Artikel ini adalah terjemahan dari artikel Ayaz Ali di Quora Affection & Psychology | 19 Julai 2024
Mereka ini sentiasa mencari bantuan dan tidak pernah membalas apa-apa. Mereka mengharapkan anda menyelesaikan masalah mereka tanpa mempedulikan masalah anda.
Nota: Mereka yang sebegini memang akan menghabiskan tenaga, masa dan sumber anda. Pendek kata, pentingkan diri sendiri.
2. Mosquito People (Nyamuk)
Mereka ini hanya mahu mengambil sesuatu daripada anda tanpa memberi apa-apa balasan. Mereka mungkin kelihatan mesra, tetapi mereka hanya datang apabila mereka memerlukan sesuatu sahaja.
Selepas mereka mendapat apa yang mereka mahu, mereka mungkin bercakap di belakang anda.
Nota: Mereka hanya memuji anda apabila mereka mahukan sesuatu, tetapi mereka akan mengkritik anda kemudian nanti.
3. Scaffolding People (Perancah Bangunan)
Orang jenis macam ini memang membantu anda tetapi kemudiannya mereka mahu mengawal hidup anda. Mereka berpendapat bahawa kerana mereka pernah membantu anda sekali, mereka mempunyai hak untuk menentukan segala perkara yang anda lakukan.
Walaupun mereka boleh berguna untuk waktu yang singkat, namun mereka boleh menjadi beban, jika terlalu lama berkawan.
Nota: Kenali apabila orang sebegini yang mana mereka kerap menghalang anda dan lepaskanlah mereka supaya anda boleh berkembang.
4. Crocodile People (Buaya)
Orang sebegini pula bersikap pura-pura menjadi kawan anda tetapi mempunyai niat yang buruk.
Mereka ingin mengetahui segala rahsia anda dan mungkin menggunakannya untuk "menikam" anda suatu masa nanti. Mereka selalunya tidak jujur dan suka mengumpat tentang anda.
Nota: Berhati-hati dengan mereka yang kelihatan terlalu mesra; mereka mungkin sedang menunggu peluang untuk menyakiti anda.
5. Chameleon People
Mereka ini cemburu dan berdaya saing. Mereka bertindak seperti berada di pihak anda tetapi dalam diam-diam, mereka mengharapkan kegagalan anda. Mereka tidak akan meraikan kejayaan anda malah hanya menumpukan pada kesilapan anda semata-mata.
Nota: Rakan sebegini yang sentiasa cemburu yang boleh mensabotaj segala usaha anda dan merosakkan impian anda.
6. Naysayer People (Asyik "Tidak" Manjang)
Orang sebegini adalah pembunuh impian. Mereka tidak percaya pada matlamat anda dan akan memberi anda banyak sebab mengapa anda tidak boleh berjaya.
Daripada menyokong anda, mereka memberi tumpuan kepada kegagalan anda dan mencipta lebih banyak masalah.
Nota: Mereka ini memang tidak mempunyai impian sendiri dan tidak akan menghargai impian anda.
7. Garbage Pusher People (Sampah)
Ini adalah jenis perangai yang paling teruk. Mereka hanya menyebarkan berita negatif dan buruk sahaja. Kebiasaannya mereka akan bercakap tentang sesuatu yang mengecewakan atau menyedihkan.
Nota: Mereka mudah menyebarkan gosip/maklumat negatif dan boleh menjatuhkan anda.
Pembaca Quora
0 Comments