka dia akan menjaga nama baikmu". - Muslim dan Ibn Majah


6. Wanita perlu belajar fardhu ain, seterusnya fardhu kifayah dan perlu mendapatkan pendidikan ilmu agama yang menjadikannya muslimah sejati (petunjuk kepada jalan keselamatan dunia dan akhirat), berpengetahuan dan terlatih dengan kemahiran-kemahiran sebagai wanita.


7. Wanita berperanan menjadi tenaga pembantu yang penting kepada pembangunan ummah.


8. Wanita berhak memilih bakal suami menurut ketentuan syarak. Wanita berhak menetapkan mahar, berhak ke atas maharnya dan mendapat nafkah dari suaminya.


9. Poligami dibenarkan bagi mengelakkan kecurangan suami dengan syarat, si suami berlaku adil dari segi kebendaan, tempat tinggal, pakaian, makan minum, waktu bermalam dan segala yang berhubungan dengan pergaulan suami isteri. 


10. Wanita berhak menuntut cerai jika tidak bahagia melalui khulu' dan fasakh. Jika si anak masih kecil, wanita berhak mengasuh anaknya dan berhak mendapatkan pembiayaan bagi menjaga si anak tersebut. 


11. Jika si isteri itu berlaku curang, si suami boleh menuntut ganti rugi. 


12. Wanita juga berhak mewarisi harta pusaka dan bebas melaburkan dan mengembangkan hartanya.


13. Jelas, agama Islam adalah agama keselamatan untuk semua manusia yang mana ia melindungi umat yang tertindas, mempertahankan hak dan menyuruh wanita melaksanakan kewajipan menurut kemampuan mereka. 


Bagaimana Mahu Menjadi Wanita yang Solehah

1. Ramai yang berkeinginan ke arah itu tetapi tidak pula disertai dengan usaha dan kesungguhan.


2. Pangkat mulia ini boleh dicapai jika sanggup mengorbankan apa saja kenikmatan hidupnya demi mendapatkan keredhaan Allah. 


3. Mereka perlu menjadi muslim yang baik yang beriman kepada Allah, malaikat, para rasul dan nabi-nabi, al-Quran dan kitab-kitab serta qada dan qadar Allah. 


4. Wajib menyembah Allah dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Ilmu yang ada perlu diamalkan. Sebaliknya amal tanpa ilmu adalah perkara yang sia-sia. 


Ciri-Ciri Wanita Solehah

1. Wanita solehah adalah wanita yang baik menurut penilaian masyarakat di sekelilingnya yang mengamalkan Islam dalam kehidupannya. 


2. Sabda Baginda Nabi SAW; 

"Sesuatu yang baik menurut kaum muslimin, maka ia baik pula menurut penilaian Allah SWT" - Ahmad


3. Solehah bermaksud beriman dan beramal soleh menurut ajaran al-Quran, hadis dan berperilaku salafus soleh yang mana jika si wanita itu mengamalkan ajaran al-Quran dan sunnah, dan cara hidupnya dan akhlaknya seperti salafus soleh.


4. 6 sifat-sifat utama bagi ciri-ciri orang soleh yang memerlukan kesungguhan adalah :

a) sentiasa berbuat baik kepada orang yang sentiasa berbuat jahat kepadanya,

b) menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan dengannya,

c) memaafkan orang yang menghalangi usaha-usahanya,

d) mempercayai orang pernah berkhianat kepadanya,

d) menegur sapa orang yang pernah menghalaunya; dan

e) menghormati dan memuliakan orang pernah menghinanya. 


 

a) Berbuat baik

a.1. Ianya sukar melainkan orang yang ingin mendapatkan keredhaan Allah dan orang yang telah berjaya menundukkan hawa nafsunya.


a.2. Lazimnya fitrah kita yang suka berbaik akan terusik dengan amarah jika ada orang yang berbuat jahat kepada kita.


a.3. Amat sukar berbuat baik kepada orang yang menyakiti kita. Adalah lebih mudah untuk membalas kejahatan orang dengan kejahatan yang sama, maka ini akan berlarutan sehingga tiada berkesudahan. 


a.4. Walhal Allah sentiasa menurunkan rahmat kepada orang yang sentiasa berbuat baik keranaNya. 


b) Memaafkan kesalahan orang lain 

b.1. Memaafkan kesalahan orang lain adalah sifat yang terpuji dan amat dituntut dalam agama. 


b.2. Adalah kita lebih suka memikirkan kesalahan orang lain terhadap diri kita dan cara untuk membalas dengan menyakiti orang tersebut.


b.3. Sepatutnya kita perlu fikirkan cara bagaimana untuk memaafkan dan membuat kebajikan yang boleh mendatangkan kemuliaan diri kita di sisi Allah. 


b.4. Kenapa kita suka memikirkan kerugian di dunia padahal ia tak merugikan langsung pun, melainkan akan buat diri kita tertekan dengan nafsu amarah sahaja. 


b.5. Berdendam juga boleh mengganggu emosi hinggakan kita sendiri tidak dapat tidur tidak lena. Dengan memaafkan orang, hidup jadi dengan tenang.


c) Menghubungkan silaturrahim

c.1. Orang soleh tidak membiarkan hubungan renggang (bermasalah) dengan saudara seagama. 


c.2. Perkara ini amat menuntut kesabaran dan ketabahan bagi merapatkan semula hubungan semata-mata ingin mencapai keredhaan Allah selain boleh membantu merawat masalah jiwa. 


c.3. Sabda Baginda Nabi SAW; 

"Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki oleh Allah dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan silatrurrahim" - Bukhari & Muslim.


c.4. Setiap muslim harus ada rasa cinta dan kasih kepada orang lain yang mana ia akan melembutkan dan menyejukkan hati dan boleh mengubati penyakit hati dalam masyarakat. 


c.5. Dengan adanya sifat kasih sayang sekaligus budaya mengumpat, menfitnah, mengadu domba, mencuri dan sebagainya dapat diubati. 


c.6. Orang soleh tidak sanggup menyusahkan orang lain dan merasakan kesusahan itu turut menimpa dirinya sendiri jika orang lain itu susah. Walaupun hanya membuang sampah merata-rata di jalanan.


c.7. Sabda Baginda Nabi SAW; 

"Tiada dosa yang lebih patut disegerakan azabnya oleh Allah ketika di dunia selain balasan di akhirat kelak melainkan dosa berzina dan memutuskan silaturrahim" - Bukhari


c.8. Azab di dunia yang ditimpakan di antaranya pintu rezeki disempitkan, umur dipendekkan serta kurangnya rakan taulan dan di akhirat kelak pasti dihumban ke dalam api neraka. 


c.9. Sabda Baginda Nabi SAW; 

"Tidak masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim" - Muslim


c.10. Orang soleh tidak keberatan memaafkan orang berbuat jahat kepadanya malah dia tidak sekali-kali memutuskan silaturrahim meskipun hatinya disakiti dan hidupnya menjadi susah disebabkan orang tersebut. 


c.11. Apa yang hendak dicapai oleh orang soleh adalah hidup yang paling baik dan berkat iaitu mencari keredhaan Allah, Rasul dan orang mukmin.


d) Mempercayai orang lain

d.1. Mempercayai si penipu adalah satu perkara yang paling sukar. Namun, memberi peluang kepada si penipu untuk memperbaiki diri adalah dituntut dalam Islam. 


d.2. Orang yang jahat hari ini bukan bermakna dia akan berterusan berbuat dosa. Kebiasaannya orang berdosa sering dilanda kegelisahan. Mereka merasakan dosa-dosa mengejarnya dan tidak mustahil dia kembali ke pangkal jalan. 


e) Menghormati orang lain

e.1. Orang soleh sentiasa menghormati orang tidak mengira tingkat ekonomi, status sosial, tahap ilmu ataupun taraf pendidikan.


e.2. Jadi bagaimana kita nak menghormati orang yang selalu menghina kita? Inilah cabarannya bagi orang yang nakkan keredhaan Allah. 


e.3. Orang soleh tidak akan membalas penghinaan walaupun hinaan itu tidak benar malah mereka merasakan orang yang menghina itu ingin memberikan dirinya pahala. Dia bersyukur kerana masih ada orang yang mahu memperbetulkan kesalahannya walaupun dalam bentuk yang menyakiti hati. 


e.4. Mereka turut sedar yang berhak mengkelaskan kedudukan adalah Allah bukannya makhluk Allah. 


e.5. Orang mulia tidak sekali-kali menghina orang lain. Hanya orang hina sahaja yang menghina orang lain. Penghinaan orang itu adalah ingin menutup dirinya yang hina. 


Itulah antara sifat-sifat orang soleh. Alangkah indahnya dunia ini jika semua penduduk dunia mempunyai sifat-sifat tersebut. Sambung ke bab seterusnya. 

Teruskan membaca Syarat wanita hidup bermasyarakat - Buku Jalan Wanita ke Syurga : Part 2


Post a Comment

0 Comments