Sempena bulan Zulhijjah akan berlaku wukuf Arafah, ustaz menyentuh tentang sejarah bumi Mekah.
Dalam surah Al-An'am ayat 96.
"Dan inilah kitab yang kami turunkan dengan penuh keberkatan yang membenarkan kitab yang sebelumnya supaya kamu memberikan peringatan kepada penduduk Ummul Qura dan sekellilingnya. Dan mereka yang beriman dengan hari akhirat, beriman denganNya dan sedangkan mereka menjaga solat mereka ".
Fokus kita adalah Ummul Qura iaitu bumi Mekah. Di sini, Allah menurunkan Al-Quran kepada Ummul Qura supaya Rasullullah SAW memberikan peringatan kepada mereka dan penduduk sekelilingnya (seluruh dunia).
Di sini, Ummul Qura membawa maksud bumi induk. Bumi yang Allah ciptakan pada mula-mula sekali. Cuba kita lihat dari segi hadis atau riwayat dan juga kajian saintifik tentang apa yang dimaksudkan dengan Ummul Qura.
Kenapa dinamakan Ummul Qura (Mekah)?
Dalam Tafsir Abu Hayan dinamakan Ummul Qura kerana di situlah bermulanya agama. Bumi diperluaskan bermula dari Mekah dan Mekah juga berada di tengah-tengah benua (ardh).
Mekah juga merupakan kiblat umat islam dan tempat mengerjakan haji malah ia adalah tempat Allah mula-mula sekali menempatkan rumah ibadat (Baitullahil Haram).
Dari tafsir An-Nasafi, kenapa Allah mengatakan Mekah sebagai Ummul Qura. Dinamakan Ummul Qura kerana ia adalah pusat bumi (daratan) dan kiblat kepada penduduk dunia dan disitulah juga manusia menumpu ketika musim haji.
Dan kalau kita lihat peta dunia hari ini, Mekah berada di tengah-tengah, dan hampir ke seluruh penjuru benua. Jika kita letakkan kompas di tengah-tengah kota Mekah maka ia seolah-olah berada di tengah-tengah benua, kerana itu ia dinamakan Ummul Qura.
Dan cuba kita lihat di sini. Ketika sebelum ditemui benua Amerika, jika kita letakkan kompas atau pusingan jangka sudut kita di Mekah, kita dapati ia akan memenuhi pinggir-pinggir benua.
Malah sekiranya kita mengambil kira dengan benua Amerika dan Afrika pun, ia masih terletak di tengah-tengah yakni di hujung selatan, utara dan timur hampir sama dengan jaraknya ke Mekah.
Sebagai contoh, kita lihat...
Hampir tepat di tengah-tengah dengan sedikit perbezaan antara 11,000 km dengan 14,000 km. Average hanya 13,000 km di seluruh pinggir benua yang mana menggambarkan ia seolah-olah pusat benua, bukan pusat bumi, tetapi pusat daratan.
Seorang profesor telah membuat peta daripada kayu dan dia telah mencari pusat graviti. Dan peta ini exactly graviti tepat ke Mekah dan Mekah lah pusat daratan, sebagai hikmah untuk seluruh manusia mengerjakan haji daripada seluruh pelusuk dunia.
Inilah yang dilakukan profesor yang masih mengkaji dan melihat sekiranya bumi dibentangkan, maka Mekah masih kekal sebagai pertengahan daratan (al-ardh). Di dalam Al-Quran, al-ardh ada membawa banyak maksud antaranya bumi (glob), daratan tidak termasuk lautan, bumi yang diduduki dan ia sangat banyak berdasarkan konteks ayat yang Allah maksudkan.
Hasil kajian tersebut, Mekah kekal berada tengah benua dan ini adalah satu perkara yang cukup menarik dan ajaib.
Dalam satu hadis yang disebut di sini, asalnya Kaabah (tempat letaknya Kaabah itu), mula-mula sekali bumi (daratan) muncul di tengah-tengah air. Pada mulanya bumi kita ini asalnya lautan.
Dan daripada Mekah lah, Allah berfirman,
"dan kami perluaskan bumi (daratan) itu ke seluruh kawasan timur barat".
dan kita lihat peta dunia juga seolah-olah Mekah memang berada di tengah-tengah.
Dan inilah yang disebut dalam kajian saintifik geologi, asal bumi kita tiada daratan, semuanya lautan (waterworld). Hikmah Illahi.
Bilakah mula-mula sekali timbul daratan?
Daratan pertama yang dimunculkan oleh Allah SWT adalah di Mekah Al-Mukarramah yang disebut Ummul Qura.
Bagaimana muncul daratan pertama?
Kajian saintifik mengatakan bahawa muncul daratan pertama di atas muka bumi adalah hasil dari gerakan retakan lapisan bumi yang mengeluarkan larva, putih dan membeku dan membentuk pulau pertama.
Walaupun kajian saintifik tidak menyatakan di manakah pulau pertama, tetapi mereka menyebut Pangea atau dalam bahasa arab Ummul Qura.
Ini adalah larva yang muncul di permukaan laut yang menjadi daratan pertama (kecil sahaja). Dasarnya daripada bawah, muncul permukaan pertama seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut, tempat yang pertama adalah Kaabah.
Maksudnya Kaabah itu adalah bumi paling tua. Maksudnya batu-batan di sekeliling Kaabah itu paling tua tapi sayangnya orang Melayu tidak mengkajinya.
Dari kajian saintifik, maka akhirnya muncul bonggol pertama, ianya rata, sebab ia muncul dari permukaan air. Ianya adalah daratan, yang disebut oleh profesor tokoh ilmuan islam yang mengkaji perbandingan Al-Quran dan geologi.
Dia memerhati inilah seperti gunung yang terpangkas permukaannya. Inilah dataran pertama yang dalam kajian saintifik menyebutnya Pangea, yang dalam bahasa arab Ummul Qura iaitu bumi yang menjadi induk kepada daratan lain.
Dalam riwayat, bahawasanya tempat Kaabah itu adalah bumi pertama yang muncul di tengah-tengah lautan sama yang disebut oleh saintis tadi. Tempat yang mula-mula sekali muncul di atas permukaan laut, itulah tempat yang Allah ciptakan tapak Baitul Haram, sebab itu Mekah disebut Ummul Qura.
Kemudian, ketika Allah ciptakan bumi, bumi pertama itu lembut. Dalam hadis ini ia disebut zabdah seperti keju dan seperti itulah bumi pertama. Bumi itu lembut dan warnanya putih seperti keju.
Kajian saintifik juga mengatakan apabila rekahan bumi berlaku dan gunung berapi mula terbentuk, maka larva itu sangat lembut sepertinya keju.
Ini adalah bumi pertama yang sangat lembut dan masih lagi tidak membeku. Warna asalnya merah menyala dan apabila terkena air ia apinya terpadam dan ia begitu menjadi lembut dan mengalir di sekitarnya. Dan bumi katanya kajian saintifik pula bermula dengan ketulan pertama ini iaitu Pangea.
Muncullah daratan pertama, kemudian Allah perluaskan ke kiri dan ke kanan yang membentuk pulau, dataran, benua dan sebagainya.
Dan tempat pertama itu adalah Mekah yang dikenali sebagai Ummul Qura yang dikelilingi lautan.
Dan inilah kajian saintifik, suatu masa dulu, bahawa Semenanjung Arab termasuklah Timur Tengah berada di bawah lautan kerana terdapat banyak petroleum di daratan. Dengan adanya petroleum yang banyak itu yang terbit dari banyaknya fosil yang ditemui sehinggalah sekarang.
Maksudnya ia benar-benar dari bawah lautan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis dan kajian saintifik.
Kemudian timbullah bumi pertama dan Allah SWT perluaskan ke timur dan ke barat. Dalam bahasa Arab "dahaha", boleh ditafsirkan dengan "dahiyah" (seperti telur burung unta), maksudnya asal bumi itu lonjong bukannya bulat.
Bumi telah berpisah, ke utara ke selatan dan akhirnya membentuk benua.
Dan dalam konteks ini, Mekah masih kekal di tengah-tengah. Di atas muka bumi itu, ada tanah-tanah yang terpisah-pisah (pulau-pulau) dari tempat yang sama sebagai persediaan untuk melantik khalifah.
Dan bumi telah bergerak begitu lama. Dan Allah menceritakan dalam surah An-Nazi'at, yang mana bumi ini Allah perluaskan seperti itu, dan Allah keluarkan air dari perut bumi dan Allah keluarkan tumbuh-tumbuhan dan Allah pasakkan dengan gunung-ganang. Subhanallah.
Ibarat kapal perlu adanya sauh untuk kita mantapkan kapal dengan kita menjatuhkan sauh.
Namun apakah hubungan gunung dengan sauh?
Hari ini baru kita tahu bahawa gunung-ganang yang tinggi itu mempunyai akar umpama sauh yang berfungsi untuk memegang bumi itu supaya tidak bergoncang. Subhanallah, sebagaimana sauh memegang kapal supaya tidak bergerak.
Malah Allah SWT menyebutnya lagi, dijadikan gunung-ganang itu sebagai sauh dan tumbuhan itu menjadi makanan dan ternakan kita. (Surah An-Nazi'at).
Maka bumi yang lonjong itu semakin lama semakin hilang lonjongnya. Bentuk asal bumi itu seperti telur burung unta, di atas glob itu ada tanah yang rata seperti tikar.
Akhirnya bumi yang kita ada sekarang, terdapat tanah-tanah yang rata di atas glob yang besar.
Dalam surah Al-A'raf, pusingan bumi sangat ligat suatu masa dulu.
Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi dalam masa 6 hari, dan Allah istiwa' atas Arasy. Allah tutup malam dengan siang dan malam itu ikut siang dengan lajunya.
Seorang profesor telah menceritakan, Allah menggambarkan pusingan bumi ketika kejadian bumi itu sangat-sangat laju,
- satu hari bersamaan satu jam,
- kemudian dua jam untuk satu hari,
- 3 jam untuk satu hari,
- 4 jam untuk satu hari,
- kemudian akhirnya 12 jam dan akhirnya 24 jam seperti sekarang.
- Selepas tu 25 jam,
- 26 jam dan akhirnya...
Bumi akan berhenti pusingannya dan yang malam akan terus malam, dan yang siang akan terus siang.
Dan sekiranya Allah menjadikan siang selama-lamanya, siapakah yang bakal menjadikan siang kepada malam. Tiada melainkan hanya Allah SWT. Begitu juga dengan sebaliknya.
Malam sebelahnya yang tidak mengenal matahari, dan sebelahnya siang mengenal matahari. Allah menutup malam dengan siang dan malam mengikut siang dengan lajunya. Maksudnya bumi kita ini berputar laju.
Inilah yang disebut oleh ahli tafsir (ulama besar) yang telah meninggal dunia pada kurun yang lepas, yang banyak menceritakan tentang kejadian langit dan bumi yang telah menjadi mukjizat agung Al-Quran.
Dalam hadis daif ini, tempat yang mula-mula diciptakan adalah Baitulilharam. Kemudian Allah perluaskan bumi melalui Mekah dan gunung pertama yang Allah ciptakan adalah Gunung Abu Qabis yang terletak di tepi Kaabah.
Jika Mekah itu adalah bumi pertama, maka gunung itu juga adalah gunung pertama. Namun, gunung tersebut telah diratakan oleh kerajaan sekarang. Sebelum ini, mereka telah membina Istana Raja Fahd dan sekarang bangunan istana itu telah bertukar fungsi, namun Gunung Abu Qabis telah hilang.
Inilah kisah sejarah agung. Gunung paling tua di muka bumi yang menyimpan banyak fosil termasuklah tulang ikan namun gunung itu telah tiada.
Gunung Everest juga dari dalam laut, sebab itu ditemui tulang ikan, kerang-kerangan seperti siput di atas puncak Gunung Everest yang menggambarkan mukjizat keindahan penciptaan langit dan bumi.
Inilah Mekah, inilah Gunung Abu Qabis yang berada di sebelah Kaabah, di sebelahnya juga ada Jabal (Bukit) Omar yang sedang dihancurkan sekarang dan dibinanya Hotel Hilton dan kompleks Hilton. Mekah Convention Center juga berada di Jabal Omar, dan gunung-ganang di sekelilingnya telah diratakan.
Inilah di antara batu-batan yang paling tua di muka bumi. Tapi sayang orang Melayu tidak mengkajinya. Jika dipadankan bumi paling tua ialah Mekah, dan Allah SWT menjadikan itu sebagai induk bumi dan dalam Al-Quran, ia dikenali sebagai Ummul Qura, manakala saintis pula menyebutnya Pangea (induk bumi).
Inilah Gunung Abu Qabis hanya tinggal kenangan dan telah berakhir, Gunung pertama yang Allah ciptakan, besarnya sejarah ini tetapi kita pula tidak berilmu dan kita langsung tidak appreciate sedikit pun sejarah itu bahkan kesan-kesan sejarah dan peninggalan para sahabat sudah tidak ada lagi.
Ini gambar lama Jabal (Gunung) Abu Qabis, di atasnya ada Masjid Bilal r.a yang mana tempat orang Melayu berkumpul pada tahun 1930an - 1940an.
Di sini juga guru-guru ilmu tarekat berkumpul di Mekah. Ia merupakan pusat orang mengamalkan tarekat. Ulama-ulama Melayu besar-besar berada di sini dan mereka telah mengijazahkan kepada ulama-ulama Borneo, Jawa, Sulawesi dan Tanah Melayu yang datang ke Mekah yang menjadi pelajar mereka dan kembali ke kampung halaman.
Kemudiannya dimusnahkan sepenuhnya. Mereka tidak gemar melihat masjid itu dikunjungi oleh para ahli sufi maka mereka telah ratakan gunung tersebut dan pada tahun 1991, ketika itu bangunan Istana Raja Fahd baru selesai dibina.
Ketika itu, pengawal istana hampir merampas kamera kerana larangan mengambil gambar Istana Raja Fahd kerana perkara itu sangat sensitif ketika itu. Kamera Masjidil Haram yang merakam orang bersolat pun tidak merakamkan Gunung Abu Qabis.
Kita (orang Melayu) tidak mengkaji tetapi orang lain yang mengkaji.
Dan ini Masjid Bilal Al-Habsyi yang menjadi pusat umat islam. (ulama Melayu) pada tahun 1940-an ianya diruntuhkan. Ulama kita dari Nusantara berkumpul khusus untuk tarekat.
Walaupun ulama kita ada mengajar di Masjidil Haram ketika zaman kerajaan Othmaniyah, tetapi selepas itu, hanya beberapa orang sahaja yang terpilih untuk meneruskan pengajian di Masjidil Haram. Manakala yang lain terpaksa mendaki ke atas Bukit Ajyad di sekitar Mekah dan mereka kekal di situ.
Pada tahun 1991, masih ada pengajian yang banyak di atas Bukit Ajyad termasuklah guru-guru dari Pattani dan pelajar-pelajar dari seluruh alam Melayu.
Inilah di antara guru tarekat yang menyebarkan tarekat dari Masjid Bilal, dan beliau telah menyebarkan di Negeri Sembilan. Di sinilah pusat pengembangan tarekat tetapi sayang telah berakhir bahkan tarekat tidak dialu-alukan di bumi tersebut.
Inilah gambar diambil pada 1990an yang mana Gunung Abu Qabis diratakan dan dibina Istana Raja Fahd dan sekarang telah bertukar fungsi.
Malah sehingga ke hari ini, kita melihat pembinaan Masjidil Haram sedang giat dibangunkan sehingga sempadan Masjidil Haram tepat dan rapat dengan tepi bukit tersebut hanya dipisahkan dengan lorong sempit.
Ilmu Paleontologi sangat penting untuk mencari petroleum. Kita menggali dalam laut, ada siput, fosil atau rangka hidupan laut yang lama, maksudnya di situ ada minyak sebagaimana kita gali di Kerteh, Terengganu. Syarikat British telah diberikan tugas untuk menggali dan mereka mendapati tiada minyak pun di Kerteh.
Tetapi ahli saintis kita memohon untuk diberikan peluang menggali semula dan akhirnya menemui fosil dan komperm di situ ada minyak dan ia masih lagi digali sehingga sekarang.
Dalam batu ada ikan yang terperangkap jutaan tahun lalu yang menggambarkan bumi terletak di bawah lautan suatu masa dulu termasuklah puncak Gunung Everest. Saintis mengatakan terjadinya disebabkan pelanggaran benua yang menyebabkan bumi naik ke atas dan membentuk Gunung Everest.
Apa yang dimaksudkan, dengan ilmu paleontologi untuk kesan ciptaan Allah yang agung dan melihat asal-usul bumi yang Allah ciptakan.
Dan Allah berfirman yang maksudnya,
"Mengembaralah kamu ke atas bumi dan lihatlah bagaimana Allah menciptakan bumi, dan bagaimana Allah mula menciptakan bumi".
Mengembaralah, lihatlah, kajilah dan tentulah Allah akan membangkitkan kita di akhirat nanti. Tapi sayangnya kita umat islam kita tidak banyak mengkaji dan kita hanya banyak mendengar dan bergantung kepada orang lain membuat kajian. Orang lain yang membuat kajian dan kita hanya sekadar memerhati.
Kita menjadi pelajar, mereka menjadi guru. Mereka menjadi pencipta dan kita menjadi user sampailah sekarang. Dan itulah nilai ilmu, sedangkan Allah menyuruh kita melakukan kajian.
Dan lihat bagaimana Allah menciptakan bumi dan tentulah kita mendapat banyak maklumat.
Dan ini kajian yang dilakukan oleh ahli geologi Barat, mereka mengisytiharkan gunung paling tua berada di Amerika. Ada juga yang mengatakan di Australia, Afrika ataupun Rusia. Masing-masing klaim mereka mempunyai gunung paling tua. Tetapi mereka tidak mengkaji Mekah kerana mereka tidak masuk ke Mekah barangkali.
Kita ada sumber yang sangat kuat iaitu Ummul Qura yang membawa maksud bumi paling tua.
Inilah Gua Hira' di Jabal Nur, gunung batu yang paling tua.
Tiba-tiba seorang ahli geologi Jepun yang tidak dipastikan samada muslim atau tidak yang telah membaca hadis dan tafsir tersebut, dia telah pergi ke Gua Hira' dan mendapati ia adalah batu yang paling tua.
Sayangnya kita tidak berminat untuk mengkaji batu-batan di Gua Hira' walaupun kita berkali-kali ke Mekah. Ini disebabkan ilmu kita terhad kepada ilmu yang kita belajar semata-mata.
Sedangkan orang lain mengkaji alam semesta, langit, bumi, cakerawala dan sebagainya tetapi kita masih lagi meminjam ilmu falak mereka.
Untuk menentukan Awal Zulhijjah 1445H ini pun, kita masih lagi meminjam ilmu mereka. Itulah nilai kita hari ini. Kita jangkakan batu-batan di Gua Hira' adalah batu-batan yang paling tua.
Tetapi tidak pasti ada kajian khusus selain kajian Jepun tersebut kerana kajian Jepun itu tidak dikeluarkan kepada kita. Cumanya hendak disampaikan di sini, yang terlalu sedikit orang yang mengkaji batu-batan di Ummul Qura.
Catatan Tergantung
Curfew 3 months
0 Comments