Trip kali ini yang terakhir untuk jalan-jalan bagi tahun 2014. Tahun yang paling best, paling banyak dugaan, banyak kesilapan, banyak kejayaan, banyak kegagalan dan banyak, banyak, banyak lagi.
Pendek kata, tahun 2014, tahun yang paling mencabar dan menguji imun diri.
Pendek kata, tahun 2014, tahun yang paling mencabar dan menguji imun diri.
Alhamdullillah, dengan izinNya, selepas balik dari trip Ho Chi Minh - Phnom Penh - Seam Reap - Aryanphratet, merentasi 3 buah negara bersama-sama anak-anak Melati yang masih kecil pada November 2014, Melati dipelawa dari salah seorang kenalan lama untuk join ride ke Betong, Thailand...
Wah, ini satu peluang yang jangan sekali-sekali dilepaskan. Bumi Thai memang Melati suka sangat. Pantang diajak, pantang dipelawa...
Wah, ini satu peluang yang jangan sekali-sekali dilepaskan. Bumi Thai memang Melati suka sangat. Pantang diajak, pantang dipelawa...
Misi Melati plaks, sememangnya nak penuhkan Buku Merah (Pasport) dengan cop-cop imigresen luar Malaysia dan kenal-kenal dengan budaya dan makanan kat sana.
Dua minggu sebelum ride, Melati da "berjalan-jalan" dengan Google Earth, di bumi Betong. Baca blog sana-sini.
Dan yang pasti, blog yang Melati sering kunjungi semestilah blog TayarGolek.com, itulah sumber rujukan utama Melati sebelum ikut mana-mana trip.
Maklumlah, Melati ni jiwa bikers. Jiwa bikers ni lain skit, tak sama ngan jiwa kaki shopping.

Melati da set mind siap-siap, agar tak apa-apa sepanjang perjalanan yang jaraknya lebih kurang 416km.
Manalah tau, tetiba Melati tumbang tengah-tengah jalan. Air kuat (Pearl Kacip Fatimah), smartphone, earphone dan USB Powerbank dah ada semuanya dalam beg sandang.
Bimbang terlena atas motor. Haghu nanti...

Seawal pagi Sabtu, pukul 5.30am, member-member Melati da ready suit up. Melati pun da.
Ada 6 buah motor, ada Versys, xj6, tnt600 dan z800 yang mula bergerak dari Rawang menghala ke Kuala Kangsar, Gerik seterusnya Betong.
Ada 6 buah motor, ada Versys, xj6, tnt600 dan z800 yang mula bergerak dari Rawang menghala ke Kuala Kangsar, Gerik seterusnya Betong.
Terserempak dengan group LC yang menghala ke Batu Kawan, Penang |
Berenti di Shell, isi Cik Nelly kenyang-kenyang sebelum masuk Betong |
Kami berenti untuk bersarapan di warung tepi jalan bersebelahan aje dengan Shell.
Makan nasi lemak 50sen. Sedap tapi da sebab terlalu excited nak masuk Betong, perut pun tak terasa lapar.
Kita bersarapan dulu |
Tasik Raban |
Tempat wajib untuk snap shoot. |
Tempat menginap untuk semalaman je. Murah dan besh. |
Ikon Betong - Ayam |
Terowong Betong yang wajib dilalui |
Masjid Betong |
Tugu Jam - pusat Betong. Pusing-pusing, masuk sana sini, kot mana-mana pun, akan jumpa tugu ini balik. |
Peti Pos Gergasi yang pertama kali, Melati jumpa. Besar sungguh. |
Hujan di Betong. Alahai, bestnya layan tido. |
Mee Maggi Gambar Muka gegurl. Apa rasanya eik? |
Alahai, lama tak tengok kendi comel ni |
Nasi Pappid (paprik) |
Inilah Betong. Pengalaman berada di Betong amatlah berbaloi walaupun banyak tempat yang kami tak pergi disebabkan kesuntukan masa.
Pekannya damai, tenang dan sejuk.
Tang sejuk tu memang mengalahkan Cameron Highland, persekitarannya jauh lebih bersih dari Putrajaya dan semestinya udaranya memang segar dan bersih.
Pekannya dikelilingi bukit-bukau dan hutan belukar.
Majoriti masyarakat di sana, peramah dan sentiasa tersenyum.
Menerjah masuk ke Pekan Betong, ada semacam bau yang wangi je yang mengalu-alukan kedatangan kami ke sana.
Barangan di sana, agak murah berbanding barangan di Hatyai. Namun, pilihannya agak terhad.
Walaupun ada 7e di Betong, tapi sayangnya air minuman kegemaran Melati memang tak ada dalam 7e tu. Jenuh mencari, memang tak ada.
Apa-apapun, ketenangan, kedamaian dan kemesraan Betong amat menggamit kenangan Melati di rantau orang bersama rakan-rakan.
Betong memang besh.
2 Comments