Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
۞ ÙˆَÙ„َÙ‚َدۡ جَآØ¡َÙƒُÙ… Ù…ُّوسَÙ‰ٰ بِٱلۡبَÙŠِّÙ†َٰتِ Ø«ُÙ…َّ ٱتَّØ®َØ°ۡتُÙ…ُ ٱلۡعِجۡÙ„َ Ù…ِÙ†ۢ بَعۡدِÙ‡ِÛ¦ ÙˆَØ£َنتُÙ…ۡ ظَٰÙ„ِÙ…ُونَ ٩٢
Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.
Keterangan ayat 92 hal 19
Nabi Musa a.s, Isa a.s, Muhammad SAW dan lain-lain membawa keterangan besluit (IB surat tauliah - Kamus Dewan Edisi Keempat), bahawa ia menjadi nabi dan utusan Allah SWT.
Keterangan itu ialah pekerjaan luar biasa, yang tidak boleh ditiru oleh umatnya, namanya "mukjizat".
Mukjizat Nabi Musa a.s ialah air laut menjadi belah dua, tongkatnya menjadi ular dan sebagainya.
Mukjizat Nabi Isa a.s dapat menghidupkan orang mati, menyembuhkan sopak, kusta dan sebagainya.
Adapun mukjizat Nabi Muhammad SAW yang terbesar dan sampai sekarang masih kita lihat dengan mata kepala ialah Al-Quran suci.
Sehingga kini, tiada boleh seorang juga menirunya. Mukjizat itu menurut keadaan, tempat dan masa. Sekarang ini masa ilmu pengetahuan, karang mengarang, pidato fasih lidah.
Oleh sebab itu adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW, kitab suci Al-Quran yang berisi iktikad (kepercayaan) dengan cukup alasannya, peraturan-peraturan yang sesuai dengan fikiran yang waras, budi pekerti dan kesopanan tinggi, amal ibadat untuk membersihkan rohani dan lain-lain yang berfaedah untuk keamanan dan perdamaian dunia.
0 Comments