Kali ini ustaz menceritakan tentang ujian umat akhir zaman.
Sudah 100 tahun, kita hidup dalam zaman yang tiada khalifah. Seandainya khalifah masih ada, Kerajaan Othmaniyah masih bertapak, sudah tentu nasib Palestin dijangkakan tidak seburuk hari ini.
Apabila jatuhnya Othmaniyah, bukan sahaja Palestin, Malaya, Jawa, Sumatera, Filipina, Pattani dan seluruh negara islam jatuh serentak. Kita sekarang berada dalam zaman tiada khalifah yang sudah mencecah 100 tahun (1 abad).
Maka, mari kita renungkan sejarah dalam perjuangan Palestin.
Dalam Surah Al-Israa', ayat 104;
"Dan kami berfirman kepada Bani Israel, tinggalkanlah kamu di bumi ini (Baitulmaqdis, Jerusalem) dan apabila datang janji Allah yang akhir maka kami akan membawa kamu datang ke bumi tersebut beramai-ramai ".
Tibanya Bani Israel ke Palestin ialah janji Allah. Allah telah berjanji untuk membawa kembali Bani Israel yang telah terpisah begitu lama untuk kembali ke bumi Baitulmaqdis.
Dan apa yang berlaku di Palestin hari ini, berkumpulnya Bani Israel (Yahudi) di Palestin, adalah janji Allah. Bani Israel telah kembali ke Palestin sejak tahun 1909.
Apabila jatuhnya Othmaniyah pada 1912, dan saki-bakinya jatuh sehingga 1924, maka orang Yahudi datang berduyun-duyun ke Palestin melalui kapal laut. Yahudi telah berlabuh di Pelabuhan Jaffa.
Maka bermulalah nasib malang masyarakat Palestin.
Mereka juga datang melalui udara (kapal terbang) dalam masa lebih lewat maka bumi Palestin harus bertukar tangan.
Nasib rakyat Palestin pula dihalau keluar dari bumi mereka sendiri pada tahun 1919 sehingga 1930an dan kemuncaknya pada 1948.
Nasib umat islam dibunuh begitu ramai. Pada tahun 1948, mereka mula membentuk Negara Israel maka mereka menghalau keluar dan membunuh seramai 750,000 umat islam Palestin.
Dan nasib umat islam Palestin sejak itu tidak pernah hidup dengan aman tenteram. Bumi mereka sedikit demi sedikit diambil oleh Israel dan tinggallah Gaza dan Tebing Barat (West Bank). Palestin yang asal telah terpisah tiga;
- Israel,
- Gaza dan;
- Tebing Barat.
West Bank dan Gaza diiktiraf sebagai bumi Palestin yang asal. Tetapi sayang West Bank tidak mengiktiraf Gaza sebagai bumi Palestin dan mereka lebih menganggap Gaza sebagai pemberontak dan pengganas.
Oleh sebab itu dalam konteks ini, Gaza berjuang seorang diri. Keseorangan. Palestin telah ditikam tanpa perikemanusiaan.
Dan akhirnya apa yang berlaku hari ini, dan sebelum apa berlaku hari ini, detik-detik bagaimana nasib umat islam di Palestin.
Pada tahun 1967, Yahudi telah menawan Baitulmaqdis, dalam peristiwa tersebut 18,000 umat islam dibunuh dan 300,000 dihalau keluar dari bumi mereka.
Sejak itulah, kita lihat Masjidil Aqsa sentiasa diceroboh sejak tahun 1967, dan dari tahun itu juga, kita sudah tiada Masjidil Aqsa lagi dan ia telah bertukar tangan. Kiblat umat islam yang pertama telah ditawan oleh Yahudi sehingga ke hari ini.
Pada tahun 2023, mereka ingin meruntuhkan Masjidil Aqsa dan kita mengisytiharkan perang.
Mereka berkali-kali ingin meruntuhkan Masjidil Aqsa bermula dari tahun 1967 dan Masjidil Aqsa terselamat beberapa kali.
Sejak tahun 1967 mereka telah naik ke atas kubah dan bersedia untuk meruntuhkan, tetapi Allah tidak mengizinkan dan Masjidil Aqsa masih berdiri kukuh sehingga ke hari ini.
Pada tahun 1973, mereka telah membakar Masjidil Aqsa dan mengharapkan Masjidil Aqsa hancur tapi Allah masih memelihara Masjidil Aqsa sehingga ke hari ini.
Berkali-kali mereka telah (dengan pertolongan negara besar) menuntut Jerusalem sebagai ibu kota Negara Israel yang baru. Maka bermulalah konflik yang sangat dahsyat.
Jerusalem diisytiharkan sebagai ibu kota kepada Israel dan kedutaan-kedutaan negara yang bersama Israel telah didirikan di Jerusalem.
Akhir sekali Palestin telah hilang daripada muka bumi. Dalam peta terkini yang dikeluarkan oleh Google, Palestin sudah tiada lagi, yang ada adalah Israel.
Dan inilah detik-detik bagaimana peperangan yang terakhir ini telah diisytiharkan oleh umat islam.
Dalam cita-cita Yahudi untuk membentuk sebuah Negara Israel Raya yang mereka claim bumi Israel Raya itu, bermula dari Mesir sampailah ke Iraq. Dan mereka mendakwa di sinilah kerajaan asal mereka, di sinilah moyang mereka.
Mereka mendakwa moyang mereka bernama Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak sangka bahawa Nabi Ibrahim a.s itu, moyangnya orang Arab juga. Mereka juga mendakwa yang Nabi Ibrahim a.s itu berasal dari Iraq. Dan Sungai Euphrates harus menjadi milik mereka.
Begitu juga Sungai Nil, mereka mengatakan Nabi Musa a.s, nabi mereka pernah tinggal di Mesir. Maka Mesir itu bumi mereka. Dan demikian juga, moyang mereka bernama Bani Quraizah yang pernah tinggal di Madinah. Madinah itu juga adalah bumi mereka. Mereka mengisytiharkan Madinah itu bumi mereka.
Selepas selesai Gaza dan West Bank, mereka akan tumpukan kepada Madinah pula. Madinah juga akan menerima nasib yang sama seperti Gaza.
Mereka memberi tempoh untuk mengambil Madinah secepat mungkin. Sekarang jika kita ke Madinah, yang mana asalnya pintu masuk ke Madinah itu, ada tanda "Untuk Orang Islam Sahaja". Namun mulai 3 tahun lepas, tanda tersebut telah dibuang dan sekarang orang Yahudi boleh masuk ke Madinah.
Lebih malang dari itu, mereka telah membina sebuah kota di sebelah Masjid Nabawi. Jaraknya lebih kurang 5km atau 8km. Sebuah kota yang dibangunkan oleh Kerajaan Saudi yang tarafnya terbuka dan kebanyakannya didiami oleh orang Yahudi.
Dan Madinah, mereka benar-benar ingin mengambil kembali dalam apa yang mereka dakwa "Greater Israel".
Mereka mendakwa bahawa moyang mereka iaitu Bani Qainuqak tinggal di Madinah lebih awal dari Baginda Rasullullah SAW.
Benar! Bani Qainuqak, Nadhir, Quraizah dan Khaibar itu adalah moyang mereka yang dihalau oleh Baginda Rasullullah SAW. Setelah mereka berkali-kali memungkiri janji dengan Baginda Rasullullah SAW dan telah mengadakan konspirasi untuk membunuh Baginda Rasullullah SAW.
Akhirnya Baginda Rasullullah SAW memerangi seluruh Bani Israel yang tinggal di Madinah, dan akhirnya Madinah itu bersih daripada Yahudi.
Sekarang, tiba masa mereka claim bahawa ladang tamar yang ada di Madinah itu milik mereka. Mereka juga telah mengadakan pakatan dengan Saudi dan sekarang mereka telah menanam pohon kurma yang baru.
Dan mereka claim yang mereka akan kembali ke Madinah selepas selesai dengan Palestin. Namun, umat islam "masih tidur" sampai ke hari ini!
Apabila mereka mengatakan moyang mereka pernah berada di sini, maka bumi itu, bumi mereka.
Dengan lafaz yang sama, kita boleh katakan yang bumi Amerika itu milik Red Indian, maka puak Red Indian itu lebih berhak ke atas bumi Amerika sekarang. Kalau alasan itu, mereka mengatakan bahawa di situ moyang mereka pernah berada, maka bumi itu bumi mereka.
Australia harus dikembalikan kepada orang Melayu Maori. Bangsa Maori adalah bangsa Melayu. Jadi tanah itu harus dikembalikan kepada orang Maori.
Begitu juga dengan Vietnam harus dikembalikan kepada orang Melayu sebab nama Vietnam itu asalnya Champa. Kita telah mempertahankan Champa selama 1000 tahun.
Kerajaan besar kita bermula dari Champa sebelum kita datang ke Semenanjung, tetapi Kerajaan Champa telah dihancurkan oleh Kerajaan Viet yang sekarang. Atas alasan yang sama, kita boleh claim bahawa Vietnam itu, bumi kita, apabila Yahudi itu mengatakan Madinah itu, bumi mereka.
Maka, kita boleh claim dalam bentuk yang sama ke atas Vietnam bumi kita.
Oleh sebab itu, bendera Israel berwarna biru. Dua garisan bermaksud sungai. Garisan di atas itu ialah Sungai Nil dan di bawah pula adalah Sungai Furat. Kerajaan mereka di antara sungai-sungai itu dan ini termasuklah Madinah, kerana itulah mereka ingin mengambil Syria, sebahagian Mesir dan Turki dan Iraq sudah mereka kuasai.
Mereka ingin mengambil Madinah, yang mereka ingin jadikan sebagai tapak pemerintahan New World Order. Nama asal New World Order adalah Zionis.
Sebelum itu, ia dikenali sebagai Bani Qainuqak yang merupakan Bani Israel yang pernah tinggal di Madinah. Saki-baki mereka ini yang sedang merancang New World Order yang dihalau oleh Baginda Rasullullah SAW.
Jadinya, mereka sangat berdendam dengan islam sebab mereka dihalau oleh Baginda Rasullullah SAW. Mereka tidak mempunyai negara, mereka juga menumpang di setiap tempat mereka pergi dan sekarang dendam mereka telah dihalakan kepada Palestin.
Nasib Palestin sudah kita lihat bagaimana keadaan mereka sehingga ke hari ini.
Mula-mula sekali bagi mencapai cita-cita jahat itu, mereka harus menguasai 7 negara umat islam.
Jadi, mereka telah menghancurkan Libya, Afghanistan, Syria, Iraq, Jordan dan Turki. Dan, itulah rancangan mereka lakukan untuk membina Negara Israel Raya mereka dan sememangnya Palestin termasuk dalam rangkaian yang sama.
Misi ini dirancang oleh pemimpin New World Order yang baru mati yang bernama Henry Kissinger (Former United States Secretary of State), manusia yang paling durjana dalam zaman moden ini.
Dia telah membunuh ratusan juta manusia dan orang Malaysia masih menganggap dia sebagai hero dalam perundangan dan kerap diperbincangkan di dalam fakulti perundangan.
Inilah dia musuh utama umat islam namanya Henry Kissinger. Perancangannya adalah mesti menghancurkan 7 buah negara di Timur Tengah, bermula dengan Syria, Libya, Afghanistan, Jordan, Palestin, dan agenda paling utama adalah penghancuran Palestin.
Sekiranya kita masih lagi tidak memahami apa yang berlaku sekarang.
Bukan setakat Palestin sahaja target mereka, tetapi seluruh bumi islam ini akan dihancurkan. Mereka sangat berdendam dengan Baginda Rasullullah SAW. Mereka telah menulis dengan tulisan yang masih menyebut nasib mereka yang dihalau oleh Baginda Rasullullah SAW dari bumi Madinah.
Inilah dia, perjuangan kita dalam mempertahankan agama.
Kissinger ini telah mati sehingga orang Amerika sendiri mengisytiharkan, inilah penjenayah besar dunia yang telah grow pemimpin besar dunia. Dalam tahun 1960-1970an, tidak ada pemimpin dunia yang boleh dilantik kecuali dengan persetujuannya.
Setiap pemimpin dunia yang dilantik mesti mengunjunginya terlebih dahulu untuk endorse sebagai mereka berada dalam rangkaian New World Order.
Dan apa yang berlaku sekarang adalah dalam agenda yang sama.
Baginda Rasullullah SAW telah bersabda dalam satu hadis sahih;
"Hampir-hampir kamu akan dikelilingi oleh seluruh umat dari seluruh ufuk dunia sepertimana mereka menikmati makanan di meja makan mereka.
Dan ditanyakan kepada Baginda Rasullullah SAW, "Ya Rasullullah! Apakah kita sangat sedikit bilangannya?"
Jawab Baginda Rasullullah SAW, "Tidak! Hari itu kamu tidak sedikit, malahan kamu ramai seperti buih-buih di lautan. Buih yang tiada sebarang kekuatan.
Allah telah memasukkan perasaan penyakit "wahan" ke dalam kalbu kamu dan Allah telah mencabutkan kegerunan kamu di dalam hati-hati musuh kamu sebab ketika itu kamu telah cintakan dunia dan kamu bencikan kematian.
Kamu akan dimakan oleh manusia seluruh dunia."
Tepat apa yang Baginda Rasullullah SAW sebutkan itu. Kita "dimakan dan diratah" di Palestin sejak tahun 1948 oleh seluruh dunia.
Apakah sebab kita sedikit?
Kita ramai tetapi tiada kekuatan. Umat islam berpecah-belah bahkan dalam konteks ini orang Arab tidak bersama-sama dengan perjuangan Palestin. Mereka lebih mesra dengan Israel.
Kita lihat sahaja, umat islam di Bosnia, Kashmir, Zhanjiang, Myanmar dan di setiap tempat umat islam telah "dimakan dan diratah". Namun hari ini umat islam "masih tidur"!
Hadis Baginda Rasullullah SAW menggambarkan umat yang akan datang. Kita yang sedang menghadapinya sekarang. Kita akan "dimakan" oleh umat yang lebih besar.
Dan benar kita "dimakan" sebagaimana gambaran Baginda Rasullullah SAW!
"Kamu akan dimakan oleh manusia dari seluruh ufuk dunia dan mereka makan kamu seperti memakan makanan yang enak dan lazat di atas meja makan".
Inilah akibatnya apabila kita jatuh dalam Perang Dunia Pertama. Semasa perang itu, Othmaniyah telah jatuh, dikalahkan oleh tentera Berikat. Kita "dimakan" oleh mereka exactly sebagaimana disebut dalam hadis tersebut.
Seluruh dunia, kita telah dijajah oleh tentera Ahzab Moden yang dipimpin oleh Amerika, British, Perancis, Itali dan seluruh Negara NATO hari ini.
Kita "diratah" oleh mereka. Kemuncaknya, mereka ingin menyempurnakan perobohan Masjidil Aqsa. Sebelum peperangan ini berlaku, pada 28 Mei 2022, mereka telah membawa jentolak untuk menghancurkan Masjidil Aqsa.
Namun umat islam masih berdiam diri dan yang mempertahankannya hanya HAMAS yang begitu sedikit bilangannya dan HAMAS sendirian menerima bahana yang dahsyat hari ini.
Tujuan mereka menghancurkan Masjidil Aqsa dengan dakwaan bahawa Masjidil Aqsa telah dibina di tempat yang salah.
Mereka mengatakan bahawa Masjid Al-Aqsa yang dibina secara bertutup oleh khalifah kedua Islam, Saidina Umar Al-Khatab r.a pada tahun 638 M, kemudian diperbaharui pula ketika zaman Muawiyah (661-680M) dan zaman Abbasiyah dan Kesultanan Mamluk tersalah tempat?
Mereka dakwa asalnya tempat itu adalah Solomon Temple dan Masjidil Aqsa harus diruntuhkan segera.
Sebenarnya, peperangan ini adalah peperangan mempertahankan Masjidil Aqsa dan yang mempertahankannya hanyalah satu kumpulan yang kecil sahaja.
Inilah latar belakang apa yang berlaku sekarang. 75 tahun, kita dinafikan hak, rumah dihancurkan, dihalau dari negara sendiri, dibunuh dan segala hak asasi manusia dinafikan. Selama 75 tahun! Bersambung di Part 2 : Menang atau Syahid!
Kredit untuk Prof. Dr. Mat Rofa dan Team Al-Imran Channel
Catatan Sedih
Istighfar!
0 Comments