Ini adalah sambungan daripada kuliah Niat Yang Syirik - Tadabbur Surah as-Saafat ayat 4 - Ustaz Abd Muein
1. Syaitan takkan menghalang kita dari berbuat ibadat. Tetapi bagi mereka yang suka mendirikan solat atau belajar di kelas agama, syaitan akan jadikan niat kita tu bukan lagi kerana Allah.
2. Bagi mereka yang suka mendirikan solat, niatnya bukan lagi kerana Allah. Bagi mereka yang suka pergi umrah, syaitan juga jadikan umrah itu pun bukan kerana Allah. Contohnya, kita pergi menunaikan umrah tetapi kita up kat status ataupun upload gambar kita berdoa di hadapan Kaabah dalam facebook, sebenarnya tindakan sebegitu atas tujuan apa?
3. Sekiranya buat kerana Allah, perlu atau tidak kita tayangkan ibadat kita ni kepada orang? Jika kita buat kerana Allah, walaupun semua orang tidak tau, pasti Allah tahu kita pergi tunaikan umrah. Dan Allah tahu tak kita ikhlas? Jika kita ikhlas, Allah pasti bagi pahala. Tak perlu pun semua orang tahu.
4. Kalau orang tahu disebabkan kita yang memberitahu, dah timbul masalah iaitu kita buat bukan lagi kerana Allah, tetapi supaya orang tahu kita pergi umrah. Kemudian apabila orang dah tahu, adakah mereka akan bagi habuan daripada umrah kita tu? Contohnya bagi duit RM10,000 kepada kita. Komperm la tiada.
5. Inilah dia antara contoh situasi yang telah dilaksanakan oleh syaitan yang jahat supaya amalan kita menjadi sia-sia seperti debu-debu berterbangan. Tapi itulah ada di antara kita yang rasa seperti tak seronok kalau orang tak tau apa kerja buat kita.
6. Apa yang kita nak sebenarnya? Bergambar tu untuk kenangan atau untuk kita dapatkan pahala Allah? Mestilah kita nakkan pahala. Kalau amik gambar disimpan untuk kenangan, tak menjadi satu kesalahan tapi adakah ia mendatangkan faedah?
7. Kita kena ingat, syirik ni adalah perkara yang sangat halus, ia seperti semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.
8. Betapa susahnya kita nak perasan yang sebenarnya kita ni telah syirik kepada Allah. Sampai hari akhirat baru kita perasan yang amalan-amalan kita ni sebenarnya ada unsur syirik yang tak melayakkan kita untuk ke syurga. Waktu tu, kita berasa sangat hampa.
9. Kita pasti tak nak, yang kita bekerja di dunia ni keluar pagi balik petang, dari muda sampai lah ke tua yang mana usaha kita ni hanya sia-sia. Simpan duit, akhirnya menjadi debu. Kita memang tak nak begitu, tapi kadang-kadang kita terlupa yang amal soleh kita sudah pun menjadi debu.
10. Jadi, ingat! Syaitan akan pastikan, jika kita nak buat ibadat,
1. kita buat bukan kerana Allah.
2. kalau kita buat kerana Allah, dia akan "cucuk", contohnya kita buat umrah kerana Allah, lepas tu orang tanya, "Dah pergi umrah?", kita menjawab "Dah, ini umrah kali keempat". Jadi pada mulanya kerana Allah, tetapi disebabkan jawapan tu, umrah kita telah bertukar menjadi riak.
3. Kalau gagal step yang ke2, iaitu awal, semasa dan akhir pun kerana Allah, dan dapat pahala, syaitan tetap tidak berputus asa, mereka akan pastikan amalan kita yang telah pun diterima Allah itu, yang mana dah jadi pahala pun akhirnya pahala itu terbatal dengan cara ....
(kita lambat faham, sebab ada gangguan syaitan)
Rujuk surah al-Baqarah, ayat 264
"Wahai orang yang beriman, jangan kamu batalkan sedekah-sedekah kamu, "
11. Jika Allah berfirman kepada orang yang beriman, maka wajib kita dengar sebab ada perintah yang Allah nak sampaikan yang wajib diikuti ataupun ada larangan yang perlu ditinggalkan sebagai tanda kita dari golongan orang yang beriman.
12. "tubtilu" bermaksud batal. Contoh apabila solat terbatal maknanya solat itu tidak lagi terpakai. Batal ini bermaksud amalan yang telah diterima dan menjadi pahala, tiba-tiba ada satu perkara yang kita buat menyebabkan pahala tu terbatal.
13. Sayangnya Allah kepada kita,
1. Allah minta kita beramal.
2. Allah minta kita ikhlas.
3. Allah minta jika kita ikhlas pastikan kita jaga amalan kita itu daripada terbatal pahalanya.
14. Bagaimana boleh terbatal?
1. dengan mengungkit. "Manni" - contohnya kita bagi sedekah kepada orang miskin, kita bagi kerana Allah, tiada riak dan tiada syirik, dan telah menjadi pahala. Selepas 5 tahun kita terjumpa dengan orang yang dibantu dulu, "Kamu tahu tak siapa tolong kamu dulu? Tak ingat? Tak perasan ke? Saya lah yang tolong kamu dulu".
Automatik terbatal pahala walaupun perkara yang 5 tahun dah menjadi pahala.
Kenapa terbatal?
Kenapa mengungkit tu boleh membatalkan pahala?
Itu tandanya kita bukan berniat kerana Allah. Buktinya kita nak dia tahu yang kita telah membantunya.
Kerana itulah, orang yang beriman apabila berbuat sesuatu kebaikan, mereka seboleh mungkin nak melupakan segala amal kebaikan tersebut. Lebih baik dia lupa daripada dia ingat. Sebab dengan mengingatinya, akan timbul pelbagai masalah.
2. dengan menyakiti orang. "Wal aza" - contohnya dia bersedekah kepada orang miskin tetapi dalam masa yang sama dia menyakiti atau memalukan orang tersebut, umpamanya "Dulu pakcik ni miskin, sayalah yang membantu" di hadapan orang ramai.
Jadi walaupun sedekah tu dah menjadi pahala, automatik terbatal dengan tindakan menyakiti hati orang miskin tersebut.
15. Walaupun asalnya ikhlas dan dah menjadi pahala, syaitan akan sehabis mungkin memastikan kita jangan buat benda baik. Jika buat amal, ada pula unsur syirik. Jika tak de unsur syirik pun pada awalnya, syaitan ganggu kita supaya riak semasa melaksanakan sesuatu amalan. Dan jika semuanya ok dan dah jadi pahala, selepas 10, 20 tahun syaitan akan jadikan kita mengungkit dan akhirnya amal itu terbatal.
16. Kata ulama, "Kita kena elak daripada amalan syirik lebih daripada mengelakkan diri daripada perompak dan pencuri"
17. Jika kita nak elakkan rumah kita dimasukkan pencuri, kita akan mengunci pintu, pasang cctv dan macam-macam benda kita buat. Begitu sayangnya kita kepada harta. Tapi ada benda yang bernilai daripada harta yang kita tak jaga, kita tak sayang sepertimana kita menjaga harta iaitu amal soleh.
18. Kadang-kadang kita tak kunci pun amalan soleh kita sehinggakan ada unsur riak, mengungkit atau menyakiti, sehinggakan habis dicuri oleh syaitan.
19. Ada satu situasi, kita nak membantu orang miskin sebab rasa kesian, apa yang kita perlu bagi adalah ilmu.
20. Kalau kita kesian kerana Allah, kita bagi makanan, dan mereka makan tapi mereka tak solat. Hakikatnya, kita tak kesian kepada mereka sebenarnya, sebab kita seolah-olah membiarkan mereka terjerumus ke dalam neraka.
21. Sebab itu apabila Baginda Nabi SAW diutuskan oleh Allah dalam keadaan anak yatim piatu dan miskin, tapi Allah telah menganugerahkan perkara yang lebih mahal daripada harta iaitu al-Quran. Dengan al-Quran, Baginda Nabi SAW telah berjaya menyelamatkan sekian ramai manusia daripada azab Allah.
To be Continued...
1 Comments