Petua Air Sirih dan Limau Nipis | Betulkah Awet Muda?
Baca Dahulu Petua ini tular di media sosial dan penulis asalnya tidak dapat disahkan. Artikel ini ialah maklumat am dan bukan nasihat perubatan. Pernah tak kita terjumpa petua tular yang bunyinya sebegini: “Disebabkan ini, suami saya sangka umur saya masih lagi 20 tahun”? Siap ada emoji ketawa lagi. Kak Mawar tersenyum sendirian semasa membaca bait kata-kata ini. Mana-mana perempuan pun, apabila dengar je ada ‘ rahsia awet muda ’ yang murah dan hanya ada di dapur sendiri, telinga dan mata, otak terus fokus, kan, kan, kan? Petuanya nampak mudah sangat. Daun sirih direbus, dicampur pula dengan air limau nipis, disapu pada muka sebelum tidur. Esok pagi bangun, haaaa kulit wajah kononnya tampak cantik berseri-seri. Tetapi... sebelum kita berkejaran ke dapur, jom duduk sekejap, leksssss. Apa kata kita sembang dulu sambil menyemak apa sebenarnya kata orang dulu-dulu dan pendapat para penyelidik rahsia daun sirih ini. Resipi yang sedang tular Ini cara yang dik...