04 November, 2015

Petanda bisul di kepala

"Sejak akhir-akhir ni, Melati sering sakit kepala, terutama di hadapan dan belakang tengkuk. Kadang-kadang tu, ada biji-biji ruam gatal timbul pada kulit kepala."

Melati cuba mencari maklumat pada internet. Mana tau kalau-kalau ada info, sekurang-kurangnya dapat jugak menghilangkan sedikit kerisauan. 




Hasil pembacaan Melati berkenaan sakit kepala ni ada perkaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 

Sekiranya sakit atau pun pening pada hadapan kepala - ada sedikit tekanan jiwa (neurosis) disebabkan bebanan mental dan banyak sangat berfikir. 

"Hurm... betul juga tu. Banyak menda Melati kena handle sejak kebelakangan ni. Naik runsing dibuatnya sebab banyak menda tak terbuat. "

Kalau sakit atau pening pada belakang kepala pula ada dua sebab : 

  • Bahagian atas - ada tekanan darah tinggi
  • Bahagian bawah - ada tekanan darah tinggi atau rendah. 


Dan kalau ada bisul di kepala, macam Melati naik biji-biji ruam itu petandanya ada berlaku pembuangan toksin yang dikaitkan dengan migrain. 

"Betul juga tu, sebab sebelum Melati kenali Shaklee, asal sakit kepala, Melati akan cari tempat gelap dan tidur, tak pun sekadar  berehat. Kadang-kadang tu, tak tahan sangat, Melati telan paracetamol. "

Tapi setelah tau keburukan telan pil pain killer ni, Melati mencari alternatif lain dengan merawat secara semulajadi salah satunya dengan mengambil supplemen Shaklee. 

Melati bukan kaki bersenam, berpeluh pun jarang. Dah.. cam ne toksin nak kuar kalu tidak melalui gatal-gatal pada kulit dan ruam pada kulit kepala tak pun jerawat pada muka ataupun badan. 

Opss, sambung balik... 

Sakit kepala dan terasa gas keluar dari telinga - itu menandakan ada penyakit migrain. 



Dan kalau kepala rasa pening memusing - itu tandanya kurang darah dan pengaliran darah tidak berjalan dengan lancar. 


Cara Merawat Migrain 


  • Semulajadi tanpa kos 

Berbaring pada katil dan kepala perlahan-lahan diturunkan dari katil. Kaki kekal berada di katil. Biarkan selama beberapa minit. 

Teknik ini adalah untuk menurunkan perjalanan darah  ke arah kepala sebab punca migrain adalah kerana kekurangan darah dan oksigen pada bahagian kepala. 

  • Semulajadi dengan kos

Mengambil supplemen yang kaya dengan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan B

  • Kalsium - membina tulang dan gigi malah membantu menetapkan degupan jantung. Ia juga membantu menyelesaikan masalah insomnia (sukar tidur) dan memelihara fungsi saraf, otot dan buah pinggang. 
  • Magnesium - penting untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang. Apabila kejang, migrain akan terjadi. 
  • Vitamin D - penting untuk penyerapan kalsium. Kalu tidak diserap, kalsium akan menjadi batu karang. 

Sebab tu, tidak digalakkan overdose kalsium. Pernah satu ketika dulu, salah seorang dari ahli keluarga Melati terpaksa dibedah untuk membuang batu karang setelah minum bertin tin susu jenama xxx. 



Doktor mengesahkan kalsium yang diambil tidak diserap sepenuhnya, dan itu telah menyebabkan adanya batu karang pada pundi kencingnya. 

"Sharing je tu... berbalik pada vitamin seterusnya."

  • Vitamin B - Vitamin B2 (riboflavin) dan B6 (Pyridoxine) mampu mengurangkan sakit migrain, kemurungan dan strok. 

Migrain ini biasanya terjadi disebabkan pemakanan, gaya hidup ataupun hormon. Jadinya, ubahlah gaya hidup dan pemakanan anda demi kesejahteraan diri anda. 


Supplemen Shaklee untuk migrain suffering

  • Ostematrix












  • B Complex








  • Testimoni set penawar migrain












No comments: