Posts

P F T @

Petua Air Sirih dan Limau Nipis | Betulkah Awet Muda?

Image
Baca Dahulu Petua ini tular di media sosial dan penulis asalnya tidak dapat disahkan. Artikel ini ialah maklumat am dan bukan nasihat perubatan. Pernah tak kita terjumpa petua tular yang bunyinya sebegini: “Disebabkan ini, suami saya sangka umur saya masih lagi 20 tahun”? Siap ada emoji ketawa lagi. Kak Mawar tersenyum sendirian semasa membaca bait kata-kata ini. Mana-mana perempuan pun, apabila dengar je ada ‘ rahsia awet muda ’ yang murah dan hanya ada di dapur sendiri, telinga dan mata, otak terus fokus, kan, kan, kan? Petuanya nampak mudah sangat. Daun sirih direbus, dicampur pula dengan air limau nipis, disapu pada muka sebelum tidur. Esok pagi bangun, haaaa kulit wajah kononnya tampak cantik berseri-seri. Tetapi... sebelum kita berkejaran ke dapur, jom duduk sekejap, leksssss. Apa kata kita sembang dulu sambil menyemak apa sebenarnya kata orang dulu-dulu dan pendapat para penyelidik rahsia daun sirih ini. Resipi yang sedang tular Ini cara yang dik...

Z1000 & Si Kenit 155cm | Cinta Pandang Pertama

Image
GEDEBUK! Itulah bunyi Kak Mawar semasa terjatuh betul-betul kat depan kedai makan Teluk Senangin. Pantai berpasir putih yang penuh orang melepak. Time tu pendek kata semua mata memandanglah. Memang malu sesangat, tapi terpaksalah letak tepi dulu. Tapi yang paling menyedihkan, cermin sisi kiri motor tu retak seribu. Aha, tapi sebelum Kak Mawar nak bercerita macam mana Kak Mawar boleh jatuh ‘tergolek’ kat Teluk Senangin tu, jom kita patah balik ke tahun 2013 hingga 2019 sewaktu Kak Mawar mula terjebak dengan aktiviti bermotosikal ni. Ini adalah kisah seorang wanita yang asalnya cuma tahu berangan, sehinggalah dia berjaya memulas throttle impiannya sendiri. Kak Mawar la tu... :D Ilustrasi adalah suntingan AI

Panduan Memilih Helmet Untuk Lady Biker

Image
Kak Mawar nak kongsikan sesuatu yang sangat penting untuk kita, wanita yang menunggang motosikal besar. Pastinya topi keledar, atau kita panggil helmet. Memang nampak macam aksesori biasa, tapi sebenarnya helmet ialah perisai utama antara kita dengan dunia luar yang tak boleh dijangka. Dalam satu detik, ia boleh jadi perbezaan antara selamat dan tidak. Bukan nak menakutkan korang, cuma nak kita semua lebih peka dan bijak memilih. Sebagai seorang ladybiker yang dah melalui pelbagai pengalaman atas jalan, Kak Mawar rasa bertanggungjawab untuk kongsi apa yang Kak Mawar tahu, supaya korang tak perlu ulang kesilapan yang Kak Mawar pernah buat. Nak tahu helmet mana paling sesuai untuk ladybiker? Jom kita sembang panjang sikit. Kenapa Pemilihan Helmet Sangat Penting? Pertama sekali, helmet bukan sekadar syarat SIRIM atau gaya semata-mata. Ia pelindung utama kepala kita. Bila menunggang motor besar, kelajuan, tekanan angin dan potensi bahaya jauh lebih tinggi. Jadi perlindungan pun ...

11 Tips Pilih Motosikal Besar Pertama untuk Lady

Image
Kak Mawar masih ingat perasaan masa mula-mula nak beli motosikal besar pertama. Jantung laju macam baru nak confess kat crush . Kepala pula penuh dengan soalan. Cukup ke pengalaman? Berat sangat ke motor tu? Sesuai ke dengan badan kita? Dan yang paling berat... mampu ke nak maintain semua ni? Tapi percayalah, bila kita dah berani ambil langkah pertama, semuanya jadi kenangan yang kita simpan sampai bila-bila. Hari ni, Kak Mawar nak duduk bersembang sekejap dan kongsi tips untuk korang yang baru nak mula. Bukan sekadar pasal spec dan jenama, tapi macam mana nak pilih motor yang buat kita rasa selesa, yakin dan bangga bila menunggang. Bukan sebab orang lain suruh, tapi sebab hati sendiri yang berbisik, “ Yes , ini motor aku!” Mesej Utama Motor yang betul ialah motor yang buat hati rasa selamat, bukan yang paling laju atau paling viral. Foto: Unsplash Senarai Ringkas Kenal dulu diri sendiri dan gaya hidup Cuba duduk atas motor tu dulu Berat bukan penghalang, ...

Cerpen Kisah Si Bongsu | Aku Belajar Berbahagia

Image
Aku Si Bongsu… kahwin awal. Umur 23 tahun. Di saat rakan-rakanku sibuk bergambar konvo, aku pula sibuk pilih langsir pelamin dan susun barang hantaran. Bukan kerana cinta agung macam dalam drama pukul tujuh malam tu. Bukan pula sebab cinta monyet. Dia adalah cinta pandang pertama aku. Oh ye, aku sarankan korang baca dulu kisah sebelumnya, Cerpen Kisah Si Bongsu | Genggam Aku Kuat-Kuat Ya, aku kahwin…sebab aku nak bebas. Bebas dari belenggu kokongan keluargaku. Bebas dari emosi yang lama terpenjara. Aku fikir dengan perkahwinan itu adalah tiket kemerdekaan jiwa. Aku sangka, dengan bernikah, aku akan tenang…akan selamat dari cengkaman mereka. Ilustrasi AI Tetapi rupanya aku silap. Perkahwinan bukanlah ubat magik yang dapat menyembuhkan luka semalam. Luka lama yang tidak sembuh itu, turut ikut berpindah ke rumah yang baru aku pula. Suami aku... baik orangnya. Baik sungguh. Dia penyabar. Dia penyayang. Kalau aku merajuk tahap ribut taufan, dia tetap jadi pelindung. Aku marah, dia...

Cerpen Kisah Si Bongsu | Genggam Aku Kuat-Kuat

Image
Jadi korang dah baca siri sebelum ini kan… Kisah Si Bongsu - Luka Yang Tak Terucap . Kalau belum, aku syorkan baca dulu sebab ini sambungan dari kisah itu. Nota: cerita ini menyentuh perasaan ingin mengakhiri hidup. Kalau ia terasa berat untuk dibaca, berhenti dahulu dan hubungi seseorang yang kau percayai. Maklumat bantuan ada di hujung cerita. Aku bukanlah sesiapa. Hanya si bongsu yang biasa-biasa, yang lahir dalam keluarga yang nampak sempurna dari luar, tapi penuh luka yang mencarik-carik di dalamnya. Aku pernah senyum di luar, tapi menangis tak henti-henti di dalam kamar mandi. Pernah makan nasi bersulamkan senyuman untuk anak-anak, tapi dalam hati, Allah saja tahu betapa kosong dan kelamnya ruang dalam dada ni. Kadang-kadang… aku rasa nak tamatkan semuanya. Astaghfirullahal’azim . Berat aku nak tulis ni. Tapi aku tahu, aku tak keseorangan. Ramai di antara kita...wanita, ibu, anak, isteri, manusia biasa, yang pernah rasa apa aku rasa. Ya... aku pernah rasa terlal...