Sambungan Part 2: Menang atau Syahid.
Dalam satu hadis Riwayat Muslim, Baginda Rasullullah SAW bersabda,
"Perumpamaan orang mukmin itu sebagai dalam kasih sayang, bertolak-ansur dan tolong-menolong seperti satu jasad. Apabila satu jasad sakit, yang lain turut sakit."
Tapi apakah ini berlaku pada umat islam hari ini?
Apabila jasad kita "dipotong" di Palestin, Myanmar, Bosnia, Zhanjiang, apakah kita berasa sakit? Sekiranya kita tak berasa sakit, maka kita tidak termasuk dalam perumpamaan ini.
Sudah 5 bulan peperangan telah berlaku dan sekarang kita berada di ambang Ramadhan 1445H. Sehingga 1 Mac 2024, sudah 30,035 orang yang telah syahid, 70,457 orang pula cedera parah.
Inilah nasib umat islam dan dunia hanya sekadar melihat. Dunia tidak lakukan sepertimana yang telah dilakukan di Ukraine atau di seluruh dunia.
Seolah-olah mereka biarkan supaya seluruh umat islam akan hapus dan mereka bersidang selepas umat islam telah pupus. Sebenarnya, itu yang mereka rancangkan dan jelas sekali, PBB tiada kuasa sama sekali apabila Israel membunuh (bom) umat islam.
Sekarang mereka sedang bom di Rafah. Namun, mereka diam seolah-olah mereka tiada kuasa. Sedangkan, kita sangka, PBB adalah kuasa tertinggi di dunia rupa-rupanya Israel itu lebih tinggi dari PBB. Adakah kita masih percaya dengan PBB?
Kita lihat apabila umat islam berkumpul di Rafah pada pertengahan Februari lalu, mereka terus-menerus menghancurkan Rafah, yang mana Rafah merupakan tempat terakhir.
Seluruh Gaza telah hancur, mereka telah menjadi pelarian di Rafah dan Rafah terus dibedil dan dibom oleh Yahudi ketika PBB sedang bersidang.
Mereka langsung tidak endah sama sekali ketika Mahkamah Antarabangsa (ICJ) memberikan amaran supaya Israel tidak lagi membunuh umat islam tetapi mereka tetap membunuh walaupun selepas ICJ membuat keputusan.
Mereka memang tidak pernah menghormati keputusan Mahkamah Antarabangsa.
Pada 12 Februari 2024, hari pertama mereka telah membunuh 60 orang pelarian kita, di kawasan di Rafah ketika kita tiada makanan, dikepung dan akhirnya dibom semasa berbaris mendapatkan makanan.
Petangnya berita melaporkan bukan 60 orang, tetapi 100 orang. Padahal pada pagi itu, dilaporkan seramai 60 orang yang terbunuh, tapi pada petangnya mereka melaporkan 100 orang bahkan lebih ramai dari yang dilaporkan.
Pada 28 Februari 2024, 150 orang telah terbunuh ketika mereka sedang meminta makanan. Manakala, 1000 orang lagi telah cedera.
Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin di Jalan Ar-Rasheed ketika mereka sedang mencapai paket gandum yang sedikit (bantuan sampai kepada mereka) tetapi mereka telah dibunuh ketika mereka sedang menerima makanan.
Kata pemimpin HAMAS,
"Kami menyeru kepada negara-negara arab dan islam supaya bertindak memecahkan kepungan ke atas Gaza dan membantu kami di sana. Lebih-lebih lagi ketika kami sedang berada di ambang Ramadhan ini.
Di bulan Ramadhan, kami sangat-sangat memerlukan doa umat islam, kerana kami sedang kelaparan dan kesejukan."
Cuaca di Palestin tersangat sejuk!
Amerika terus membantu dengan segala tenteranya. Malah, apabila ICJ mensabitkan Israel bersalah membunuh umat islam, sejak 75 tahun lepas, ICJ hanya memberikan nasihat sahaja. Tak penah diambil tindakan terhadap Israel walaupun telah membunuh 30,000 umat islam.
Sekarang selepas ICJ mengatakan sedemikian, maka Biden mengatakan kami akan terus memusnahkan Gaza sehabis-habisnya. Kami juga akan memberikan tentera Amerika dan tentera NATO seramai 200,000 orang untuk menghancurkan Gaza. Kami takkan sesekali benarkan Gaza hidup.
Apa yang kita rasa, apabila mereka mengatakan Gaza tak layak hidup sebab mereka pengganas?
Ketika waktu subuh, 74 orang telah terbunuh pada minggu lepas.
Saban hari, kita terima berita pembunuhan berlaku yang mana semakin hampir dengan Ramadhan, semakin rancaklah mereka membunuh umat islam dan kita masih lagi melihat dari jauh.
Tidak dengan itu sahaja.
Ini Menteri Wanita Israel, yang mereka sangat berpuashati dan berasa gembira dengan kematian dan kemusnahan serta kelaparan yang dialami oleh Gaza sebab umat islam Gaza semuanya sudah mati.
Sebab orang Gaza tak layak hidup di bumi itu. Kerana itu mereka mengatakan itu bumi mereka, bumi moyang mereka.
Mereka tak tahu sejarah, bahawasanya orang Palestin ialah bangsa Kanaan yang mana mereka lebih awal daripada Bani Isreal yang mendiami Palestin. Mereka ini tidak mempelajari sejarah (buta sejarah).
Ini adalah pemuda-pemuda Palestin yang telah ditangkap tanpa berpakaian dan mereka telah dibawa dengan kenderaan entah kemana perginya dan mereka tidak pernah kembali lagi. Inilah yang berlaku di sepanjang peperangan.
Bulan Ramadhan hampir tiba (11 Mac 2024). Kita sekarang berada di ambang bulan puasa. Bulan Ramadhan ialah bulan yang diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan keterangan serta pembeza kepada manusia.
"Barangsiapa yang menyaksikan bulan tersebut, hendaklah dia berpuasa, dan barangsiapa yang sakit atau bermusafir, hendaklah digantikan dengan hari yang lain.
Dan Allah menghendaki kemudahan, dan Allah tidak menghendaki kesukaran supaya kamu melengkapkan bilangan puasa agar kamu membesar-besarkan Allah dengan apa yang Allah berikan kepada kamu. Mudah-mudahan kamu bersyukur."
Ya! Mudah-mudahan kita bersyukur.
Kita ada makanan dan barangan yang banyak. Dan kita harus ingat bahawa di sana tiada makanan. Bulan puasa di negara kita, Malaysia terkenal dengan gelaran negara yang paling banyak membazir ketika bulan puasa.
Setiap kali bulan puasa, ratusan ribu tan makanan yang kita musnahkan. Bazar Ramadhan pula, kita meraikan dengan sebesar-besarnya, masjid dan surau-surau juga turut menganjurkan iftar. Maka, banyak makanan berlebihan yang kita saksikan.
Ketika kita menikmati makanan di bulan puasa, kita ingat tak, saudara kita yang ketiadaan makanan.
Dalam kajian WHO, hanya Asia Tenggara, orang yang paling obesiti (gemuk) adalah rakyat Malaysia diikuti dengan Thailand, Filipina, Singapura. Rakyat yang paling sihat di Asia Tenggara adalah Vietnam.
Dan hari ini statistik telah melaporkan bahawa negeri yang paling banyak obesiti ialah Putrajaya. Hampir separuh warga Putrajaya adalah obesiti.
Ini menunjukkan kita sangat mewah dengan makanan. Ingatlah kepada saudara kita yang sedang kesakitan dan kelaparan.
Ramadhan datang lagi!
Gaza juga meraikan Ramadhan yang sama. Indonesia telah mengumumkan yang 1 Ramadhan disambut pada 11 Mac 2024 dan Palestin juga turut berpuasa pada 11 Mac 2024 dalam keadaan Rafah ditutup.
Ada dua pintu untuk ke Rafah iaitu pintu Mesir dan pintu Israel. Sekarang dalam peperangan, kedua-duanya telah ditutup.
Sekarang difahamkan pintu Mesir telah dibuka. Dengan itu, bantuan boleh masuk dengan bersyarat, iaitu ia tidak boleh banyak.
Rafah sentiasa ditutup walaupun ada kelonggaran, yang mana sekarang telah dibuka dan dibawakan makanan dan perubatan namun ia tetap tidak mencukupi.
Kita lihat nasib umat Palestin. Mereka sangat kelaparan dan kesejukan. Kita pula kekenyangan dan penuh kemewahan. Kita berbahagia dengan menunaikan solat terawih.
Sedangkan mereka langsung tiada ruang untuk bersolat. Mereka tiada ruang terbuka sebab apabila mereka berada dalam atau luar, peluang untuk dibom dan dibedil datang sama sahaja.
Ini nasib mereka dan lebih menyayat hati, mereka makan rumput untuk survival. Makanan sudah tiada lagi, tetapi dunia langsung tidak bersimpati.
Apabila Rusia menceroboh Ukraine, 5 hari kemudian, mereka telah memboikot Rusia. Tetapi sekarang, sudah 76 tahun Israel menzalimi Palestin, tidak pernah ada satu tindakan pun dikenakan kepada Israel, dan apakah dunia ini adil?
Dunia ini tidak adil!
Kita lihat, umat islam ketika zaman moden ini, masih ada orang yang makan rumput. yang mana memang tak sanggup langsung kita nak sebut.
Mereka hidup dalam kesejukan. Di Rafah, Palestin, cuaca di sana masih lagi sejuk. Selimut dan pakaian pula tidak mencukupi. Itulah nasib kita di Rafah.
Dalam satu hadis yang menghiburkan kita, Baginda Rasullullah SAW bersabda, yang diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi,
"Dan Allah memberi ganjaran setimpal dengan ujian. Lagi banyak ujian, lagi banyak Allah bagi ganjaran. Sekiranya Allah sayang satu kaum, Allah akan uji mereka.
Sesiapa redha dengan ujian Allah, Allah redha kepadanya, sesiapa yang murka dengan ujian Allah, Allah murka kepadanya."
Rupa-rupanya, kita baru sedar Allah sayangkan bangsa Palestin, lebih-lebih lagi, Allah sayangkan pemuda-pemuda dan penduduk Gaza. Sebab itu, Allah bagi ujian yang tak sanggup kita hadapi.
Kalau Allah beri kepada kita, kita memang tak sanggup hadapi apa yang dihadapi oleh penduduk Palestin.
Rupa-rupanya Allah sayang kepada pemuda mereka, penduduk mereka yang terkorban, syahid malah telah diberikan ujian yang begitu banyak.
Itulah tanda-tanda Allah sayangkan kepada mereka.
Dalam hadis ini, Baginda Rasullullah SAW bersabda,
"Bukan sempurna seorang mukmin, jika dia kenyang sedangkan saudaranya/jirannya tidur dalam kelaparan."
Sekarang Palestin adalah jiran kepada negara arab, juga jiran kepada negara umat islam dan kita tidur dalam kekenyangan, mereka pula tidur dalam kelaparan, dan itu bukan mukmin. Itu kata-kata dari Baginda Rasullullah SAW.
Orang mukmin tidak akan membiarkan "jirannya" tidur dalam kelaparan sedangkan dia dalam kekenyangan. Cukup menakutkan hadis ini.
Ada juga hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Baginda Rasullullah SAW bersabda,
"Tidak beriman seseorang itu, demi nyawaku di dalam tangannya (Allah) dan tidak beriman seseorang hamba sehingga dia mencintai jirannya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri."
Jadi, marilah kita ukur di manakah kita. Apakah kita sayangkan saudara kita yang sedang berjuang di Palestin sekarang sepertimana kita menyayangi diri kita?
Ketika kita sedang nyenyak tidur, apakah kita terpikirkan mereka yang sedang menderita?
Bersambung...
Boleh baca Part 2: Menang atau Syahid!
Kredit Prof. Dr. Mat Rofa dan team Al-Imran Channel
Catatan Sentap
Sesusah kita, susah lagi saudara kita di sana
0 Comments