Syarat Wanita Hidup Bermasyarakat - Buku Jalan Wanita ke Syurga : Part 2



Penulis : Ummi Salma Mohd

27.10.1997 diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa


Ini adalah sambungan dari Buku Jalan Wanita ke Syurga : Part 1


Tanggungjawab Wanita Dalam Syariat

1. Wanita adalah tidak diwajibkan untuk berjihad fisabillillah, mencari nafkah keluarga, sembahyang jenazah dan jumaat, mengiringi jenazah ataupun memimpin sesebuah negara. 


2. Namun dibolehkan selagi mereka dapat menjaga syariat dan maruah diri. Jika dalam peperangan, mereka boleh merawat askar-askar yang tercedera. Ada juga yang terpaksa keluar mencari nafkah kerana kematian suami ataupun dengan keredhaan suami. Pekerjaan yang dicari bukanlah yang melanggar syariat. Mereka perlu pandai menjaga maruah diri dan tidak meninggalkan perkara-perkara asas yang dituntut islam. 


3. Wanita yang ingin menceburkan diri dalam kemasyarakatan haruslah mematuhi syarat-syarat wajib ini iaitu:

a) Mempelajari ilmu fadhu ain 

Setiap muslim wajib menuntut dan memahami ilmu fardhu ain iaitu tauhid/usulluddin, feqah (syariat) dan tausauf (akhlak).

Ianya tidak boleh dipisahkan, jika tidak akan rosaklah iman yang boleh menjerumuskan diri kepada fasik atau kafir tanpa sedar. 

Usuluddin adalah pegangan dan keyakinan yang ditegakkan melalui syariat dan akhlak. Usuluddin diibaratkan seperti akar tunjang bagi sepohon pokok, maka dahan-dahannya pula adalah akhlak dan syariat.

Usuluddin berfungsi untuk mengesahkan syariat dan akhlak. Tanpanya semua perkara menjadi sia-sia di sisi Allah. 

Dalam ilmu usuluddin ada terkandung tentang:

i. Keyakinan kepada Allah dan sifat-sifatNya iaitu wajib, mustahil dan harus. 

ii. Keyakinan kepada Rasul dan sifat-sifatnya.

iii. Keyakinan kepada kitab-kitab Allah iaitu Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran.

iv. Keyakinan kepada para malaikat dan sifat-sifatnya.

v. Keyakinan kepada Qada dan Qadar Allah. 

vi. Keyakinan kepada syurga dan neraka serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan alam ghaib.


Ini adalah ilmu asas yang pertama yang perlu dipelajari sebelum ilmu-ilmu yang lain bagi setiap orang muslim mukallaf untuk mengelakkan dosa besar dan jatuh kufur tanpa sedar. 


Kita belajar ilmu Usuluddin ini adalah untuk mendatangkan ketakwaan kepada Allah supaya kita selamat di akhirat nanti. 


Keyakinan kita tidak boleh dicelahi oleh sebarang kejahilan, syak, zan dan waham. Jika tidak, segala amal ibadah kita walau sehebat mana pun pasti akan tertolak. Apakah maksud sifat-sifat tersebut?

1. Jahil : Langsung tidak tahu tentang rukun iman

2. Syak : 50% yakin dan 50% ragu-ragu dengan rukun iman

3. Zan : Yakin 75% dan ragu-ragu 25% tentang rukun iman

4. Waham : Yakin 25% dan ragu-ragu 75% tentang rukun iman


Orang yang sanggup mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya adalah orang yang 100% yakin dengan rukun iman semasa mengucapkan dua kalimah syahadah. 


Antara tuntutan 2 kalimah syahadah adalah:

1. kita adalah hamba Allah dan apa saja yang kita buat samada kecil atau besar, penting atau remeh, itu adalah ibadah kepada Allah, tetapi dengan syarat:

a. niat hanya kerana Allah bagi mendapatkan keredhaanNya dan bukan untuk pujian ataupun perkara-perkara duniawi. (ikhlas)

b. caranya adalah mengikut syariat Allah 

c. sah menurut islam

d. natijahnya yang betul semata-mata untuk Allah

e. tidak meninggalkan perkara-perkara asas iaitu solat, puasa, zakat dan sebagainya. 


2. Hanya Allah, satu-satunya Tuhan yang disembah.

3. Tiada yang ditakuti melainkan Allah

4. Tiada yang dicintai yang lain melebihi cinta kepada Allah

5. Tiada tempat berserah diri melainkan hanya kepada Allah


Sekiranya telah memenuhi semua syarat ini, maka orang itu layak masuk syurga. 


Tingginya iman seseorang itu bergantung kepada tingginya keyakinan dan sebanyak mana seseorang itu memenuhi segala tuntutan syahadah. 


b) Memelihara kesucian diri

Mereka akan menjaga diri dari terjerumus dalam maksiat dan dosa sebagai tanda ketaatan untuk mendapatkan keredhaan Allah.


Untuk itu, kita perlu mengarahkan segala anggota lahir yang diamanahkan Allah ini iaitu mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki, perut dan kemaluan ni untuk berbakti kepada Allah semata-mata. 


Disebabkan ia amanah Allah, maka dengan mengabaikan dan mencuaikannya adalah satu kesalahan yang besar dan akan ditanya di akhirat kelak. 


Selain itu, kita wajib bersyukur dikurniakan segala anggota ini dengan melalui lafaz alhamdullillah dan perbuatan. 


Contohnya, 

Mulut dan lidah hendaklah sentiasa digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran, mengajar fardhu ain, memberi nasihat yang baik dan mencegah kemungkaran. 


Tangan pula digunakan untuk bersedekah, mengusap kepala anak yatim, melakukan kerja-kerja rumah tangga, mendidik dan membesarkan anak-anak. 


Mata digunakan untuk melihat ciptaan Allah hingga timbul keimanan, melihat al-Quran dan melihat mak ayah, suami dan anak-anak.


Telinga turut digunakan untuk mendengar puji-pujian kepada Allah dan RasulNya. Kaki dan kemaluan digunakan untuk berbakti kepada Allah dan suaminya.


Jika kita menggunakan kepada perkara yang terlarang, itu tandanya kita tidak mensyukuri nikmatNya seperti melihat perkara yang haram dilihat, aurat, benda-benda yang melalaikan seperti tv dan sebagainya. Tangan pula digunakan untuk mengambil hak-hak orang lain dan telinga digunakan untuk mendengar muzik yang melalaikan dan umpat cerca. 


Nikmat Mata 

Kawallah mata dari melihat perkara-perkara yang lucah. Jangan biasakan melihat atau membaca buku yang tidak berfaedah untuk akhirat kerana ia akan mendorong kita melakukan kejahatan dan menginginkan kelazatan dunia sahaja. 


Dan Allah juga telah mengharamkan mata kita dari melihat lelaki yang bukan mahram atau mengintip keaiban orang lain. 


Wanita beriman sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri demi perintah Allah. 


Adab bertamu:

1. memberi salam sehingga tiga kali sahaja, jika tiada jawapan, berundurlah

2. berdiri di tepi pintu bukan di hadapan pintu bagi mengelakkan nampak aurat penghuni rumah

3. jika diizinkan masuk, duduklah di tempat yang telah dikhaskan oleh tuan rumah. 


Gejala sosial yang banyak berlaku sekarang ini adalah berpunca dari mata. Matalah mula-mula dahulu dijamah oleh ulat-ulat kubur kerana kita tidak pandai "menjaga mata". 


Sekiranya hendak menjaga hati, kena bermula dengan menjaga mata dari melihat perkara yang menggelapkan hati. Hati yang sudah gelap, maka dia tidak dapat membezakan mana yang benar (terang) dan mana yang salah (gelap).


Hati yang gelap menjadi rumah kepada nafsu dan syaitan. Hati adalah raja dalam badan kita. Jika dikuasai oleh nafsu dan syaitan maka ia akan mengarahkan seluruh anggota untuk melakukan maksiat dan kerosakan.  

To be continued...



Post a Comment

1 Comments

Haru. said…
Ingatkan jatuh cinta je dari mata turun ke hati rupanya dosa pun boleh jadi