Lama tul tak ride...Melati cukup rindu...aliran adrenalin yang buat kita rasa bebas, happy, dan rasa lainlah.. susah nak gambarkan perasaan tu.
Nak tak nak.. layan jela Genting Highlands. Just untuk tingkatkan kecekapan layan selekoh semasa di Karak Highway, Lebuhraya Timur - Barat (Grik) dan PLUS Highway Gua Tempurung dengan kereta comey ni. Yang bestnya, pikapnya memang terbaik.
Melati tak de la modify kereta tu. Speks nya biasa-biasa je. Just layan je...janji cekap semasa di selekoh.
Dua minggu lepas, Melati layan Genting, jalannya lengang dan tarnya tiada lagi pecah-pecah. So, memang syok sangat la. Time turun...pergh...memang layan abih.
Minggu ni, Kak Long ajak Melati ke Perlis dari Terengganu. Tak sabar rasanya, nak layan Grik. Grik adalah tempat pertama Melati mula-mula pandu kereta untuk long journey pada tahun 2009.
Teringat kisahnya suami Melati menjerit ketakutan, semasa Melati buat pertama kalinya, drive ke Changlun, Kedah.
Time tu Melati asyik makan jalan je.. asal selekoh je, asyik masuk laluan sebelah. Asyik nak bertembung dengan kereta di laluan tu. Mau tak kawan tu menjerit...wakakakakak.
Satu kenangan yang kelakar buat Melati. Tapi sejak sejak dari tu, Melati jadi addict pada selekoh. Melati suka layan.
Setelah Melati berjauhan dari famili, pada tahun 2009 -2010, Melati berpindah ke Putrajaya, Melati layan selekoh sini sini je. Selekoh Putrajaya - Jenderam Hilir - Nilai - Port Dickson. Ini jalan dalam nak ke Nilai, Seremban, Port Dickson, Melaka dan Muar, Johor.
Itu semasa Melati pakai Alza. Melati suka lepak dan layan angan-angan kat Blue Lagoon, Tanjung Tuan, Port Disckson. Kat situ memang tiada apa-apa. Hanya semata-mata layan angin pantai je. Ada pokok nyor dan lagoon. Sunyi dan tenang je.
Kemudian, Melati akan sambung lagi driving ke Teluk Pelanduk, Linggi dan Pengkalan Balak. Melati akan berhenti solat di surau yang mengadap pantai Pengkalan Balak.
Memang siap ada buaian. Inilah keunikan pantai belah-belah Melaka (Ehsan umangumangchalet.blogspot.com) |
Kat Kuala Linggi tu juga, ada kubu lama namanya Fort Supai. Pantai Kuala Linggi pun cantik macam Pantai Kemasik Terengganu.
Itulah serba sikit pasal kenapa Melati suka layan Genting Highland walaupun bersendirian dan walaupun malam-malam. I'm little bit crazy 'bout it. Ayah Melati pernah cakap yang dia menyesal tanam uri Melati jauh dari rumah.
Katanya, kerana uri tu, buat Melati daring pasal menda-menda macam ni. Kalu nak tau, ayah sebenarnya tak menyokong Melati main motor.
Side mirror yang paling kelakar |
Abang dan Kak Ngah pun tak sokong juga. Yang menyokong hanya arwah mak dan kak long je sering "bakor" adik bongsu dia ni.
Sehinggakan Melati jadi inspirasi buat anak-anak saudara Melati. Diorang pun nak ada moto besaw macam Che Su. "Apa-apa lah yang". Janji belajar sampai ke menara gading, rajin kerja, rajin cari duit, hormat orang tua...boleh laa pakai big bike tu.
Alhamdullillah, setakat ni, Allah amat permudahkan urusan Melati. Berjalan sana sini, tiada sebarang halangan.
Tips Melati, selalulah amalkan amalan bersedekah semasa kita dalam perjalanan dan selalu wat solat musafir serta jangan lupa baca doa menaiki kenderaan.
Selalu berzikir dalam hati dan selalu berfikiran positif sekiranya tersesat. Itulah yang sering Melati amalkan sepanjang Melati berada di luar rumah.
Bagi Melati, Allah akan pelihara kita selagi kita sentiasa ingat pada-Nya. Bukannya Melati tak pernah nak bertembung dengan lori atau kereta yang selalu kelam kabut tapi Allah itu adil. Kita ingat Dia, Dia ingat kita, kan?
8 Comments