Ringkasan Buku Dwi Suwiknyo - Biar Susah Asal Lillah


Buku Dwi Suwiknyo keluaran 1984. 

Untuk memberikan kebahagiaan sekaligus dapat meningkatkan semangat yang ada dalam diri. 


Percaya Diri Sendiri dengan Penuh Keyakinan

- Hidup kita ini terlalu berharga untuk layan hal-hal negatif yang mampu membunuh harapan kita. Tiada ada orang yang benar-benar tahu keadaan diri kita, kecuali diri sendiri.

- Jika kita masih goyah dengan sindiran orang, bererti kita belum bersungguh-sungguh bermunajat kepada Allah. 

- "Ingat, siapa pun berhak memberi saranan, komen, berbicara apa pun tentang kita. Namun begitu, kita juga berhak menerima atau menolaknya. Jangan semuanya dimasukkan ke dalam fikiran dan hati. Ini kerana Allah melihat apa yang kita kerjakan, bukan apa yang mereka katakan" - Ayumaigo


Setiap Peluh yang Menitis

- Setiap peluh yang menitis adalah permulaan awal segaris senyuman ahli keluarga di rumah. 

- Tidak pernah berhenti berjuang, sepahit dan sesakit apa pun di luar rumah, beliau rela dan menerimanya, kuat menanggungnya kerana tahu ubatnya ada di rumah.


Tidak Semua Orang Mempunyai Gaji

- Selama kita masih bernafas, jangan pernah risaukan soal rezeki. 

- Sebaliknya, rasa enggan dan menunda-nuda pekerjaan adalah ciri orang pemalas. Itu seperti orang hidup tiada iman. 

- Rezeki tetap di tempatnya selama kita tidak mahu menjemputnya. Lihat air di telaga, adakah ia mendatangi kita, atau perlu kita menimbanya?

- Resepi Hidup Bahagia

Iman: Mampu membutkan hidup lebih optimis dan pantang menyerah kalah

Kerja: Membuat tindakan bagi meraih impian

Doa: Membuat kita memiliki harapan dan membina impian

Tawakal: Membuatkan hati tenang dan emosi terpelihara


Asalkan Keluarga Bahagia

Berbanding duduk diam sahaja di rumah, lebih baik melakukan sesuatu, yang penting halal. Walaupun jumlah pendapatan yang diperoleh tidak seberapa, yang penting berusaha tenang, supaya keadaan semakin baik dan tidak bertambah buruk. 

Tetap bertahan semampunya. 

Sekarang tidak perlu berangan tinggi, yang penting ada wang untuk diberikan kepada keluarga untuk membeli beras dan sayur-sayuran. Anak-anak bolrh makan lauk telur dan sesekali makan lauk ayam dan ikan, agar kesihatan terjamin. 

Kenyamanan tidak seharusnya menunggu situasi yang stabil sahaja. 

* Hasil jualan part time, kumpul untuk beli emas. 


Kesanggupan Menahan Pedih

Mungkin kerana berasa orang lain mudah mencapai impian, kita berasa orang yang tidak beruntung, selalu bernasib malang?

Jap...

Bukankah para peniaga juga menyewa tapak perniagaan dengan keadaan tanpa kepastian?

Lantas kita yang sama-sama berjuang ini kenapa harus murung? Bukankah kita boleh berjuang dengan wajah yang ceria agar nasib berubah menjai lebih cerah?

  • Kuatkan hati, agar esok semangat untuk berjuang lagi
  • Tanamkan keyakian, agar langkah semakin menyakinkan
  • Bulatkan tekad, agar impian segera diraih dengan cepat
  • Sempurnakan ikhtiar, agar tiada penyesalan di lain hari
  • Berdoa, agar hari-hari kita dilindungi

Jangan lupa tersenyum, kerana itu sedekah termurah bagi mengubah nasib kita menjadi lebih indah.


Tenang, Lebih Banyak Orang yang Hidupnya Jauh Lebih Susah

"Apa yang aku alami ini belum ada apa-apa berbanding yang dialami oleh orang lain. "

Sekali lagi jangan suka memikirkan diri sendiri yang paling menderita. Daripada memeningkan diri sendiri, lebih baik lakukan sesuatu yang lebih produktif.

Separah apa pun keadaan kita, Semiskin mana pun kedudukan kewangan kita, seburuk apa pun rumah kita, Nyata kita masih mampu menghadapinya. 

Manfaat bersyukur:

  1. Perasaan jadi tenteram dan lapang
  2. Fkiran lebih segar
  3. Emosi menjadi lebih tenang
  4. Menjauhkan diri dari penyakit hati
  5. Hidup lebih santai
  6. Ditambah nikmat oleh Allah SWT
  7. Hidup lebih berkat dan sejahtera


Bahagia Lahir dari Dalam Hati



Post a Comment

0 Comments